Cara Merawat Kucing Lemah


Cara Merawat Kucing Lemah Kerana Sakit | Cik en perasaan ada keyword Cara Merawat Kucing Lemah yang terlekat di blog cik en ini. Mungkin kerana faktor cuaca tak menentu dan musim virus yang sekarang ini datang tak kira masa, ada pemilik bulus ada masalah kucing mereka lemah mungkin kerana tidak makan atau minum. Selalunya kes ini terjadi pada kucing yang demam, virus, kemalangan, selsema dan sebagainya. Seperti manusia, apabila kita demam atau tidak sihat, automatik kita pun akan mula tak ada selera untuk makan walaupun diletakkan ayam KFC, Burger Mc Donald, Pizza Hut dan makanan sedap depan batang hidung. Hahaha. Akhirnya kita sendiri akan lemah dan kalau bawa ke hospital, confirm terus drip berbotol botol kan? Samalah juga macam kucing. Tapi kucing ini kesan dehydrate dan lemah sangat cepat berbanding manusia. 

Seperti biasa, cik en nak kongsi cara rawatan yang korang boleh dapatkan dari benda benda disekeliling korang atau pendek kata yang mudah didapati di kawasan kita di Malaysia ini. Sebelum itu, cik en nak pesan satu, kucing kalau masih makan dan minum walaupun sakit sebenarnya mereka dah cure hampir 50% dari sakit dan virus. Bakinya bergantung pada ubat ubatan dan suplemen yang dibekalkan vet. Macam pesakit barah, jika pesakit positif dan kuatkan diri, mereka sebenarnya ada peluang untuk sembuh walaupun kata doktor ianya mustahil untuk baik kan? Isk, dok ngomel pulak cik en ini. Meh cik en nak share info info yang kerap cik en kongsikan pada pelanggan klinik cik en ini.

  1. Pemberian Susu Tambahan atau susu kambing segar
  2. Pemberian Glukose. Glukose sebenarnya boleh beli yang manusia punya dan pilih yang plain ye. Selain itu, ada juga dijual di petdhop. Boleh juga ubatkan air gula maca kita nak bancuh air oren dirumah itu. Gula akan beri energy pada badan
  3. Makanan basah (wet food) tapi ambil yang kitten. Sebab kitten ada formula yang terbaik untuk topup balik apa yang kurang dalam badan kucing. Atau boleh buat wet food sendiri. Camana nak buat? Boleh rujuk -- Cara buat wet food kucing
  4. Pemberian telur mentah yang dicampur dengan susu. 
  5. Madu
  6. Transfor Factor (TF)
  7. Air Kelapa
  8. Garam Bukit
  9. Pastikan air yang bersih dan sentiasa ditukar. 
  10. Jika kucing tidak boleh makan juga, boleh paksa untuk makan menggunakan picagari. 
  11. Boleh dapatkan supplemen seperti multivitamin atau vitamin b complex ( jika suhu badan panas, elakkan bagi bagi kerana B Complex akan memanaskan badan)
  12. Jika masih lemah, kenalah bawa kucing ke vet untuk drip air atau ditahan di wad. 

Apa apa pun, kalau korang tak boleh nak handle kucing yang terlalu lemah, better bawaklah ke vet yang berhampiran ye.. Jumpa di next entry 

28 comments

  1. sangat membantu! nice sharing cik en.. hari tu masa musim selsema, habis kucing kat rumah berair hidung..

    ReplyDelete
  2. Semoga bermanfaat untuk bulus kesayangan saya..

    ReplyDelete
  3. Boleh kucing hidup walau da beri air kelapa kerana parvo? Berapa hari lendir kat mulut kucing sembuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana keadaan kucing awk sekarang ? Dulu kucing sy pernah alami hal yg sama. Sy bagi ubat dgn myk gamat. Ubat tuu sy beli dekat veterinar. Hancur kecik2 campur air sikit then bagi dia minum. Myk gamat tuu kalau tertelan sikit pun takpe. Doctor pun ckp okay. Alhamdulillah selepas 2 hari kucing sy sembuh.

      Delete
  4. Macam mana nak hilangkan air liur berlendir sebab parvo.Berapa lama kucing kena penyakit ini akan sembuh?Tolong saya,kucing saya nampak lemah dan xmkan& minum.

    ReplyDelete
  5. Doktor. Dalam beberapa hari ini Kucing saya selalu bersin dan sekarang semakin lemah. Nafas nya semakin cepat...apa yg perlu saya buat. .

    ReplyDelete
  6. Kucing saya sgt lemah..jalan nk p jmban dia pun terhoyong hayang jln..sedih tgok..makan sgt lalu..x tau..buntu da bantu segi berubat..semua caqa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak kek vet.. kucing sehari x makan pun boleh buat mereka lemah.. jdi pastikan mereka makan dna minum walaupun sedikit

      Delete
  7. Hari kedua bulan puasa, kucing saya mula sakit... macam lemah... Macam mana ini?

    ReplyDelete
  8. Kucinh saya sangat lemah... Kucing saya tertindih tayar kereta.. Tapi xteruk..masih boleh berjalan.. Makan n minun hanya sedikit.. Tapi perut dia kempis..kencing berdarah... Harap dapat membantu sata

    ReplyDelete
    Replies
    1. better rujuk ke vet.. risau ada organ dalaman yg luka.. de juga yg pecah

      Delete
  9. Kucing saya asyik muntah dan tak nak mkn, macam mana nk handle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kepada kes.. de kes muntah sebab cacing.. ada juga sebab x makan dan perut mulai masuk angin, dan juga faktor2 lain

      Delete
  10. anak kucing saya tersepit kat pintu ..tp x kuat sgt..n badan dia sgt lemah dan brjalan terhuyung hayang ..mcm mana nak handle ?

    ReplyDelete
  11. Kucing saya 2 ekor tetiba senyap, x nak makan minum.. Tido sahaja Dan makin lemah. Help

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes ini perlu ada pemeriksanaan fizikal dan klinikal.. kena refer vet.. tp boleh ikuti langakh3 merawat diatas ini sementara ke vet

      Delete
  12. Kucing sy sngt2 lemah.. Jln pun tk larat.. Makan dan minum sy paksa guna picagari... Sejak blik dri kmpng sy tinggal di hotel kucing.. Blik dia makan sikit dan minun sikit.. Hari dua langsung tk nk mkn.. Hri ketiga sy bawa dia prgi kedai pet... Ktanya cacing sbb kucibg sy muntah2 dan sedikit cirit.. Blik tu sy bg ubat cacing dan bg mkn dan minum kena dipaksa sbb dia lngsung tk nk mkn.. Hri ni dia lemah sngt.. Badan mengigil kadang badan panas..lps lidah terkeluar.. Sy tk tahu nk buat apa..bagaimana ya? Apa punca dia sakit? Sbb rindu ke, sbb sy tk prnh tinggal dia di hotel.. Tu firstime dia tinggal di hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman, hotel kucing adalah tempat paling mudah merebak virus.. jadi pastikan kucing yang dihantar dah fully vaksin. klu tidak, better bawa ke vet.. sebab vet de doktor untuk buat rawatan.. elakkan ke petshop dimana mereka tak ada kepakaran dalam merawat haiwan..

      Delete
  13. Mcm mna nk sembuhkn luka? Kitten saya kena gigit dgn kucing jantan dewasa tp sempat selamatkan walaupun byk pendarahan & vet bekalkan antibiotics dan vit shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antbiotik akan membantu sembuhkan luka.. tp pastikan luka dibersihkan jika ada kekotoran

      Delete
  14. Kucing sya terjatuh dlm longkang, dan badan dia sngat lemahh , ap sy nak buat yee

    ReplyDelete
  15. Kucing sya terjatuh dlm longkang, dan badan dia sngat lemahh , ap sy nak buat yee

    ReplyDelete
  16. kucing saya lemah, dia selalu buat suara kuat, tapi dia tak mampu berjalan.... dia tak makam jugak.... apa yang perlu saya buat? tolong saya....

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.