www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-09-07

Koleksi Make Up Eintan Nurfuzie 2016


Koleksi Make Up Eintan Nurfuzie 2016 | Wanita dengan alat mekap atau make-up memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ada yang kata " aku tak minat make up" tapi jauhhh dalam hati, mereka nak nampak cantik. Itu lumrah seorang wanita. Cik en sendir mulanya tidak minat dan muka cik en akan dibiarkan kosong tanpa secalit krim dan bedak. Nampak natural orang kata. Tapi kita kena faham, jika zaman dahulu, persekitaran dan pemakanan dijaga dengan baik, tapi kini, persekitaran yang berjerebu, sinar UV, pemakanan banyak yang berminyak dan ada perasa tambahan. Jadi nak tak nak biarlah kita calit sedikit bedak untuk memberi perlindungan pada kulit muka. Dan kebanyakkan produk yang ada sebenarnya merawat kulit muka kita dalam diam. 

Bagi cik en, make up adalah luaran, dan sebaik baik rawatan bermula dari dalam diri sendiri. Cik en sendiri mengamalkan Tips Awet Muda. Selain itu, hindari stress dan happy selalu. Okey, back to motif entri ini dikeluarkan, cik en nak kongsi alat mekap cik en untuk tahun ini.


Sekarang cik en menitik beratkan kulit muka sebab tu, mask perlu ada selain amalkan minum Innershine Camu Camu setiap hari. Dan juga cik en beruntung, bulu mata cik en memang sedikit lentik, cuma kena perlu rapikan setiap hari untuk "merangsang" kelentikannya. Begitu juga kening. Selalu sikit menggunakan sikit kening. Lama lama ianya akan terbentuk cantik. Tak perlu nak mencukur kening. Haram okey. Cik en masih belum berminat untuk memakai eye shadow, jadi eye shadow dibeli akhirnya expired sendiri. Nak tahu expired bahan kosmetik yang kita guna ini? Boleh rujuk entri Tempoh Tarikh Luput Produk Kecantikan. Pemerah pipi wajib ada dan cik en gunakan in2it. Dan kalau korang nak beli, cuba cari warna coklat atau oren. Eyeliner cik en memang suka produk Maybelline. Serum masih setia dengan Ephyra. Jika ke pejabat cik en guna foundation Essence Pure Nude Make-up. Kalau nak havoc sikit, cik en akan gunakan Chriszen.

Rasanya cukup penerangan ringkas ini. Mungkin produk diatas ini akan bertukar mengikut perkembangan make up semasa. Selain itu, cik en nak kongsi tips penjagaan muka mengikut umur. Korang boleh rujuk entri Rawatan Muka Mengikut Umur. Ok, jumpa di next entri.... 

10 comments:

Normi Nieza said... [Reply]

Amboi bnyaknya makeup..ptt lawo😊

Fieza Sani said... [Reply]

Betul2..dulu saya pun bukan kaki mekap gak cik en..sejak kawan ofis ajar guna eyebrow, slow2 beli barang mekap sikit2..skrg boleh la mekap sendiri tapi hat simple2 je la..

timm bill said... [Reply]

Brg cik en lgi byk dri kite..hehe..

NUR RAIHANAH said... [Reply]

Kite pun pakai matte fever tu! hihiii

Along Misuari said... [Reply]

tak tahu nak komen apa sebenarnya nie..
Maklum la AM nie lelaki sejati..
Bab make up isteri pun AM ikut je..

Apa-apa pun penjagaan dalaman lagi penting daripada luaran. Jika sakit badan maka kecantikkan luar tidak dapat dipamerkan.. Tak gitu cik en?

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

aRz MoHa said... [Reply]

wah banyaknya produk make up cik en....penampilan kena jaga kan?

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

perghh byk.. bgus ni.

PERMATABIRU said... [Reply]

comel2 je alat make cik en

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

wow

Lisa Nurulain said... [Reply]

banyak gak.. hhehehe.. Lisa pakai nano ephyra and bio oil gak. tp sekali sekala. tak rajin sangat pakai hahaa

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads