www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-08-08

Tips Awet Muda Yang Boleh Diamalkan Setiap Pagi


Tips Awet Muda Yang Boleh Diamalkan Setiap Pagi | Assalamualikum dan selamat pagi semua. Semangat cik en hari ini untuk bekerja walaupun setiap hari isnin, mood akan swing sedikit. Disebabkan bangun terlebih awal hari ini, cik en nak kongsi sedikit tips yang cik en amalkan daripada muda (muda la sangat) sehingga nak masuk 30 an ini. Tak perlu keluarkan modal pun, cukup dengan amalan ini dibuat setiap pagi.

  1. Bangun sahaja dari tidur, jangan terus berjalan ke bilik air, duduk dahulu dalam beberapa minit. Cara ini untuk tidak mengejutkan tubuh badan dari rest ke aktiviti lain
  2. Amalkan minum segelas air kosong (sebelum berus gigi dan mandi)
  3. Jangan cuci muka dengan sabun pencuci. Cuma cuci menggunakan sponge muka yang dibasahkan. Sebabnya, minyak yang keluar semasa tidur adalah minyak yang baik buat kulit
  4. Mandi pula, jangan la terus jirus dari atas ke bawah. Mulakan dengan bahagian kaki, badan dan seterusnya kepala. Bagus untuk orang selalu magrain
  5. Sebelum mula mengambil air sembahyang, keringkan badan dahulu
  6. Apabila mengambil air sembahyang (part membasuh muka) habiskan dengan meraut kulit muka dari bawah ke atas untuk menjadikan muka 'tidak jatuh' atau berkedut apabila berusia kelak.
  7. Dan jangan di lap air sembahyang yang diambil biarkan ianya meresap pada tubuh badan dan muka. Inilah seri orang selalu bersembahyang.
  8. Jika dapat embun di kawasan kampung (yang bersih belum dicemari) bolehlah di amalkan beberapa kali dalam seminggu
Ini antara tips yang cik en buat setiap pagi sebelum dan selepas mandi. Harap boleh jadikan panduan kepada wanita dna gadis diluar sana. 

3 comments:

Ahmad Hasif said... [Reply]

no.1 & no.2 tu selalu buat.. jadi rutin dah.. bgn pg sebelum gosok gigi and mandi terus minum air.. katanya ada khasiat.. tah lupa apa khasiatnye... :D :D tp pd sy sbb bgn pg tu dh dahaga mmg minum air..

aRz MoHa said... [Reply]

tips yang baik cik en..nak amalkan la macam ni

Anum Abdullah said... [Reply]

wahh..boleh try ni...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads