Kecelaruan keresahan (bahasa Inggeris: anxiety neurosis, anxiety disorder) ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi sebab timbulnya rasa cemas dan takut. Misalnya takut kalau mati, takut jadi gila dan macam-macam ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat irritable, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan excited atau gempar gelisah. Namun juga cepat menjadi depresif. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diliputi ketegangan-ketegangan emosional dan diganggu bayangan-bayangan kesulitan yang Imaginer atau semu. Pesakit sering merasa mual dan muntah; badannya selalu lelah, menderita sesak nafas, banyak berpeluh; bergemetaran dan kadang kala menderita murus. Sebab-sebab neurosa kecemasan ialah kecemasan, ketakutan, kesusahan dan kegagalan-kegagalan yang bertubi-tubi. Lalu mengadakan penekanan atau penindasan terhadap emosi-emosi negatif akibat kegagalan-kegagalan tadi, tetapi tidak boleh berlangsung dengan sempurna. Menurut Freud, juga disebabkan oleh dorongan-dorongan seksual yang tidak terpuaskan dan terhambat, sehingga mengakibatkan timbulnya banyak konflik batin, ketakutan dan kecemasan.
Pendek cerita ianya melibatkan emosi seseorang. Ada yang masih boleh dikawal dan ada yang tidak boleh dikawal. Ianya bukan gangguan jiwa atau mental, tapi lebih kepada emosi yang tidak stabil. Dan bila dah tau nama penyakit, terus cari group di facebook Anxiety Disorder Malaysian Community . Cik en banyak menjadi silent reader sebabnya nak ketahui lebih lanjut mengenai sakit ini. Banyak juga persamaan yang berlaku antara cik en dan pesakit AD di dalam group tersebut. Tapi cik en kagum, walaupun nampak seperti seorang yang mengada-ngada atau lemah sebab berfikiran begitu, setiap ahli menyokong satu sama lain. Memang jiwa pesakit AD ini sangat sentitif dan emosi selalu moody dan swing. Dan cik en yakin tak ramai orang yang sihat di luar sana memahami apa yang kami lalui. Dan ada kes sehingga bercerai berai tau! Jika ada suami, isteri, anak, ibu bapa atau kawan yang boleh memahami pesakit AD ini, lagi cepat pesakit AD ini boleh sembuh tanpa perlu mengambil pil tidur dan ubat ubatan yang ada.
![]() |
Salah satu tanda AD |
Berbalik kisah cik en, cik en masih diperingkat awal, tidaklah sampai tahap, kebimbingan yang kronik. Hanya cepat tersinggung, marah, stress, beremosi, berfikiran negatif. Ikutkan cik en sendiri ingin ke hospital untuk lebih confirmkan. Tapi, biasalah cik en rasa cik en sihat so selalu membatalkan hasrat untuk berjumpa doktor. Hari ke hari, pelbagai pertanyaan yang diajukan dalam group itu. Dan ada yang kata, beliau pesakit AD, tapi tidak pernah sekali sentuh ubatan walaupuns akit bertahun tahun. Dia cuma mendekatkan diri dengan Allah. Itulah inspirasi cik en. Dan juga ada yang bertanya adakah kopi, nescafee dan coklat buat moody. Dan ada yang menjawab "iye". Dan bila di fikir balik memang setiap hari cik en tidak lepaskan diri dari minum kopi. Dengan nekad untuk sembuh, cik en cuma tidak minum kopi ataupun makan coklat. Dan hasilnya sebulan setengah ini, cik en dah mula happy, emosi lebih stabil dan ceria. Dan ada sekali cik en terminum kopi, memang lepas itu, mood swing ke barat utara. Hahahah.. Nasib sempat cari air oren (Vitamin C) untuk naturalkan balik dan ianya berjaya.
Kisah diatas adalah kisah cik en sendiri. Jika korang bukan pesakit AD, tiada masalah dengan kopi atau coklat. Dan AD ini jika tidak dirawat, takut ada yang sampai membunuh diri. AD datang tanpa kita sedar. Cik en yang selalu hati sado dan sentiasa berfikrian positif pun boleh terkena. Hanya kerana stress dengan orang sekeliling kita. Jadi terpaksa cik en ignore orang yang memberi kesan emosi pada cik en. Cik en terpaksa lupakan segala kenangan yang mengusik jiwa termasuk ex boyfriend, masalah kekeluargaan, masalah kewangan dan sebagainya. Sebabnya jika korang menjadi pesakit AD, korang tak dapat langsung keseronakan kehidupan dan hari hari korang akan suram dan gelap. Sedangkan dunia ini luas, banyak lagi kita belum terokai dan juga bukan kita sahaja ada masalah, ada lagi yang lebih berat masalahnya.
Sebulan setengah ini baru jiwa cik en berbunga bunga balik. Terima kasih pada group facebook berkenaan dan kekasih hati cik en. Dialah tempat cik en meluahkan kemarahan setiap hari. Tidak sikit dia tinggikan suara jauh lagi memukul cik en. Kehidupan cik en tidak seperti kehidupan orang luar sana. Dari kecil hingga dewasa, cik en sentiasa dihujani dengan ujian. Mungkin kerana itu, buat cik en memendam perasaan dalam diam. Apabila usia berganjak dewasa, fikiran cik en tidak seperti dulu. Dulu persetankan apa orang kata, cuma sekarang cik en terlalu banyak absorb masalah termasuk masalah orang lain dalam diri cik en. Sebab itu AD menyerang. Dan cik en tak kata ianya akan sembuh sepenuhnya sebab AD ini boleh kembali bila bila masa.
Pelajari apa itu Anxiety Disorder , takut tanpa sedar, korang pun menghidapinya macam cik en.
Akak plak kalau x dpt minum coffee dlm seminggu...terus sakit kepala...mcm dah addicted...kena buat sesuatu ni
ReplyDeleteuish Cik En.. take care ye.. kurang2an minom kuppi tu.. minom green tea ke..
ReplyDeletefuh tajuk yg menarik ingatkan apa tadi...ooo itu la kisahnya yer.. pada saya minum kopi mencerahkan hari2 saya :D :D semoga cepat sembuh..
ReplyDeletegoog morning..
ReplyDeleteHai Cik En,
ReplyDeleteSemoga diberi kesihatan yang baik. Cuba amalkan pengambilan B-Complex yg banyak membantu utk legakan stress...
singgah sini
ReplyDeletepanjang entry :)
owhh,,baru tau pasl AD ni..smoga cik en bertambah semnagt lepas ini yea,,
ReplyDelete