Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer

Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer | Alhamdulillah, 22 April 2022, cik en selesai habiskan vaksin Covid-19. Sebelum ini cik en tolak booster kerana nak masuk pembedahan fibroid. Tak nak menganggu status kesihatan sebelum pembedahan, cik en delay kan dan selepas pembedahan dan kesihatan jadi stabil, cik en decide untuk buat booster. Cik en memilih jenis Pfizer kerana hasil survey di internet dan nasihat kawan kawan cik en. Jadi mesti ramai nak tahu Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer selepas 2 kali vaksin jenis Sinovic. Sebelum itu korang boleh baca Pengalaman di vaksin jenis Sinovac



Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer 

Untuk tempahan booster, korang boleh ke My Sejahtera dan pilih bahagian vaksin, disitu ada link untuk temujanji booster. Korang boleh pilih jenis vaksin, tempat nak di vaksin dan masa. Cik en memilih 22 April 2022 di Kumpulan Poliklinik Manjung Sdn Bhd di Taman Samudera Manjung Perak. Prosedurnya tak lama cuma kena tunggu lengkap 6 orang untuk habiskan satu vial. Terllau banyak cerita di luar sana kesan booster ini dan cik en nak kongsi kesannya kepada cik en walaupun agak lambat juga kan? Hahhaha

Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer 

Cik en orang pertama di panggil dan cik en kena mengaku, cucuk booster terasa sakit. Terasa ubat tu masuk dalam otot kita. Doktor pesan jika tak sihat makan paracetomol dan jika tak ada masalah kesihatan pun, tempat cucuk akan sakit

Ya!! Cik en sihat dan tiada masalah kesihatan seperti demam, selsema, tak larat atau sebagainya tapi tempat dicucuk memang rasa sakit. Tapi cik en masih boleh bekerja cuma sesekali akan rasa sengal. Hari ini hari ke3 cik en vaksin, sakit bahagian cucuk masih ada. Kesihatan masih normal dan ada tanda kelupaan sikit sikit. hahhahaha

Anyway, ini entri simple cik en mengenai Kesan Vaksin Booster Jenis Pfizer. Cik en ambil sebab nak hadapi Hari Raya tahun 2022 ini. Rancang nak berjalan jauh jadi cik en buat persiapan untuk diri sebab cik en tahu, cik en senang jatuh sakit. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post