Studio Photoshoot Razin Zain di Seri Iskandar

Studio Photoshoot Razin Zain di Seri Iskandar | Semasa ada arwah abah ada dulu, kami pernah sekali sahaja pergi studio photoshoot untuk gambar keluarga. Agak lama juga dan masa itu cik en masih tidak bertudung sepenuhnya. Apabila abah dah tiada, cik en rasa menyesal sebab tak abadikan gambar gambar bersama keluarga. Jadi untuk tahun 2022 ini, cik en buat keputusan untuk ke studio photoshoot untuk abadikan gambar raya. Bukan berempat tapi lebih satu team bola sepak cik en bawa ke Razin Zain Profesional Studio di Seri Iskandar Perak. Sesak jugalah studio macam sesibuk orang membeli baju raya. Hahahah



Studio Photoshoot Razin Zain di Seri Iskandar

Cik en agak lama kenal Razin. Masa itu kami berjumpa di Manjung untuk majlis pembukaan satu medispa. Dari situ kami bertukar nombor phone. Kami yang cik en maksudkan adalah blogger daripada negeri Perak dan Razin bersama admin satu page terkenal di Perak. Bermula dari studio yang besar, kemudian berpindah kerana kesulitan semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan umumkan, cik en nampak jatuh bangun dia. Semua orang terkesan kan? 

Tapi dengan studio photoshoot Razin Zain yang baru ini, cik en nampak lebih minamalist dan cantik. Untuk pengetahuan korang, ada 3 environment yang boleh korang pilih untuk buat photshoot. Nak ketiga tiga sekali pun boleh. Bosan kan asyik gambar yang sama je. Nak outdoor bukan tentu cuaca dan yang mana ladies itu, cairlah make up. Tapi untuk studio photoshoot Razin Zain ini hanya indoor tapi dapat gambar yang cantik dengan backgroud yang berlainan. Nak tengok background tersebut? Korang boleh tengok di Cik en dan Family Buat Video Iklan  atau tonton di bawah ini

Hasil Gambar daripada Studio Photoshoot Razin Zain

Disebabkan itulah, cik en bawa keluarga besar cik en untuk bergambar disini. Walaupun dekat 13 orang tapi team Razin mampu handle lagi lagi ada Wafi, si kecil kami. Korang nak tengok hasilnya? Jom









Cantik cantik kan? Ini baru gambar raya, kalau tengok koleksi gambar perkahwinan yang dihasilkan lagi cantik. Untuk pengetahuan korang, Razin Zain ini pernah bekerjasama dengan KRU dalam menghasilkan salah satu poster rasmi group di bawah produksi KRU. Memang lawa betul. Selepas itu ada juga shoot untuk Gegar Vaganza masa Naqiu jadi juara itu. Gambar Ramli Sarip, Ella dan ramai lagi la. Tapii... kalau korang nak tengok semua itu kenalah datang ke Studio Photoshoot Razin Zain di Seri Iskandar ini. Semua koleksi tersebut ada di studio ini. 

Maklumat Studio Photoshoot Razin Zain di Seri Iskandar

Korang berminat ke untuk bergambar raya, booking untuk gambar perkahwinan, shoot produk, shoot untuk profail boleh la ke 



Razin Zain Professional Photographer
NO.118 PSRN, Persiaran SIBC 5, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
(bersebelahan Brew Cafe, Sri Iskandar Clinic Veterinary)
010-915 0211
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang cantik hasilnya tu cik en.. jelas sangat hasilnya. Suka tengok 😍😍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post