Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak

Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak | Alhamdulillah, selesai cik en menjalani pembedahan pembuangan fibroid sebesar 13 x 10 cm. Segala suka duka cik en kongsi di Fibroid Journey bermula awal tahun lepas, cik en mula berani menceritakan journey ini walaupun cik en dapat tahu pada bulan 1 tahun 2020 sebelum Covid19. Siapa sangka, cik en sekarang dah masuk hari ke 5 selepas pembedahan. Rasa bersyukur banyak banyak sebab banyak good news yang cik en terima mengenai fibroid ini. 




Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung Perak


Mula mula sekali, cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team kesihatan (setiap penjawat awam seperti PPK, Jururawat, Doktor, Houseman ) di Ward 1 Hospital Seri Manjung, yang mengetuai di bilik pembedahan Dr. Kamal Nazmir Bin Kamarudin dan beberapa orang doktor lain yang cik en tak tahu nak cari info dimana untuk cik en masukkan dalam entri ini dan juga ribuan terima kasih kepada Dr Hamsatul Azlina Hamzah dan Dr Tan Chew Khang. Maaf kalau cik en salah sebutkan nama nama sebab cik en perlu research sendiri untuk tahu siapa doktor doktor terlibat berbekalkan nama pendek mereka. 


Cik en juga ucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Kamal yang sudi memenuhi hasrat cik en untuk tengok gambar sebenar fibroid cik en walaupun ada doktor lain yang ambil. Cik en minta untuk cik en kongsikan dalam blog ini dan beri ilmu kepada mereka yang masih tak mengenal atau baru dalam masalah fibroid ini. 


Sesiapa yang tahu mengenai Fibroid ini, akan tahu, fibroid yang discan hanyalah gambaran kasar sahaja. Saiz fibroid, bilangan dan tempat hanya boleh dilihat semasa pembedahan dijalankan. Jadi risiko pembuangan rahim tetap ada dan diberi penerangan awal oleh pihak doktor. 


Fibroid Journey 


Marilah cik en mulakan penceritaaan ini dengan tarikh cik en masuk ward. Sebelum ini, cik en telah kongsi cik en kena cucuk Diphereline selama 2 bulan. Dan 8 Mac 2022, cik en dijadualkan untuk masuk ward. Seperti biasa, prosedur di zaman Covid ini, cik en perlu ke Lobur Room untuk swap test dan perlu tunggu around 45 minit sebelum check in ke hotel 5 star. 😁


Selesai di bahagian sampel, cik en ke bahagian pendaftaran yang terletak di wad keceemasan Hospital Seri Manjung. Cik en terus ke ward 1 dan diberi baju uniform 😂. Katil cik en katil 14 berhadapan dengan kaunter. Mungkin senang diawasi oleh semua kot. 


Step pertama adalah check HB darah dan atas border line iaitu 8.2 kalau tak silap cik en. Jadi, cik en tak perlu transfused darah. Selesai mengenai darah, cik en diberi penerangan daripada pakar bius mengenai sebelum, semasa dan selepas. Penggunaan Morphin secara sendiri selepas pembedahan dan lain lain lagi. Cik en angguk angguk faham dan masa untuk minta autograph sebagai prosedur wajib. 


Selesai bahagian bius, cik en kena ke bahagian OnG untuk scan oleh doktor pakar iaitu Dr Kamal bersama Dr Hamsatul. Dari hasil scan, nampaknya hanya 1 ketul fibroid yang sebesar 13cm. Selesai scan, dan juga cik en cerita pasal mandul kucing dan Dr Hamsatul pernah nak bawa kucing untuk mandul tapi que yang panjang, dibawa ke klinik swasta. Biasalah kannn.. bukan klinik orang je kena temujanji, tapi klinik haiwan juga. 😃😃


Pembedahan Pukul 8 Tapi ....


Mengikut jadual, cik en akan menjalani pembedahan pukul 8 pagi tapi Dr Kamal ada cakap kalau ada yang potong line, terpaksa tunda sedikit. Nampaknya, mulut dia semasim garam jadi cik en punya tempat diberi ruang kepada siibu yang positif Covid untuk bersalin secara czer. 


Jam 10.45 pagi, dalam keadaan mamai ( tunggu turn sampai terlena meleleh ayaq liuq) , cik en dibawa ke bilik pembedahan. Ruang pertama untuk semak tag dan pengesahan pembedahan. Selesai bahagian tersebut, cik en terus di tolak kek bilik pembedahan. OH mYYY.. cik en dah mula cuak. Ada seorang doktor tanya cik en makan ubat PSY apa dan dah berapa lama. Belum sempat nak jawap, cik en didunia khayalan gitew. Hahhahaha


Cik en masuk dalam bilik bedah 11.15  pagi dan habis dalam 1.45 petang. (anggaran cik en) dan cik en betul betul sedar dan capai handphone untuk tengok jam pada 3.30 petang. Eh, camne cik en buat anggaran 1.45 ptg? (Halaaamaaak, cik en sebenarnya tertengok dalam file) Anyway, tak boleh tau tengok, kena doktor yang explain apa jua pertanyaan kita


Dalam 3.30 petang, cik en ada rasa sikit sikit dan mula guna Morphin. Cik en sedaya upaya guna seminimun yang boleh sebab ada dengar suara 10 minit sekali guna. Hahahhaha.


Sepanjang 9 Mac 2022. cik en dalam khayalan dan mengantuk teramat sangat. 10 Mac 2022, barulah cik en boleh duduk dan minum air lebih sedikit. Chateter dibuka pagi 9 Mac 2022 dan cik en dah mula berjalan ke bilik air. 


3 Benda Kena Buat Selepas Sedar dari Pembedahan




3 benda ini, benda asas yang doktor akan tanya iaitu Dah boleh kencing? Dah kentut? Dah buang air besar? Itu soalan yang awal akan ditanya, selain itu, akan tanya, ada pendarahan tak? ada sesak nafas? pening pening dan muntah? Alhamdulillah, semuanya okey walaupun hanya sikit je buang air besar. Sebab cik en sembelit jadi bila diberi nasi akan sembelit sikit. Tukar diet kepada soft alhamdulillah, boleh buang air besar banyak. 


Saiz sebenar Fibroid Cik En


Ada yang tertunggu bentuk, saiz dan bilangan fibroid cik en. Dari hasil pembedahan, ada satu sahaja fibroid sebesar buah kelapa dan terletak di intramural (maaf kalau tersilap penggunaan bahasa)




Ini yang diterangkan kepada cik en, jadi cik en boleh bersalin normal jika mengandung nanti. Alhamdulillah, seronok cik en dengar. Cik en ini dah memang ada OCD so macam macam cik en berfikir sampai tahap buang rahim. Dah tak ada anak. 


Korang nak tengok saiz dan rupa sebenar? Korang boleh tengok ini








Besar kan? Sebesar buah kelapa. Fibroid ini hanyalah ketulan daging yang ada darah macamtu. Kalau sesiapa masih lagi blur mengenai fibroid ini, korang boleh baca di Uterine Fibroid. Luka cik en pula cik en anggar 10cm juga la. Lebih besar dari keluar baby.


Pada 12 Mac 2022, cik en dibenarkan balik rumah dah perlu berehat lama. MC diberi selama sebulan dan harap cik en boleh recovery dengan cepat. Mak cik en tinggal sementara dengan cik en untuk bantu cik en sepanjang recovery. Jadi makanan kena pantang. Dan tinggalkan tabiat buruk cik en pada craving dan makanan tak berkhasiat. Kena belajar untuk control stress dan juga aktif untuk kesihatan diri. 


Cik en yang tengah menahan sakit ini, rasa insaf dan ingin berubah. Jadi azam cik en tahun ini untuk amalkan kesihatan dan penjagaan diri yang baik. Dah alang alang tarikh cik en pembedahan bersamaan Hari Wanita Sedunia. 


Korang yang ada di luar sana, jagalah makanan, banyak dapatlkan vitamin D (cahaya matahari), makan buah buahan, sayur sayuran, elakkan produk overclaim, pemutih dan sebagainya. Amalkan kehidupan sihat dan aktif. Stress berkerja dan kehidupan memang takkan hilang tapi take time untuk diri sendiri. 


So, sampai disini entri kali ini. Insyallah, tunggu 6 minggu lagi untuk follow up balik. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Semoga diberi kesihatan yg baik Cik En.

    ReplyDelete
  2. rasanya yg awal tu check HB bukannya BP cik en.. apa pun semoga dipermudahkan urusan untuk sembuh ya.. enjoy ur life still u can...

    ReplyDelete
  3. sekarang dah sihat ke ? jaga diri ya ..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat semuanya. Besar juga fibroid tu ye. Semoga cik en cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sihat dan cepat sembuh cik en...
    semoga dipermudahkan segala urusan juga.. aamiinnn..

    ReplyDelete
  6. Oo. Besar juga yea belahan tu.. 10cm.. Apa apa pun.. Get well soon cik en

    ReplyDelete
Previous Post Next Post