Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid | Disebabkan cik en banyak pantang larang sepanjang "pantang" ini termasuk bercuti selama sebulan, cik en cuba untuk amalkan tips tips untuk menyembuhkan luka pembedahan dan mengelakkan fibroid kembali semula. Untuk pengetahuan korang, Dr Kamal info cik en dalam masa 5 tahun, kemungkinan fibroid akan ada balik sangat tinggi. Jadi masa dalam "pantang" ini amalkan diet, aktiviti dan kehidupan mental yang sihat. Sebelum, cik en melupakan atau buat buat lupa, better cik en take note dengan buat satu entri ini untuk panduan cik en dan juga korang yang belum pernah, tengah atau selepas fibroid. 


Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid


Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid


Sebelum cik en nak story lebih panjang, ramai yang tanya di entri Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung bagaimana cik en tahu ada fibroid, baru ke tahu dan lain lain lagi. Cik en ringkas even ada entry mengenai cerita fibroid tersebut. Cik en tahu pasal Fibroid dan Psikitrik serentak pada bulan 1 tahun 2020. Psikitrik korang boleh baca di OCD Journey. Mengenai fibroid memang cik en rahsiakan sampailah cik en warded pada bulan 9 tahun 2021 apabila HB drop sampai 5. Dan masa itu, cik en dah fikir masak masak untuk buat Open Myomectomy dan terima seikhlasnya kesan yang bakal cik en dapat selepas pembedahan. hampir setahun setengah cik en cari kekuatan dan buat pelbagai rawatan alternatif tapi semakin teruk. 


Jenis Jenis Pembedahan Fibroid 


Untuk info korang, ada beberapa jenis pembedahan pembuangan fibroid (seluruh dunia) iaitu :


  1. Uterine artery embolization. Small particles (embolic agents) are injected into the arteries supplying the uterus, cutting off blood flow to fibroids, causing them to shrink and die. ...
  2. Radiofrequency ablation.
  3. Laparoscopic or robotic myomectomy
  4. Hysteroscopic myomectomy
  5. Endometrial ablation.

Tapi di Malaysia, cik en ada cari info kita ada 2 jenis pembedahan iaitu myomectomy dan  hysterectomy. Tanpa pembedahan, ada teknologi baru di Malaysia namanya HIFU treatment tapi tak banyak hospital yang menawarkannya. 

Apa Yang Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid


Ada beberapa yang perlu korang amalkan selepas pembedahan Open Myomectomy Fibroid. Cik en hanya bercerita kes cik en jadi kalau ada yang lain, korang kena cari info sendiri okey. Jom tengok, apa yang korang kena start buat

  • Penuhkan peti ais rumah dengan sayuran dan buah buahan 


Korang kena buka peti ais rumah korang, jangan terlalu kejar trend susun makanan proses, minuman ready drink, makannan manis dan semua makanan tidak sihat. Sekarang ini, ramai yang buat simpan barangan di peti ais tapi tak banyak video menyimpan sayur sayuran dan buah buahan. Kena ingta, Fibroid boleh datang balik dan akan buat keadaan rahim sakit even luka luaran dah sembuh. Jangan rosakkan rahim korang demi memenuhi craving pada makanan dan minuman tidak sihat. Perbanyakkan buah buahan dan sayur sayuran. Cik en kalau 2 jenis ini, cik en suka kek AEON sebab kualiti mereka sangat tiptop. 

  • Jaga Pemakanan


Setiap kaum di Malaysia atau disleuruh dunia mempunyai adat yang berbeza beza mengikut agama, kawasan persekitaran dan pemakanan yang ada disekitar. Jadi berpantanglah walaupun ada kata ianya old school. Setiap pantang ada kebaikannya sendiri. Cuma perlu diubah suai mengikut keadaan semasa. Jika dulu, tiada pembedahan czer dan hanya bersalin normal, jadi makan ikan haruan sangat digalakkan. Tapi sekarang ada czer, ada surgery fibroid, cyst dan sebagainya jadi ikut saranan doktor. Kita yang create "cara pantang" kita. Asal ianya memberi kesan yang baik pada badan kita sendiri. 

  • Jaga Tekanan Darah 


Malaysia antara negeri yang tinggi dengan masalah tekanan darah tinggi bagi penduduk berusia dibawah 40 tahun. Gaya hidup tidak sihat, pemakanan, kehidupan sosial menjadi salah satu faktor selain genetik atau sejarah keluarga. Sentiasa pantau tekanan darah/ Blood Pressure/BP untuk mengurangkan risiko kembalinya fibroid pada wanita. 

  • Kawal Tahap Stress


Point ini adalah point paling susah untuk cik en buat sebab persekitaraan pekerjaan memang stress. kebetulan cik en bekerja dengan manusia dan haiwan. Buat konsep keseronokan bekerja dan jangan bawa kerja balik ke kerumah. Ingat tu, kita wanita memang senang stress tapi korang boleh ke mana mana hospital untuk cari nasihat psikitrik. Percayalah, apabila korang dapat jumpa pakar yang mampu releasekan stress dan serabut korang, korang akan feel more better. Cari kawan dengan kualiti tanpa pedulikan kunatiti. 

  • Cari keselesaan Diri


Yang ini dalam masa sebulan selepas pembedahan. Kalau rasa sakit sakit badan, pergi berurut atau buat teknik ketenangan sendiri. Kalau rasa nka shopping, shopping saja, kalau tak ada duit, buat je window shopping di Shoppe atau Lazada. Asal, kita happy sepanjang waktu pantang.

  • Pengambilan Supplemen 


Cik en suka untuk ambil supplemen asli seperti vitamin C yang ada di buah oren dan vitamin D pada cahaya matahari pagi. Tapi kalau korang ada kekangan kornag boleh dapatkan suplemen di farmasi dan pastikan ianya tanpa campuran tambahan atau gula tambahan. Kalau cik en, cik en akan makan oren sehari sebiji dan bangun awal pagi, duduk di tepi tingkap dan merasai kehangatan cahaya matahari pagi. (kenapalah dulu cik en selalu skip semua ini 😌 )

Apa Yang Tidak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid


Jika tadi, benda yang boleh dibuat, kali ini korang kena banyak banyak bersabar sebab akan ada yang buat korang kecewa, hahahahha. Lets go

  • Jangan Makan Makanan Bukan Bukan 


Nak tulis tajuk pendek, jadi wujudlah ayat makanan bukan bukan. Tolak sepenuhnya makanan proses seperti nugget, burger dan lain lain (Oh My My ). Daging merah pun kalau boleh elakkan tapi kalau nak sangat sikit je korang makan okey? Susu berlemak tinggi seperti heavy cream juga perlu dielak. Jadi selamat tinggal pada cheese cake, tart dan lain lain. Hahahha. Dannnn, make sure tinggalkan kopi kecuali kopi asli seperti kopi che nah atau kopi yang dibuat oleh orang kampung. Sebab cik en semalam ada minum kopi cicah biskut lutut. Gula kosong tapi cik en boleh lepaskan craving berkopi. 

  • Jangan Jadi Malas


Walaupun selepas pembedahan, korang tak boleh baring sahaja tanpa ada aktiviti. Cik en pun hari kedua pembedahan dah mula berjalan 10 langkah untuk ke tandas. Sekarang hari ke 6, dah boleh round dalam rumah. Cue jangan angkat berat dan rehat jika penat. Jangan paksa diri

Selepas sebulan, dha boleh bersenam, workout secara perlahan lahan untuk membantu stamina korang jadi kuat. Dalam masa yang sama, korang boleh dapatkan bentuk badan idaman korang sebab masa ini, (selepas sebulan menjaga makan dna minum) lemak korang akan burn seperti burger bakar cheese meleleh. (Maafkan jika penggunaan makanan dicontohkan kerana menahan kecewa tidak dapat makan). Bermula berjalan di luar rumah, kemudian di keliling rumah dan boleh berjalan di jalan raya/jalan taman

  • Gula Kawan Baik Fibroid


Gula lah puncanya kita gemuk, sakit, kencing manis dan lain lain. Korang jangan tengok gula as a sugar  sahaja, karbohidrat yang tidak digunakan akan diconvert menjadi gula, gula tambahan, brown sugar, sukrose, laktose, caster dan macam macam lagi. Nasi pun boleh jadi gula jika makan berlebihan, kentang, tepung dan sebagainya. 

  • Jangan Merokok


Cik en tak merokok jadi simple word "Jangan Merokok" atau dekat dengan orang merokok. 

Cik en ambil info dari blog https://www.webmd.com/women/uterine-fibroids/uterine-fibroids-dos-and-donts dan tambah mengikut keadaan kebiasaaan kita di Malaysia. Next entry cik en rasa macam nak story pilihan pembedahan pembungan fibroid yang ada di Malaysia. So stay tuned!
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Semoga cik en kembali sihat sepenuhnya.

    Dulu masa ammi buat operation betulkan rahim sbb ammi ada retroverted uterus, Dr. Hamid Arshat bagi tau jangan makan haruan & gamat. sbb 2 perkara yang org dulu suka bagi pada yg berpantang ni tak sesuai utk yang operation. Penyembuhan cepat disebelah luar, tapi didalam lemak2 kita semua akan berkumpul disatu tempat iaitu dipintu jahitan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post