Tak Lama Lagi Nak Pembedahan

Tak Lama Lagi Nak Pembedahan  | Sepatutnya ada satu entri yang cik en nak kongsi tapi kesibukan sangat jadi dah terlepas pun masa itu. Tajuk sepatutny adalah 2 bulan sebelum pembedahan tapi cik en tukar ke tajuk Tak Lama Lagi Nak Pembedahan sebabnya hanya tinggal sebulan sebelum pembedahan. Apa pun ini sambungan cerita dari entri Nampak Mengandung disebalik Fibroid




Tak Lama Lagi Nak Pembedahan 


Pada 6 Januari 2022, cik en ada temujanji OnG dan telah menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan setelah cuba beberapa kali dengan kaedah alternatif tapi masih tidak berjaya malah menjadi lebih teruk dan besar. Hasil scan hari itu, dari saiz 10 x 9 menjadi 14 x 10. Jadi cik en ambil keputusan untuk berhenti semua ubatan dan cara untuk pastikan ianya tidak lagi besar. 


Jika saiz fibroid besar, kemungkinan cik en akan dibuka dibahagian menegak sehingga atas pusat. Jika kecil, kemungkinan ianya seperti luka pembedahan bersalin. Dengan persetujuan cik en, cik en diberi masa selama 2 bulan untuk kecilkan semaksimum mungkin dengan ubat yang disaran oleh doktor pakar. 


Ubat yang diberi adalah Diphereline 3.75mg secara suntikan. Cik en perlu ambil 2 kali iaitu 6 Januari dan 3 Februari yang lepas. Kesan suntikan pertama tak banyak la, tapi mood swing saja. Oh ya, suntikan ini seperti menopause. Paksa untuk menopause lebih kurang kalau bahasa kita kita ini. pada 3 Februari, cik en cucuk sekali lagi dan kesannya lebih teruk sikit. Moody, swing mood dan termasuk sakit sakit badan. Macam kesan cucuk booster. Kebetulan cik en tolak suntikan booster kerana risau kesan terhadap keadaan cik en sekarang. 



Selesai 2 dos ini, cik en akan lapor diri (dah macam masuk asrama pula kan?) masuk ward pada 8 Mac 2022 ini. Surat masuk ward dah diberi awal masa 6 Januari. 


Sejujurnya, cik en takut dengan pembedahan. Cik en tak pernah menjalani apa apa pembedahan dan kalau masuk hanya drip air atau darah sahaja. Apa pun, cik en berharap pembedahan akan berjalan lancar. Cik en pun dah mula habiskan kerja kerja cik en di klinik. Susah hati sebab dah bertahun cik en handle klinik. Tiba tiba nak pass pada staf lain. Cik en akan rindu suara kucing, suara pelanggan dan suara anjing.Urmmmm..


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post