Perlu Ke Mandikan Kucing Selalu? | Entri kali ini cik en nak story mengenai kucing. Niche blog cik en yang dikenali pembaca cik en. Semestinya ianya ada kaitan dengan kisah di klinik atau facebook cik en memandangkan cik en susah untuk dapatkan idea bernas untuk topik kucing dalam entri cik en. Kisahnya mengenai kucing yang luka di leher disebabkan kolar. Dan ada yang bertanya, "owner tak mandikan kucing ke? " related dengan kisah luka itu. So dapatlah idea cik en nak kongsi dengan korang Perlu Ke Mandikan Kucing Selalu? . Sebenarnya ramai yang bertanya di klinik tapi biasalah bila dah banyak sangat berborak sampai terlupa nak kongsi di blog. So pendapat korang la Perlu Ke Mandikan Kucing Selalu? dan berapa banyak kali perlu kucing korang mandi?
Perlu Ke Mandikan Kucing Selalu?
Jawapannya ringkas saja. Apabila kucing gromming atau menjilat bulu itu tanda mandi bagi dia. Kerap memandikan kucing akan buat essential oil semula jadi hilang pada bulu mereka. Bukan manusia saja nak mencari syampu yang bebas SLS atau bahan kimia yang memberi kesan buruk tetapi untuk kucing juga okey. Kucing dulu dulu tak mandi okey je. Bersinar sinar bulu mereka.
Berapa kali perlu mandikan kucing
Bukan satu kesalahan yang besar untuk korang kalau tak mandikan kucing korang okey? Mengikut pembacaaan cik en, cukup satu atau dua kali setahun korang mandikan kucing korang. Tapi.... haaaa... jangan nak nak cakap apa apa, baca dulu.. Tapiii tengok kepada keadaan dan kucing korang. Kalau jenis duduk rumah, jumpa tanah pun setahun sekali, tak payah la kerap sangat. Memadai trim bulu lebihan yang ada di tapak kaki, montot dan kawasan kawasan yang tertentu. Kalau jenis outdoor memadai mandi mengikut keperluan. Kalau dah jadi macam Hamdan Karipuley itu bawak bawak la kucing itu mandi.
Nak mandikan kucing ini ada step yang boleh mengurangkan stress mereka semasa mandi sebab sedia maklum yang kucing tak suka mandi. Mana yang suka itu, memang owner berluck baik la. Sebab senang nak mandikan. Untuk entri seterusnya cik en akan kongsi Cara Mudah Mandikan Kucing. So stay tuned!
Tags:
kucing