www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-05-08

Cara Mudah Mandikan Kucing

Cara Mudah Mandikan Kucing | Disebabkan entri sebelum ini adalah topik mandi kucing so cik en nak kongsi Cara Mudah Mandikan Kucing korang. Kebanyakan kucing ini takut air sebab akan buat bulu mereka flip dan mendedahkan lemak lemak di badan mereka. Hahahha. Mereka takkan menjadi comel dan seksi bila mandi. Hahahha. Oklah, jom baca perkongsian cik en dengan customer klinik cik en Cara Mudah Mandikan Kucing

Cara Mudah Mandikan Kucing
Cara Mudah Mandikan Kucing

Cara Mudah Mandikan Kucing


  1. Sebelum nak memandikan mereka, pujuk la mereka dengan buat baik baik. Contohnya umpan makanan sedap atau dok main main dengan mereka. Bagi persepsi yang baik pada mereka. Jangan sesekali cakap, "Meow jap gi kita mandi ye" Confirm akan hilang memasing. Hahahhaha. Ini untuk kucing yang takut dan susah mandi ye.. 
  2. Potong kuku dan sikat bulu manatau ada bulu gugur macam rambut perempuan gitew... 
  3. Cara paling senang mandikan adalah gunakan sangkar. Ada sangkar dikhaskan untuk mandi, atau guna sangkar besar atau mana mana sangkar yang bersesuaian. Macam cik en, cik en akan mandikan mereka dan sambil itu cik en mandi juga. kira win win situation. 
  4. Kalau kitten digalakkan guna air suam. Kalau dewasa terpulang la. Dan juga tengok juga cuaca. Kalau tengah mendung tapi bau kucing korang dah se"harum" better guna air suam
  5. Jangan main simbah je air. Cik en akan basahkan kaki dia dulu, naik ke ekor, montot, badan dan seterusnya leher. Muka itu korang ambil tangan dan lapkan muka itu. 
  6. Alert, jaga bahagian seperti hidung telinga dan mata. Jangan sampai termasuk air. Kang jadi masalah lain pula. 
  7. Gunakan syampu sesuai dan gosak keseluruhan badan kecuali muka 
  8. Bilas pun guna cara yang sama masa basahkan badan kucing. 
  9. Gunakan tuala yang bersih 
  10. Korang boleh keringkan kucing dengan beberapa cara, jemur di bahagian luar rumah. Jangan sampai mati kepanasan pula, atau guna hair dryer. Pastikan kering sepenuhnya. 
  11. Lepas kering sikat la bulu mereka dan pujuk mereka kembali 
Kalau korang nak kongsi cara korang mandikan kucing korang yang mungkin lain dari apa cik en kongsi, boleh share di bahagian komen. Jumpa next entri

  1 comment:

  1. dah lama tak mandikan kucing ni sebab tak pernah jumpa yang suka mandi hahaha

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!