
Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak
klinik veterinar,
kucing
2018-11-15
Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak | Lamanya cik en tak kongsi story story semasa kerja kan? Kerap sangat keluarkan niche beauty dan travel lately ini. So hari ini cik en nak kongsi dengan korang 2 kes pagi tadi. Seawal 8.30 pagi klinik veterinar dah dibuka. Kes pertama adalah kes kucing tak boleh kencing dan semestinya cik en dah boleh agak ianya kes batu karang. Belum selesai kes pertama masuk kes kedua, kes yang sama tapi condition kucingnya agak lemah
Mana yang tak tahu lagi, kucing jantan selalunya akan kena Batu Karang atau FLUTD berbanding kucing betina. Macam mana nak tahu kucing kita kena batu karang? korang boleh baca artikel Kenapa Kucing Kencing Berdarah , Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang atau entri Penyakit Sistem Urinari Kucing. Untuk kes pagi tadi seperti cik en story di awal tadi ini merupakan kes pertama yang cik en buat serentak disebabkan kalau cik en tunggu takut masalah lagi kronik.
Kucing 1 - Kucing datang 8.30 pagi dan ianya refer 3 hari sebelum ini yang cik en dah beri injection dan ubat urinary. Owner datang harini katanya kucing itu dah tak boleh kencing dan bising setiap kali nak kencing tapi kucing masih aktif dan manja. Cik en terus buat disebabkan tak ramai orang lagi. Selesai bius, cik en buat proses flushing dan drip
Kucing 2 - kes datang 9.30 pagi, keadaan kucing agak lemah dan cik en terus buat tapi tak biuskan kerana ada risiko kalau dibiuskan. Selesai flushing kucing boleh mula akan muka dan mula berjalan
Anyway kedua dua kes ini alhamdulilah berjaya dan diharap mereka akan sihat. Apa yang penting, kedua dua owner kucing ini perlu cari makanan kucing jenis Urinary S/O jenama Royal Canin
at
Thursday, November 15, 2018

loading..
2 comments
Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice sharing :) Baguslah dua-duanya dah sihat ^^
ReplyDeletePertama kali dengar, kucing pun ada batu karang. Terima kasih, ilmu baru hari ini.
ReplyDelete