www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-05-08

Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah | Pernah tak  kucing korang masuk ke dalam bilik air atas ke pasir buangan dan korang nampak kucing korang ambil masa yang lama untuk kencing. Ada yang tidak keluar air kencing langsung atau ada setitik dua saja atau juga kencing mereka bewarna merah atau coklat? Dan selalunya kes ini berlaku pada kucing jantan. Kenapa Kucing Kencing Berdarah yek? Meh cik en nak kongsi.


Kebiasaannya kucing yang kencing berdarah ini kucing jantan. Tapi ada juga berlaku pada kucing betina. Sepanjang cik en menjadi pembantu veterinar, cik en tak jumpa lagi kes betina ini. So sebelum itu, macam biasalah, cik en akan kongsi Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah


FLUTD 


FLUTD adalah Feline Lower Urinary Disease. Untuk entri ini cik en tumpu pada FLUTD yang berlaku pada kucing jantan je ye. FLUTD ini berlaku kerana ada pasir seperti kristal yang block saluran kencing. Apabila kucing cuba untuk kencing, akan menyebabkan luka di saluran kencing. Dan berlakulah jangkitan atau infection. Dan bila air kencing lama terkumpul akan juga menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. So simple word, sakit batu karang. Antara faktor utama adalah :

  • Pemakanan atau diet yang tidak seimbang - elakkan makanan bewarna warni dan pilih makanan seperti dalam entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  • Habit - Cth : Kurang minum air - Ada juga tau kucing yang tak suka minum air. So korang kenalah cuba campur campur makanan antara dry food dan wet food ye.. 
  • Kucing tahan kencing - selalunya sebab stress, cerewet pasir yang kotor, kehadiran kucing baru atau juga baru pindah rumah baru. Jadi korang kena alert setiap perubahan kucing korang ye. 10 sebab kucing stress
Tanda tanda
  • Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
  • Ada kencing tapi setitik dua je
  • Kencing bewarna coklat atau merah. itu dah jadi kencing berdarah
  • Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit. 
  • Kucing mula muntah dan pasif
Rawatan

Ada 3 rawatan yang boleh dibuat
  • Antibiotic dan inflamantory injection - ini rawatan awal. tapi jika dah injection, kucing masih ada masalah yang sama juga, perlulah ke rawatan seterusnya
  • Flusing - yang ini cik en nak kongsi video sedikit dengan korang untuk flusing menggunakan cateter
  • Pembedahan - yang ini korang kena rujuk vet la. sebabnya cik en sendiri belum buat lagi. hahahah.

Keracunan


Untuk keracunan ini pun boleh akibatkan kucing kencing berdarah juga, Cuma untuk kes ini, korang kena berikan air yang banyak pada kucing korang untuk neutralkan balik. Kalau tak boleh cuba bagi air kelapa. Boleh Ke Air Kelapa Diberi Pada Kucing

Lain Lain (Tumor, Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi, Interstitial Cystitis dll)


Yang ini kes yang jarang berlaku tapi ada. Kes sebegini kena rujuk vet untuk rawatan yang lebih lengkap seperti check darah dan xray. Penyakit Sistem Urinary Kucing

Entri ini more kepada perkongsian cik en mengenai pengalaman cik en. Jadi tidak semua punca kucing kencing berdarah ini ada dalam entri ini. Ini merupakan basic kepada masalah ini. Korang perlu rujuk pada vet untuk didiagnosis/pemeriksaan lebih lanjut. Jumpa untuk next entri 

sumber : youtube dan gambar dari google

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads