www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-10-28

Veterinar | Penyakit Sistem Urinari Kucing




Veterinar | Penyakit Sistem Urinari Kucing adalah salah satu penyakit yang biasa menyerang kucing terutama kucing jantan. Pelbagai jenis penyakit ini iaitu, Batu Karang, Cystitis, Plug Urethra (Uretra tersumbat), Jangkitan salur kencing, Tumor dan Kegagalan Buah Pinggang. Punca Puncanya adalah Diet, Jangkitan Kuman, Habit/Kebiasaan dan Stress. Faktor faktor risiko adalah jenis baka, jantina dan usia. Dan terdapat tanda tanda klinikal yang membolehkan anda sebagai tuan kucing monitar di rumah.


Jenis Jenis Penyakit Sistem Urinari Kucing



  • Batu Karang 
  • Cystitis
  • Plug Uretha (saluran kencing tersumbat)
  • Jangkitan Kuman di saluran kencing
  • Tumor yang ada di dalam saluran kencing
  • Kegagalan buah pinggang untuk memproses

Punca Punca Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Diet - Makanan kering yang tidak seimbang, Kandungan Protein yang tinggi, Kandungan perasa, pengawet dan pewarna yang tinggi
  • Jangkitan Kuman - Jangkitan kulat di Penis atau Vagina, Jangkitan Selepas Mengawan
  • Habit/ Kebiasaaan - Kurang minum air dan kurang kencing
  • Stress : Berkongsi pasir dengan banyak kucing lain, Cerewet dengan pasir kucing yang tidak diganti dan Perubahan persekitaran

Faktor Faktor Risiko Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Baka - Persian, Siames, Shih Tzu, Poodle
  • Jantina - Jantan ini kerana salur ekncing yang panjang dan halus berbanding betina
  • Usia - Batu Karang (8 Bulan - 3 Tahun), Tumor ( Usia 7 Tahun keatas)

Tanda Tanda Klinikal Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Kencing berdarah
  • Berbunyi bising semasa kencing
  • Berada lama di tempat kencing
  • Kencing tidak lawas(menitis)
  • Sentiasa menjilat area tenpat kencing
  • Mencuba untuk kencing (kerap)
Jika di dapati kucing anda ada segala tanda tanda klinikal, bawalah berjumpa dengan vet yang berhampiran sebelum menjadi lebih teruk 

*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI

7 comments:

PeRdU cINta said... [Reply]

Alhamdulillah kucing PC kat kampung tidak ada tanda2 macam tu..syukur..yang ada semakin nakal..hari2 tumbangkan pasu bunga mama..sampai pokok bunga nak keluar tunas pun ngeri cik en..

eima said... [Reply]

ooo ...kesiannye kucing pun mcm manusia byk penyakit jg

Farah said... [Reply]

Cik En, best la topik nie...
saya baru tau ada juga kucing yang stress dengan pasir yang tidak di ganti oleh tuannya.

sha dhira said... [Reply]

orang yang memang love cat as a pet, mesti ambil perhatian ni.. kat rumah shad tak ada bela kucing, hehe. bulunya kemain lagi melekat serata rumah kalau ada ni..

Syafeera Rahman said... [Reply]

Tumpang tanya, bagaimana pula jika kucing kencing banyak tapi ade darah. Sama juga ke?

Syafeera Rahman said... [Reply]

bagaimana pula bila kucing tu kencing banyak tapi berdarah, sama juga ke?

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

@Syafeera Rahman
kalau kencing banyak tapi berdarah mungkin ada jangkitan di saluran kencing atau pundi kencing

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads