![]() |
HPPNK 2017 atau Hari Ladang, Peternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 |
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kementerian yakin sasaran pengunjung ke HPPNK 2017 akan dapat dicapai memandangkan sambutan ini diadakan di MAEPS Serdang yang mana sedia maklum pernah menjadi tapak beberapa event besar sebelum ini serta dengan kemudahan yang disediakan serta pengisian program-program yang akan menarik minat pengunjung nanti. HPPNK juga akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah - anugerah yang dipertandingkan serta juga memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah menghasilkan produk dan inovasi pertanian dalam membantu menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan negara.
![]() |
Sambutan HPPNK 2017 diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 |
“Kali ini Kementerian akan menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian. Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, kita juga mensasarkan penglibatan belia dalam bidang pertanian terus dipertingkat menjelang 2050”,


Malaysia Food Festival (MyFF) akan diperkenalkan pada sambutan HPPNK kali ini. MyFF 2017 merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia. Melalui MyFF ini, para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork). So sepanjang sambutan, pengunjung bakal menikmati sajian makanan seluruh negara. MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-
- Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
- Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
- Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
- Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
- Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
- Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


wow
ReplyDeleteGood info. Thanks.
ReplyDeleteSalam Kakak Vet,
ReplyDeleteMak Pharmacist datang sini ;)
Boleh-boleh la sama-sama HPPNK kita pergi nanti!
#TheRealBloggerMak
makasihhh artikelnya.. :) soulskin cosmetics indonesia "
ReplyDelete