Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah | Pernah tak  kucing korang masuk ke dalam bilik air atas ke pasir buangan dan korang nampak kucing korang ambil masa yang lama untuk kencing. Ada yang tidak keluar air kencing langsung atau ada setitik dua saja atau juga kencing mereka bewarna merah atau coklat? Dan selalunya kes ini berlaku pada kucing jantan. Kenapa Kucing Kencing Berdarah yek? Meh cik en nak kongsi.


Kebiasaannya kucing yang kencing berdarah ini kucing jantan. Tapi ada juga berlaku pada kucing betina. Sepanjang cik en menjadi pembantu veterinar, cik en tak jumpa lagi kes betina ini. So sebelum itu, macam biasalah, cik en akan kongsi Kenapa Kucing Kencing Berdarah

Kenapa Kucing Kencing Berdarah


FLUTD 


FLUTD adalah Feline Lower Urinary Disease. Untuk entri ini cik en tumpu pada FLUTD yang berlaku pada kucing jantan je ye. FLUTD ini berlaku kerana ada pasir seperti kristal yang block saluran kencing. Apabila kucing cuba untuk kencing, akan menyebabkan luka di saluran kencing. Dan berlakulah jangkitan atau infection. Dan bila air kencing lama terkumpul akan juga menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. So simple word, sakit batu karang. Antara faktor utama adalah :

  • Pemakanan atau diet yang tidak seimbang - elakkan makanan bewarna warni dan pilih makanan seperti dalam entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  • Habit - Cth : Kurang minum air - Ada juga tau kucing yang tak suka minum air. So korang kenalah cuba campur campur makanan antara dry food dan wet food ye.. 
  • Kucing tahan kencing - selalunya sebab stress, cerewet pasir yang kotor, kehadiran kucing baru atau juga baru pindah rumah baru. Jadi korang kena alert setiap perubahan kucing korang ye. 10 sebab kucing stress
Tanda tanda
  • Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
  • Ada kencing tapi setitik dua je
  • Kencing bewarna coklat atau merah. itu dah jadi kencing berdarah
  • Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit. 
  • Kucing mula muntah dan pasif
Rawatan

Ada 3 rawatan yang boleh dibuat
  • Antibiotic dan inflamantory injection - ini rawatan awal. tapi jika dah injection, kucing masih ada masalah yang sama juga, perlulah ke rawatan seterusnya
  • Flusing - yang ini cik en nak kongsi video sedikit dengan korang untuk flusing menggunakan cateter
  • Pembedahan - yang ini korang kena rujuk vet la. sebabnya cik en sendiri belum buat lagi. hahahah.

Keracunan


Untuk keracunan ini pun boleh akibatkan kucing kencing berdarah juga, Cuma untuk kes ini, korang kena berikan air yang banyak pada kucing korang untuk neutralkan balik. Kalau tak boleh cuba bagi air kelapa. Boleh Ke Air Kelapa Diberi Pada Kucing

Lain Lain (Tumor, Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi, Interstitial Cystitis dll)


Yang ini kes yang jarang berlaku tapi ada. Kes sebegini kena rujuk vet untuk rawatan yang lebih lengkap seperti check darah dan xray. Penyakit Sistem Urinary Kucing

Entri ini more kepada perkongsian cik en mengenai pengalaman cik en. Jadi tidak semua punca kucing kencing berdarah ini ada dalam entri ini. Ini merupakan basic kepada masalah ini. Korang perlu rujuk pada vet untuk didiagnosis/pemeriksaan lebih lanjut. Jumpa untuk next entri 

sumber : youtube dan gambar dari google
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

24 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hi cik en, sy perasan kucing sy ambil masa yg lma untk buang air kecil, kdg2 ada setitik dua kdg xda lain tp hrini sy mula nmpk air kncing dia brdrh. Kucing sy betina dn bru me lahirkan 3minggu. Tolong response please apa perlu sy bt tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan ada masalh dari pundi kencing atau rahim.. sebab untuk betina. kedua2 orgn ini keluar tempat yg sama

      Delete
  2. hi cij en. .saya perhatikan kucing saya ada msamasalkncing berdarah.. sblm ni dia mcm nmpk salh mkn muntah².. dh 2 mggu saya perasan dia msih lg ada muntah² tp xde seteruk mcm yg 1st time dia mntah.. blh cik en bg pndapat cara merawat kucing saya tmpa perlu pergi ke clinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berdarah tu dah nak kronik.. better rujuk vet.. klu hanya susah nk kencing mungkin boleh buat rawatan di rumah. better rujuk vet cepat. sbb klu dah mula muntah kemungkinan kidney dah mula bermasalah

      Delete
  3. Hai en..boleh sy tau berape kos utk rawatan kucing yg kencing berdarah, sebab kucing sy ia kencing berdarah, yg membibangkan sy dlm trey pasr ia pun ade tompakan darah..ia dh mule kurang selera mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik en, nak tanya kenapa dgn kucinh sy.. mula2 dia macam sakit perut.. lepas tu xda selera makan.. dh 3 hari xmau makan.. lepas tu suka baring dlm bilik air dan duduk luar kalau hujan.. macam badan dia kepanasan.. baru tadi, kencing dia pula berdarah.. dia batu karang ataupun keracunan or penyakit lain ye?

      Delete
  4. Kucing Saya dah xleh berjalan.. Kaki. Belakang mcm xupaya dah.. Kencing nya berwarna merah.. Apakah tanda Batu karang juga

    ReplyDelete
  5. Hi saya nak tanya, kucing saya ni dah 2 ,3 hari tak makan, bagi makanan mahal pun taknak, lepastu haritu dia ada kencing berdarah, dah banyak kali saya nampak. Dia dah macam kurus dah sikit, nampak letih, tak active, suara dia pun saya dah tak dengar, saya ada pergi rujuk vet, tapi yg kerajaan. diorang cakap dia ada sakit penyakit ayam? Then diorg bagi ubat, saya dah bagi makan dekat 4 hari dah tapi still dia kencing berdarah lg. Apa yang perlu saya buat yaa? Risau plk 😭

    ReplyDelete
  6. adakah kucing tu kucing jantan? klu jantan kemungkinan FLUTD atau bahasa ringkas batu karang. Kena bagi ubat untuk treatment batu karang. jika sampai tahapp tak leh kencing kena buat operation masukkan catteter. Jika betina kemungkinan jangkitan pada rahim atau salur kencing, rawatan yg sama kalau salur kencing tapi selalunya pemberian ubat sahaja. klu rahim perlu checking dengan vet dan sy prefer bawak ke vet swasta

    ReplyDelete
  7. Cik en...kucing sy baru lps opret buang batu karang ni...duduk klinik 5 hari..bru bwk blk..maslahnya...sy jd risau bila tgk dia kencing cmpur darah...doctor kata xde apa2.....tp jd risau sbb nmpk mcm byk..blh bg pnjelasan x..tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kucing yang akan kencing berdarah lebih dari seminggu. Depends pada tahap luka. Continue antibiotik dan ubatan yab di bagi oleh vet. Kucing kena banayk minum air. Yang penting kucing ada selera makan.. klu lemah better refer vet balik

      Delete
  8. Kucing sy bru 2 bulan lemas2 kencing da tercampur darah .lendir2

    ReplyDelete
  9. Kucing saya betina , dia baru sahaja kena kencing berdarah ni. Perlu rawatan segera atau rawatan sendiri sahaja bagi dia air kelapa?

    ReplyDelete
  10. Haii cik en..kucing sy bru kena langgar tdi.. Dua² kaki dia nmpak mcm terseliuh.. Lepastu bila dia kencing kluar darah..apa patut sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kencing ada keluar darah selepas kemalangan mungkin berlaku kecederaan pd pundi kencing atau saluran.. better rujuk vet tuk checkup

      Delete
  11. Kucing tak lalu mkn air dia minum sikit kencing berdarah tapi saya bagi la ubat urinary acidifier carpon tak lega lega

    ReplyDelete
  12. Saya baru perasan kucing saya kencing ada darah tapi darah tu sedikit sahaja. Kucing saya mäsih aktif Dan makan Minum seperti Biasa.

    ReplyDelete
  13. salam sis, kucing sy mula die berak cair..pg vet..tukar makan dari monther n kids tukar pada adult persian..najis dah ok skg plak kencing berdarah plak..pg vet ..tukar makanan urinary tuk rawatan nye..skg ni makin teruk kencing berdarah + pas mkn urinary kerap muntah.. berat makin susut ..tp still nk mengatal(nak mengawan)..bleh sy stop ubat doc bg terus bg kelapa muda je ..pening dah xthu nk buat ape..please helps mee =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain daripada makan urinary, ada doc bagi ubat ubatan? selagi dia on heat, memang susah sikit.. sbb dia akan streess, kurang makan, kurnag minum.. tu jadi cmtu

      Delete
  14. Sye nak tye...kucing kite org makan,minum ok..makanan die rich choice,minum pon RO water...die die kencing & berak tak mlsh...perut die pon tak ade ketulan...tpi kencing die berdarah...die boleh kencing & berak..tpi kencing die berdarah...bg wet food seriap hari & treat jgk...ape mslh kucing tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka setakat makanan dan minuman sahaja.. banyak faktor lain seperti stress dan on heat.. kena refer vet untuk konsultan lebih lanjut

      Delete
  15. Hai saya nk tanya kucing jantan sy muntah beberapa harini ni ada cecair dari anus dia mcm air kencing menitis2 bercampur darah saya rasa sedih sangat x smpai hati tgok keadaan dia mcm tu…dulu sgt aktif mnja…esok sy plan nk bawa ke vet…cuma sy nak tau knp dia blh jd mcm tu ya….kos rawatan mahal ke tak ya…

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada klinik dan tahap.. jika baru mungkin around 100 ke 200.. klu dah muntah macam dah ada tanda masalah di buah pinggang.. kos akan tinggi sbb kena buat blood test

      Delete
  16. saye nak tanya, kucing saya baru 2 minggu lepas dah operate jahit utk masalah buasir dan dah disedut keluar kencingnye dari pundi kencing jugak 2 minggu lepas. Dan dah dibukak jahit juga, tapi lepas dalam 2 minggu, harini saye nmpk dia ad kencing menitik mcm ada darah sikit. Mcm mana ye? Ubat kencing, antibiotik pun dah habis mkn time lepas kene operate semua tu..skrg lps 2 mggu mcm jadi balik susah kencingnye dan ada darah sikit. Nak kata dia x minum, dia minum dh skrg berbanding dlu2. Dan makanan pun sye dah bg rc yg utk urinary so.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post