Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah
Seawal 8 pagi cik en dah datang dan cik en pakai beg silang comel aja untuk senang cik en pakai semasa ujian nanti. Lebih kurang 15 orang yang ada untuk Ujian JPJ Motosikal. Ada yang ulangan bahagian 2, bahagian 3 dah baru macam cik en.Cik en dapat nombor 5 camtu tapi bila giliran untuk yang ambik kedua dua lesen motosikal dan kereta cik en giliran no 10. Untuk RPK cik en akui cik en lupa kot. Nasib la ada 10 biji motosikal. Tengok tengok kawan je.
Selesai RPK, cik en stanby untuk bahagian 2 pula. Nerveous cik en pada titi sebab takut terlebih confident jatuh pula. Hahaha.
Lama betul cik en tunggu JPJ panggil nama. Nerveous cik en bertukar bosan. Hahaaha
Dan Alhamdulillah.. selesai Bahagian 2 dengan jayanya
Masuk bahagian 3 dan berjaya juga.
Yeah! Confirm ini cik en lulus.
Terus ke bahagian kelulusan. Dan cik en dapat keputusan LULUS!
Terus cik en jumpa uncle institut kat pejabat dan serahkan keputusan dan gambar.
Cik en bagi gambar ini sama dengan gambar untuk Lesen L tapiiii...
JPJ reject pula sebab sistem tak leh detect muka cik en. Delay la 2 3 hari dan cik en pon bagi la gambar yang ini
Eh, boleh pula. Rupanya nak latar belakang putih. Hahahahha.
So cik en dah ada Lesen Motosikal bermula 6 Ogos 2018. Yeahhhh. Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah .. Hahahha
hihi, nak gambo santek kot baru boleh detect, haha
ReplyDeletehahahahahaha comel la tajuk. adoi sha bilalah nak ambik lesen
ReplyDelete