Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah | Berlagak tak tajuk cik en kali ini. Hahaha. Lambat sikit update pasal Lesen Motosikal cik en ini sebab ada beberapa hal yang JPJ cerewet sikit. Nanti cik en cerita dalam entri ini. Masih ingat tak entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal , Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal dan Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal . Cik en book Ujian JPJ pada 31 Julai 2018 sebab di Institut Memandu ini JPJ buat ujian setiap hari Selasa. Cik en terus ambil cuti takut ada kekecewaan kalau yang gagal nanti.


Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

Seawal 8 pagi cik en dah datang dan cik en pakai beg silang comel aja untuk senang cik en pakai semasa ujian nanti. Lebih kurang 15 orang yang ada untuk Ujian JPJ Motosikal. Ada yang ulangan bahagian 2, bahagian 3 dah baru macam cik en.

Cik en dapat nombor 5 camtu tapi bila giliran untuk yang ambik kedua dua lesen motosikal dan kereta cik en giliran no 10. Untuk RPK cik en akui cik en lupa kot. Nasib la ada 10 biji motosikal. Tengok tengok kawan je.

"Lampu hadapan berkeadaan baik"
" Tayar hadapan berbunga dan berkeadaan baik"
dan bla bla cik en menjerit. Hahahha

Selesai RPK, cik en stanby untuk bahagian 2 pula. Nerveous cik en pada titi sebab takut terlebih confident jatuh pula. Hahaha.

Lama betul cik en tunggu JPJ panggil nama. Nerveous cik en bertukar bosan. Hahaaha

Dan Alhamdulillah.. selesai Bahagian 2 dengan jayanya

Masuk bahagian 3 dan berjaya juga.

Yeah! Confirm ini cik en lulus.

Terus ke bahagian kelulusan. Dan cik en dapat keputusan LULUS!

Terus cik en jumpa uncle institut kat pejabat dan serahkan keputusan dan gambar.

Cik en bagi gambar ini sama dengan gambar untuk Lesen L tapiiii...


JPJ reject pula sebab sistem tak leh detect muka cik en. Delay la 2 3 hari dan cik en pon bagi la gambar yang ini


Eh, boleh pula. Rupanya nak latar belakang putih. Hahahahha.

So cik en dah ada Lesen Motosikal bermula 6 Ogos 2018. Yeahhhh. Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah .. Hahahha
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihi, nak gambo santek kot baru boleh detect, haha

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha comel la tajuk. adoi sha bilalah nak ambik lesen

    ReplyDelete
Previous Post Next Post