www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-06-24

Cara Mendapatkan Lesen Motosikal

Cara Mendapatkan Lesen Motosikal | Ada kisah kenapa cik en tak teruskan ambil Lesen P selepas dapat Lesen L untuk motosikal dulu. Sepatutnya belajar 10 jam saja di litar kan? Tapi cik en dah belajar 30 jam di litar and the last cik en tak berjaya nak masuk test JPJ. Bukan sebabkan cik en buat hal tapi rasanya lebih kepada ditipu agen institut memandu. Sebab kecewa, cik en terus ambil lesen kereta (Lesen D) dan dah dapat Lesen Memandu Kompeten hampir 8 tahun. Disebabkan cik en dah mula nak menjadi minah rempit ini, cik en rasa kesedaran untuk ambil balik Lesen Motosikal dan mula merancang nak travel naik motosikal lepas ini. Dan cik en tahu, ada dikalangan pembaca cik en, ada lesen kereta tapi lesen motosikal tak ada macam cik en kan? So dah alang alang cik en dah nak ambil lesen ini, cik en share dengan korang Cara Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal

Cara Mendapatkan Lesen Motosikal
Cara Mendapatkan Lesen Motosikal 

Cik en nak share la, harga yang cik en dapat buat Lesen Motosikal B2 di Sitiawan ini. Cik En ambil di Institut Memandu Growth Plus Sdn Bhd. Untuk Lesen Motosikal B2 harga adalah RM300. 

Tidak termasuk buku teks RM 10 (belakang buku test ada no siri dan no siri itu satu orang akan dapat satu no siri yang berlainan dan ianya perlu diberi semasa memasuki ujian komputer), ujian komputer untuk motiskal RM 17 dan bayaran untuk ujian JPJ nanti. 

Sebelum itu cik en nak share sikit jenis jenis lesen memandu yang korang akan dapat lepas lulus Ujian Komputer di MYEG.
  1. Lesen L (Lesen Belajar Memandu)
  2. Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) 
  3. Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten - kira lesen besar la)
  4. Lesen Vokasional (Lesen kenderaan untuk dapatkan upah memandu seperti Lesen Bas, Lori  atau konduktor bas (tak perlu memandu)

Syarat Mendapatkan Lesen Motosikal 

  1. Umur 16 tahun keatas (motosikal) dan sihat tubuh badan serta bukan buta warna
  2. Untuk OKU perlu dapatkan pengesahan dari doktor
  3. Warganegara Asing pula perlu ada pasport dan visa dan ada di Malaysia sekurang kurangnya tempoh 1 tahun

Cara Mendapatkan Lesen Motosikal 

Ok, yang ini cik en nak share proses Mendapatkan Lesen Motosikal pula
  1. Pendaftaran - Pendafatran di Institut Memandu, Sekolah Memandu, atau Agen yang sah
  2. Kursus Teori Penunggangan Selamat (KPP 01) - Kursus ceramah ini 6 jam dan korang wajib thumb print sebelum dan selepas kursus untuk melayakkan korang ambil Ujian Komputer selepas itu. 
  3. Ujian Komputer - Korang kena pergi ke MYEG atau kalau Institut Memandu ada MYEG. Keputusan akan dapat on the spot masa itu. Skor sekurang kurangnya 42/50
    • Ujian Buta - Menguji Penglihatan Mata
    • Bahagian A - Tanda simbol/ Papan tanda jalan raya
    • Bahagian B - Peraturan Jalan Raya
    • Bahagian C - Jalan Raya, Undang Undang dan Soalan Kejara
  4. Jika Gagal, korang boleh repeat balik ujian komputer dan jika lulus, korang dah boleh memiliki Lesen L (Lesen Belajar Memandu)
  5. Lepas itu korang boleh la buat Praktikal di Litar (KPP 02) selama 9.5 jam
  6. Praktikal di Jalan Raya (KPP 03) 6 jam. Walaupun namanya di jalan raya tapi sebenarnya ianya dalam litar saja. Praktikal ini kalau tak silap cik en masa ceramah tadi, 4 biji motosikal jalan serentak 
  7. Settle 10 jam latihan dan lesen L dah berusia 30 hari, boleh lah ambil ujian JPJ. Just inform pada Institut Memandu dan mereka akan setkan. Tapi pastikan korang thumb print cop jari sebelum praktikal dan selepas praktikal dan lepas 10 jam syaratnya itu. 
    • Ujian JPJ 
    • Ujian Penilaian 
    • Ujian Bahagian 11 dan 111
  8. Lulus dan korang dapat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) 
  9. Tempoh Percubaan 2 tahun. Untuk kes cik en yang dah ada Lesen Kereta cik en skip tempoh ini. Kira terus dapat Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten). Tak perlu tampal P kat motosikal
  10. Selepas 2 tahun, korang ada masa 1 tahun untuk tukar Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) ke Lesen Memandu (Lesen Memandu Kompeten)
  11. Kalau gagal sila ulang semula dari step 1 tadi. 

Ok la, cik en akan share lagi untuk step seterusnya iaitu Ujian Komputer di MYEG. Jumpa next entry di 

  11 comments:

  1. bayar asing-asing ke Cik En...mcm2 sekarang ni yeaa..

    ReplyDelete
  2. Salam .
    Nak tanya skit, klu ada lesen moto, dh melebihi 4 tahun, nk ambil lesen kereta pulak, kne repeat dari awal, dari dga ceramah,amk p moto semula,lpas tu baru ble blajar kereta plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dah ada lesen moto full. maksudnya dah lepas P..xperlu repeat.. tapi untuk ambik lesen kereta tetap kena masuk ceramah balik.

      Delete
  3. Syarat 16 tahun tu ikut tarikh lagir ataupun ikut tahun

    ReplyDelete
  4. Syarat 16 tahun tu ikut tarikh lagir ataupun ikut tahun

    ReplyDelete
  5. Lesen L motor still bole menunggang tanpa pembonceng ya tak?

    ReplyDelete
  6. Kalau dah ada lesen kereta,berapa harga nak buat lesen motor?lebih mahal atau lebih murah ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam cik en la.. lesen kerata ada.. bru ambil lesen moto. Agak mahal la dari yang x pernah ada lesen nak ambil lesen moto

      Delete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!