Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi | Kalau ditengok bahan komestik, sabun sabun, syampu, perapi sekarang ini mesti ada kandungan SLS dan Paraben kan? SLS atau Sodium Laureth Suplhate pernah cik en cerita di Pencuci Kawasan Intim Wanita Yang Merbahaya ini yang menghasilkan buih yang banyak. Nampak seronok kan buih buih banyak masa mandi dan bersyampu tapi ianya memberi kesan jangka masa panjang pada badan seseorang itu. Susah nak mencari produk dari bahan bahan semulajadi di pasaran kan? Kadang kadang sebabkan tiada itu menyebabkan kita terpaksa membeli produk produk itu. Tapi korang jangan risau dah, sebabnya Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi 

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Bahan Dari Bahan Semulajadi


Founder atau pengasas Suzy Honey Herbs ini adalah Kak Suzy secara peribadinya lebih sukakan penjagaan tubuh badan dengan edisi tradisional mengikut amalan nenek moyang melayu kita. ini kerana satu hari melihat ibu mertua beliau yang berusia hampir usia 70 tahun mempunyai 9 orang anak tapi masih boleh panjat pokok diusia sekarang ini serta juga masih bekerja kampung. Jawapan ibunya "berpantang betul betul pantang. Zaman dulu kan siap menyala. Tidur atas salaian. Pantang makan, jaga betul betul. Dan ada resepi resepi khas diamalkan dalam tempoh berpantang " ini la tertubuhnya Suzy Honey Herbs. Suzy Honey Herbs mengeluarkan Produk Herba Alami dan Organik yang berkualiti di pasaran Malaysia. Dan misinya mendidik masyarakat dengan mendedahkan khasiat herba alami Nusatara yang telah mulai pupus di kalangan generasi kita sekarang ini. Tidak seperti founder lain, produk Suzy Honey di buat sendiri secara homemade menggunakan 100% bahan semulajadi di kilang beliau. So Suzy Honey Herbs bukanlah produk produk keluaran kilang yang jenis borong tu ye.. 


Kalau diikutkan banyak produk keluaran Suzy Honey Herbs ini, ada sabun, syampu, akar kayu, masker, set berpantang, teh herba dan lain lain lagi la. Tapi kali ini cik en nak share dengan korang 2 produk terlaris Suzy Honey iaitu Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose, Sabun Kopi Scrub, Sabun Aura dan Sabun Neem. Jom kita tengok satu persatu kebaikan produk produk Suzy Honey Herbs ini

Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose 



Cik en sangat cerewet dalam pemilihan syampu dan perapi ini. Sebabnya cik en ini dilahirkan dalam kekeringan. hahahhaha. Rambut dan kulit cik en jenis kering. Kalau nak beli syampu di pasaran, sangat susah. Cik en kena beli syampu khas di salon. Tapi itulah, kandungan dalam syampu khas ini kita tak tahu. Dan kalau cik en pakai perapi, kepala cik en suka sakit. So dah lama lama mencari, cik en diperkenalkan dengan Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose. Bahan semula jadinya cik en harap dapat membantu rambut cik en kembali lembab.

Cik en dah guna hampir seminggu, syampunya tak la berbuih banyak sebabnya tiada SLS dan Paraben. Itu lah yang bagus, sebabnya SLS dan Paraben akan memberi kesan yang tidak baik pada tubuh badan untuk jangka masa yang lama. Tapi bau Syampu Bunga Rose sangat wangi. Cik en sangatlah suka. Selesai bilas, diakui rambut cik en sedikit kering, dan cik en pun gunalah Perapi Rambut Bunga Rose. Kalau perapi lain tak boleh kena akar rambut kan? tapi yang ini cik en guna sampai akar rambut dan tak ada pula cik en sakit kepala macam perapi rambut lain. Selepas bilas, rambut jadi sangat lembut dan wangi. Wangian ini bertahan sampai 2 hari tau! Walaupun bertudung, haruman itu sentiasa ada. Kesegaran dan keharuman rambut itu lama kerana Suzy Honey Herbs menggunakan campuran Pati Essential Oil Premium. Kira puas hati la guna. Korang pun kena juga cuba. Selain itu ianya :

  1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut .
  2. Mengelakkan keguguran rambut
  3. Sesuai untuk masalah kelemumur
  4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.
  5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan mengelakkan bauan hapak.
  6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Buanga Rose ini adalah Virgin coconut oil, Rosehip oil , Peppermint oil, Kaffirlime EO , Rosemary EO. Harganya RM55 satu set. 1 botol 100ml dan 100% bahan natural.

Suzy Honey Herbs Sabun Aura 



Sampai saja produk Suzy Honey Herbs ini, cik en dah terbau bau bunga yang harum. Rupanya datang dari Sabun Aura ini la. Mesti korang tau, aura sebenarnya berfungsi menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit dan aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Sebab itulah kalau yang masih tiada jodoh ini, orang tua tua suruh mandi bunga untuk dapatkan aura positif. Selalunya dalam perawatan tradisional, aura banyak dikaitan dengan bunga. 7 jenis bunga yang berlaianan warna dan baru. Oleh kerana itu lah, Suzy Honey Herbs mengadunkan 7 jenis bunga Rose, Iris, Lily, Saffron,Ylang Ylang Melati dan Jasmine serta ditambah dengan Vitamin E dan Vitamin C, Evening primrose oil mengasilkan Sabun Aura ini. Antara kebaikkannya :

  1. Ianya mampu memberikan aura yang menarik , awet muda dan membersihkan diri dari anasir negatif. Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C. 
  2. Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan menceriakan . 
  3. Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang. 
  4. Sesuai untuk bakal pengantin dan sesiapa sahaja yang mahu kelihatan segar ceria sepanjang masa.
Sabun Aura berat 60 gram ini dijual RM25 dan ianya mampu bertahan berbulan kalau korang gunakan secara berhemah. Dah tak payah gi spa kan? Kat rumah ini hari hari kita boleh buat. Kosnya tak la semahal di Spa.


Suzy Honey Herbs Sabun Neem



Kalau siapa yang tak tahu daun neem atau semambu ini, meh sikit orang kampung ini nak cerita. Daun ini selalunya orang kampung guna untuk mandi masa demam campak anak anak mereka. Cik en sendiri pun pernah mandi bila kena demam campak masa kecik dulu. Ianya daun berbentuk panjang panjang dan sekarang ditanam di taman taman untuk lanskap. Cik en beruntung juga la, walaupun tak dibesarkan dnegan Starbuck, Secret Recepi dan I Phone ini, cik en tahu serba sikit perawatan tradisional ini. Kalau korang nak tahu, daun neem ini juga bagus untuk masalah cacing pada ternakan tau. Cik en selalu share tips ini dengan peternak di daerah cik en. Ini sebabnya semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Bagi manusia ianya bagus untuk mengatasi masalah kulit kita ini seperti

  1. ekzema
  2. alahan kulit
  3. ruam
  4. gatal-gatal
  5. kurap

Kandungan  Sabun Neem ini adalah Glyecerin organic, Essential oil, Vitamin E, Neem Leaves . Menggunakan daun neem sendiri lebih bagus dari patinya. Sebab itu cik en kata, produk Suzy Honey Herbs ini menggunakan 100% bahan semula jadi. Walaupun cik en rasa renyah juga la. Baik gunakan pati yang dijual terus untuk hasilkan produk ini. Tapi bila dah dijadikan pati, khasiat asalnya sudah berkurang. Harga Sabun Neem seberat 60 gram ini RM18.00

Suzy Honey Herbs Sabun Kopi Scrub



Korang mesti pernah tahu, sabun kopi dulu pernah viral dalam memberi kemulusan kulit muka kan? Dijual secara online dan pasar malam dengan bentuk yang sama. Semestinya ianya dikeluarkan di kilang yang besar. Cuma di tambah jenama sendiri je. Asalnya cik en sendiri tak pernah gunakan sabun kopi masa viral dulu sebabnya cik en tak yakin dengan proses pembuatannya. Tapi dengan Suzy Honey Herbs ini, cik en yakin nak mencuba sebabnya ianya diperbuat secara homemade. Lagipun rupa sabunnya tak seperti yang viral sebelum ini. 

Kopi banyak kegunaanya selain daripada jadikan minuman yang berusia beratus ratus tahun ini. Dalam dunia kosmetik, ianya sangat bagus untuk scrub kulit, menghaluskan kulit, meneutralkan kulit dan lain lain lagi. Cik en sendiri dah cuba Sabun Scrub Kopi Suzy Honey ini dan bila mandi, rasa kulit jadi halus dan mulus. Selalunya kalau pakai sabun kopi ini mesti kulit jadi kering kan? Tapi degan adanya Avocado Oil ini berfungsi melembabkan kembali kulit kita. 

Kebaikkanya yang lain adalah : 

  1. Menghaluskan kulit
  2. Menghilangkan bau badan
  3. Menghilangkan selulit 
  4. Menyegarkan tubuh dan menghilangkan penat dengan aroma bauan kopi
  5. Melarutkan lemak dan membentuk tubuh
  6. Menuetralkan kulit yang kering dan jadikan kulit glowing
  7. Menghilangkan bekas jerawat, flek,dan noda hitam pada kulit
  8. Mengangkat sel kulit mati & memperbaiki jaringan kulit yang rosak

Kandungannya Sabun Kopi Scrub adalah Vegetable Glycerin Organic, Kopi Tenom, Chia seeds, Blue poppy seeds, Grapefruit essential oil, Avacado oil dan Vitamin E. Harga Sabun Kopi Scrub ini RM18 seketul yang beratnya 60 gram. 

Korang kena cuba salah satu produk Suzy Honey ini untuk korang tahu, apa yang cik en tulis ni betul atau tak. Lagipun tiada bahan kimia dan halal kerana 100% produk bumiputera Muslim. Lagipun produk mereka produk yang boleh digunakan semua peringkat umur jadi 1 keluarga boleh gunakan. Selain itu, kalau korang dah cuba dan nak menjadi agen Suzy Honey Herbs pon boleh, mereka sedang mencari dropship sebabnya permintaan mereka terlalu tinggi sehinggakan tak menang tangan. Lagipun ianya dapat menambah pendapatan korang kan. Kalau korang berminat bolehlah hubungi meraka di 


Rujukan info :
http://reiki-malaysia.com/aura/
http://khasiatq.blogspot.my/2016/09/6-khasiat-kulit-alpukat-untuk-kecantikan.html

-->
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

29 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yeah!! Suka sabun neem tu.. Lepas ini bolehlah sha dapatkan..

    ReplyDelete
  2. Produk semulajadi lebih selamat di gunakan berbanding produk2 yang mengandungi pelbagai bahan terlarang.kena pandai memilik produk.

    ReplyDelete
  3. semuanya best

    produk homemade mmg terbaik. Rasa yakin nak guna

    ReplyDelete
  4. Bagus produk Suzy Honey ni. Selamat dan digunakan. Memg suka produk homemade ni

    ReplyDelete
  5. Tak sabarnya nak cuba produk keluaran Suzy Honey ni. Yang penting kan guna bahan semualajadi. Takde kita was was nak guna kan.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post