KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh | Korang yang tinggal di Ipoh boleh la menambahkan pilihan panggung wayang untuk korang tengok wayang dengan MBO Falim Ipoh. Sebabnya pada 23 Disember 2017 lepas, MBO telah buka cawangan baru di AEON Big Falim Ipoh. Dengan modal lebih RM14 juta, outlet MBO yang ke 27 di Malaysia ini menyediakan 2 konsep unik untuk penduduk Ipoh iaitu KECIL dan Big Screen. Dengan itu, Big Screen di MBO Falim Ipoh telah mengalahkan pawangan lain dengan skrinnya yang besar. Dah boleh jadi dewan konvo tau! KECIL pula akan menjadi pilihan ibu bapa yang ingin tengok wayang bersama sama anak anak. Sebabnya dalam KECIL hall ada papan gelongsor atau slide dan pelbagai mainan kanak kanak yang selamat. Cuba korang bayangkan kejap... macamana dalam panggung ada slide? Hahahah. Kalau tak boleh kena baca habis entri ini okey? | KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh


KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh
KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

MBO Falim Ipoh


Bertempat di AEON Big Falim Falim, ianya terletak di aras 3 sebelah kanan kalau korang masuk dari pintu utama. ANyway sini tak ada parking ticket. Korang boleh masuk macamtu saja. Berbeza dengan AEON yang lain. Jom cik en share sekitar MBO Falim ini








KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh



Cik en puji la MBO ini sebab mengambil berat masalah dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak anak kecil yang suka bebas untuk menonton wayang. Cik en nampak MBO menjadikan KECIL seperti suasana di rumah. Kanak kanak bebas berlari dan buat aktiviti sendiri sambil menonton wayang. Apa yang cuba MBO masukkan keunikan dalam KECIL ini adalah untuk keselesaan kanak kanak dan ibu bapa sendiri. Keunikan yang ada adalah :-


  • Sofa Bed untuk keluarga baring dan duduk
  • Seat yang selesa untuk kanak kanak
  • Playground yang dibina akan memberi rasa enjoy pada kanak kanak
  • Ada bilik untuk tukar lampin bayi dan kanak kanak
  • Audio dan kecerahan yang minima sesuai untuk keselamatan kanak kanak dan ibu bapa




Untuk Big Screen pula cik en memang nak cakap besaarrrr punya skrin. Haahahaha. Sekali pandang dah macam dewan konvokosyen. Dan bila ditanya, memang ada yang buat konvokesyen untuk sekolah. So kalau korang nak buat apa apa event pun boleh book Big Screen ini. MBO memang bijak kan? bukan saja panggung wayang tapi boleh diubah suai untuk majlis majlis rasmi. Awesome dengarnya! 



So berbalik pada Big Screen tadi, ianya merupakan skrin yang terbesar ada di Ipoh ini. Dengan own Premium Large Format ini, tak adanya korang nampak gambar pecah pecah.Yela kan, kalau dah saiz biasa nk dipaparkan dengan saiz besar, mesti akan ada cacat cela pada movie kita tengok tu. Teknologi ini dorang bekerjasama dengan BARCO yang mana memberi paparan gambar yang terbaik dari segi brightness, high contrast dan superior colour performance. Masa cik en tegok movie ritu, rasa macam kita ada dalam movie tu. Bagi sound pula, MBO menggunakan DOLBY ATMOS yang memang korang tahu mempunyai sound system yang terbaik. Masa cik en diberi peluang mendengar dan melihat 2 teknologi ini, cik en memang rasa kagum la. 


Kalau korang tengok di mana mana hall, speaker ada di kiri dan kanan dinding saja kan? Tapi di Big Screen ini siap kat atas pon ada. Patutla dengar kebabom je sound dia. Hall ini ada 302 tempat duduk. 


Masa Road Tour dengan Chun Wai ini, cik en berkesempatan untuk masuk 2 hall yang lain iaitu Couple Hall dan Standard Hall. Yang itu cik en nampak seperti biasa macam pawangam lain. Sound dia pon sama la dengan Big Screen, so duduk di hall mana mana pun korang akan merasa gambar dan sound terboikk ini. MBO Falim ini mempunyai 6 standard hall dan 2 special concept hall iaitu KECIL dan Big Screen dan menjadikan jumlah 8 hall yang mana ada sebanyak 1169 tempat duduk. 


Harga MBO Falim Ipoh ini biasanya RM12 hingga RM13 depends pada movie korang tengok dan type of cinema. Bagi twin seat dan couple seat RM44 yang mana satu seat RM22. So tips untuk korang tengok murah adalah hari Rabu, sebabnya semua hall harganya sama RM9.50. So dah boleh jimat kan? Zaman sekarang ini kena grab benda benda jimat. Huhuhu. Maklumat lanjut korang boleh ke www.mbocinemas.com . Terima kasih juga kepada pihak MBO yang memberi peluang www.nurfuzie.com untuk rreview MBO Falim Ipoh ini

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alahai bestnya warna warni ! =D

    ReplyDelete
  2. Akak suka tengok wayang kat MBO sebab selesa sangat...selalu memang cari tiket MBO dulu sebagai priority..harga tiket agak mahal tp worth it..janji tenang nak tgok wayang

    ReplyDelete
  3. Oh, tempat baru ye mesti tak ramai org lagikan

    ReplyDelete
  4. Seluas-luasnya wayang ni. Baru selesa.

    ReplyDelete
  5. wahhh....macam seronok pula MBO yang kecil tu

    ReplyDelete
  6. Uish.. Menarik nie.. Sha cam teruja pula nak test yang Kecil tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. wow bestnya kalau dapat bawa keluarga di sini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post