Petua : Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta


Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta


Ergh... tension cik en bila kereta kesayangan cik en, barney dibau oleh bau durian. kisahnya macamni..minggu ini lepas adik cik en balik bercuti 2 hari.. hari ahad dia bersiap sedia nak gi sepang...nak balik hostel dia..sampai je di stesen keratapi ipoh, kereta api dah kehabisan tiket.. so mak dan abah cik en terpaksa la menghantar adik cik en ke sepang..bergerak pukul 5 ptg dan sampai balik ke rumah jam 6.00 pagi...alhamdulillah selamat sampai..

tapi....
bila cik en masuk je dalam barney kesayangan cik en...pergh..... baunye dah bercampur baur...
bau durian...habis lah... abah cik en pulak semburkan pewangi...aduhai lagi la pening.. dalam perjalanan cik en g kerja.. terpaksa la bukak semua tingkap...tapi still ada baunyer...sampai je pejabat terus cik en search cara menghilangkan bau durian dalam kereta..so cik en sharekan untuk semua

  • Kaedah Pertama 
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

  • Kaedah Kedua 
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.

  • Kaedah Ketiga 
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.
*Kaedah ini terbukti berkesan apabila kawan saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam keretanya yang baru di “spray” / cat semula. Semua tingkap ditutup dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.

  • Kaedah Keempat 
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.

  • Kaedah Kelima 
Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun. Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka….

  • Kaedah Keenam 
Beli Febreze dan sembur jer la. Ini pun memang berkesan juga.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pernah beli durian letak dlm kete, sumpah xpegi beli dh durian kalo naik kete huwaaa..

    ReplyDelete
  2. sy x blh bau durian..x thn..maybe petua cik en ni blh m'bantu sy :)

    ReplyDelete
  3. xtahan kalu bau durian dlm kete, lbh2 lg kalu jln jauh2... adehhhh.. mula rs pening

    ReplyDelete
  4. selalu taruk pandan je banyak2..ade gk le skit2 bau..taruk roti n arang tu ade gak..roti tu jang lupe buang lak..kang naye je..bersarang pulak dalam kete tu kang..hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..bau durian la best...xyah beli penwangi kereta dah....kui3...

    ReplyDelete
  6. ada satu lagi petua yang diajar ibu keen.. masa beli buah durian banyak-banyak, ambil salah satu tangkai buah durian tu, pastu gantung kat aircond.. biarkan semalaman.. setakat ni, Alhamdulillah, berkesan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post