www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-10-21

Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam?

Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam? | Adalah cik en baca di facebook mengenai vaksin sekian sekian mengakibatkan anak anak semakin mengenyam. Cik en ada tengok profile facebook yang keluarkan artikel itu and .... tak perlu la cik en nak menambah dosa membawang kan? Cuma cik en terpanggil untuk bagi pendapat mengenai topik Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam? ini. 


Sebenarnya semua anak perempuan akan ada perasaan bernafsu selepas mereka datang haid. Its normal. Sama macam dulu. Tapi kenapa dulu tak ada kes seks di bangku sekolah atau pengaulan bebas dari sekolah rendah lagi. Banyak faktor sebenarnya dan kita tak boleh tuju pada 1 sebab ianya terjadi. 

Faktor Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam

  • Teknologi gadjet dan internet 

Dunia teknologi yang memang menjadi habit anak anak sekarang. Internet memang mudah untuk diakses. Kecil kecil lagi dah ada handphone canggih. Berbanding dulu, hiburan anak anak hanya bermain bersama dengan kawan sekolah. Mereka berfikir sebaris dengan fikiran kanak kanak sebab mereka bergaul dengan rakan sama usia. Apabila ada teknologi, boleh google, boleh youtube, mereka diberi pendedahan lebih daripada apa yang mereka perlu tahu. Sebab itu, anak anak sekarang super bijak dan mereka boleh menonton video seks tanpa kawalan. 

  • Khitan

Adakah korang ( ibu ibu muda) tau apa itu khitan? Khitan seperti Khatan. Cuma khitan untuk anak anak perempuan. Kenapa khitan di buat?  Khitan adalah salah satu dari 5 sunnah fitrah. Prosesnya membuang hujung kelentit anak perempuan yang mana kelentit ini memberi ransangan terkuat. Kalau nak baca lanjut boleh baca di Khitan Untuk Anak Perempuan .

  • Adab hubungan suami isteri

Walaupun cik en belum berkahwin tapi semua ini diajar masa sekolah lagi. Bukannya nak bersama suami isteri asal ko puas aku puas settle. Tapi ada adab adabnya. Adab sebelum hubungan, semasa hubungan dan selepas hubungan. Tengok balik semua itu terutama adab sebelum hubungan iaitu Nikah. Selain itu adab buang air kecil seperti berdehem sedikit. Semua itu ada sebab kenapa dalam Islam perlu dibuat. Sebabnya ianya mempengaruhi. Contoh yang mungkin korang senang faham. Korang buat kek. Semuanya tersedia dan masa adunan termasuk bahan yang expired atau semut. Walaupun diakhirnya korang dapat kek tapi rasa dan bau lain dari kek yang menggunakan bahan sempurna. 

  • Didikan ibu bapa

Cik en dulu suka kalau mak abah cik en open minded. Tapi bila cik en dah berusia sebegini, cik en rasa open minded itu tak boleh terlalu open sampai memberi ruang pada anak anak ke lembah yang tak diingini. Contoh : biarkan anak berdua dengan rakan lelaki ke sana ke sini pada usia yang muda. Mak cik en dulu wajib ada adik kalau nak ke mana mana. Kalau tiada adik beradik lain, mungkin ada sepupu atau kawan yang lebih berusia. Hadkan kebebasan dorang tapi jangan sampai mengongkong mereka. Ala ala tarik layang layang. Ada masa tarik ada masa lepas. Sebabnya keadaan dulu dan sekarang berbeza, Dulu kita boleh kongkong anak anak tapi sekarang anak anak akan jadi memberontak. Banyakkan nasihat dan teguran. 

  • Didikan Islam yang sempurna

Menjadi tanggugjawab ibu bapa untuk berikan pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna. Dan yang penting carilah agama yang benar. Banyak sangat yang gunakan agama untuk kepentingan sendiri. Dalam Islam semuanya lengkap. Ajaran ini yang sebenarnya akan guide anak anak ini dari buat perkara berdosa. 

Ini antara yang cik en boleh fikir secara spontan semasa entri ini di buat. Mungkin korang ada pendapat yang lain dan boleh kongsi di bahagian komen ya.

  3 comments:

  1. aduih.... mmg betul cik en... anak2 akak pun gurl2, bila dah naik sekolah, kwn mcm2 ragam, suka ikut kwn... puas membebel je akak ni... hehehe.... tp kekadang akak layan je la, ngn anak2 juga....

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Cik En..akak baca pasal tu kat FB pun ada statement akak setuju dan ada statement akak kurang setuju serta tak setuju langsung..zaman akak dulu takde kes2 macam ni masa kami remaja sebab takde gadjet, didikan dan asuhan ibu bapa yang sangat garang..zaman sekarang beza..anak kena marah sikit mak ayah masuk campur..dan mak ayah lebih memberi gadjet pada anak-anak..perasaan dan nafsu tu its normal..akak setuju...

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan semua point. Memang sangat bermanfaat. Ibu dan bakal ibu wajib baca dan ambil tahu

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!