www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-01-10

You're One Of The 40 Butterflies Escaping With Traveloka At The KL Journal

You're One Of The 40 Butterflies Escaping With Traveloka At The KL Journal | 1st dapat email dengan mukadimah YOU'RE ONE OF THE 40 BUTTERFLIES ESCAPING WITH TRAVELOKA THIS 16-17th Dec (2D1N WEEKEND) macam tak percaya kot! Iyelah, cik en bukanlah antara blogger selalu dapat peluang sebegini. So... Im so excited untuk join  Escaping With Traveloka ini. Sanggup drive dari Manjung ke Batu Gajah seawal 6 pagi untuk naik ETS pukul 7.00 pagi ke KL semata mata nk join Escape With Traveloka di The Kuala Lumpur Journal ini. Anyway so many many many thanks to The Butterfly Project dan Traveloka sebab bagi peluang ini pada nurfuzie.com. Love Tammy and Traveloka! 


You're One Of The 40 Butterflies Escaping With Traveloka At The KL Journal


Escape With Traveloka ini dibuat pada 16 dan 17 Disember 2017 yang lepas di salah sebuah hotel yang awesome with room deco and food The Kuala Lumpur Journal (The KL Journal) di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Cik en sampai di The KL Journal around 10.45 am menaiki monorail dari KL Sentral. Sampai saja, cik en dan yang lain lain register dan diberi name tag and goodies. Sambil tunggu yang lain, kami menjamu selera dengan breakfast selain cit cat dengan blogger yang lain. So far cik en dapat juga blogger baru selain bertanya khabar blogger yang lama. Around 11.00 am, kami start dengan welcoming season, ice breaking. games dan blogger introduction.

Welcoming Season, Ice Breaking. Games dan Blogger Introduction




Anyway dalam aktiviti pertama ini, kami diberi penerangan ringkas mengenai Escape With Traveloka ini. Ini merupakan anjuran The Project Butterfly with Traveloka. Ianya merupakan 1st time colloboration between The Project Butterfly and Traveloka. Setahu cik en, Traveloka di Malaysia agak baru sebabnya sebelum ini Traveloka bermula di Indonesia. So ianya berkembangan yang bagus apabila Traveloka ada di Malaysia. So ianya akan banyak memberi pilihan kepada hotel dan pengguna di Malaysia.  Yang itu nanti cik en akan diceritakan di sesi Talk nanti. For Ice Breaking, kami diberi beberapa kumpulan dan buat sesi suai kenal diantara ahli di dalam kumpulan. Settle, kami terus kepada aktiviti games!! Yeah, walaupun games tapi tetap ada kesan positif kami kami seperti setiakawan dan alert pada respon.

Lunch at The Kedai Kopi KL Journal

Sebelum lunch tadi kami diberi beberapa pilihan menu seperti Malaysian Style Curried Fish And Chip, Spicy Grilled Beef Bolagnese Sandwich, KKJ Signature Wagyu Beef Burger, Pan Fried Chicken Chop with Plat Rice dan Spagetti Arabiata. Dan cik en memilih KKJ Signature Wagyu Beef Burger sebabnya ianya merupakan hidangan yang agak mahal dan jarang ditemui andddd cik en sendiri tak pernah rasa. Katanya sodap menjilat jari. So kita rasa adakah sodap sangat? Disebabkan ramai, cik en tunggu hampir 30 minit juga la nak makan burger ini. And lasssstttt, sampai juga KKJ Signature Wagyu Beef Burger ini. Taraaaaa...



Untuk pengetahuan korang, menu yang cik en nyatakan itu adalah set Lunch dari Kedai Kopi The KL Journal ini. Disamping itu ada Buffet Snack, Soup Of The Day and Dessert.

Talk About Traveloka




Untuk 1st talk, banyak mereka terangkan mengenai Traveloka. Seperti korang tau Traveloka adalah satu cara untuk korang membuat tempahan lebih 100,000 penerbangan dalam Malaysia, penerbangan antarabangsa, lebih 100,000 Hotel di Malaysia dan Hotel di Luar Negara. Mereka berusaha untuk provide penerbangan dan penginapan yang murah untuk pelanggan meraka. Kiranya lengkap untuk mereka yang kaki travel untuk bercuti dan bekerja. Korang tak perlu nak call setiap hotel di kawasan tempat yag korang nak menginap untuk booking. Dengan Traveloka, korang boleh tempah dengan lebih yakin kerana ada gambar bilik, persekitaran hotel, list barangan yang ada dalam bilik seperti seterika atau hair dryer, tempat menarik di sekitar, lokasi dan yang pentig review dari pelanggan hotel sebelum itu. Bagi penerbangan pula, Traveloka selalu buat pelbagai promosi penerbangan. Untuk maklumat lanjut boleh ke Traveloka


Untuk 2nd Talk pula, Traveloka memperkenalkan Apps yang mesra pelanggan. Korang boleh download secara percuma di Apple Store atau Google Store. Dengan Apps ini, korang boleh booking melalui telefon pintar korang sama macam menggunakan PC. Banyak tawaran yang dibuat melalui Apps ini. Selain itu korang boleh uruskan semua booking korang seperti edit dan cancel. Selain itu korang boleh set kan Price Alert yang mana apps akan remind korang kalau ada tawaran hebat. Mudah kan? So korang cepat cepat download apps mereka ye? korang boleh tengok bawah ini


Simbolik The Butterfly Project dan Sesi Bergambar



Dah dianjurkan oleh The Butterfly Project semestilah kena ada butterfly right? Untuk itu, cik en berpeluang la berada dalam team ini untuk perlepasan rama rama.. Hahahah. ayat macam janggal je kan? hahaha.. Settle, kami bergambar dengan kesemua team termasuk peserta dan organizer Escape With Traveloka ini.



Workshop Time!



Yang ini cik en tunggu tunggu. Workshop Time. Kitaorang diberi 4 pilihan bengkel. Macam cik en, cik en dah memilih Art Journaling Workshop by OrangeBerry. Selain itu ada Bathboombs And Essential Oil, Floral Watercolor dan Pasport Holder. Art Journaling dipilih awal sebabnya perlu bawa gambar travel untuk dimasukkan dalam buku travel kami nanti. Nak tengok hasil kami tak?



Settle semua aktiviti, kami balik bilik masing masing dan untuk next sesi adalah exchange gift! Yeah!

Dinner and Exchange Xmas Gift



Aktiviti malam adalah dinner dan exchange xmas gift untuk rakan sebilik cik en. Rakan sebilik cik en Scha Nazri dari Negeri Sembilan rupanya beli gift yang sama dengan cik en.. Hahahaha.. Kelakar betul betul yang ini. Anyway cik en terima je. ahhahaa. Tapi memang gelak bila buka gift yang dibagi tu. Apa apa pun Scha Nazri is mommy to be dan beauty blogger. Anyway nice to meet you Scha. Orangnya comel dan ramah. Insyallah nanti kita berjumpa lagi. 

Night Activities



Selepas dinner ada live band tapi cik en dan Blogger Ayue Jean dan Mimin merayau melihat lifestyle Bukit Bintang di Malam hari. Gambar live band dan gambar cik en tak copyright adalah hasil gambar blogger Eros Si.


Kami balik bilik pun dah sampai 12 tengah malam. Dah penat seangat activities seharian ini. Cadangnya esok pagi nak terjun swimming pool di tingkat atas The KL Journal ini. 

Swimming Pool The KL Journal



Seperti dijanjikan cik en dapat juga mandi di swimming pool ini selepas breakfast. hahahaha.. Permandangan malam dan siang berbeza tapi sayang cik en tak sempat nak tengok view malam. Apa apa pun sempat la juga berendam.


Checkout!



Around pukul 12.00 tengah hari, cik en pun checkout sebabnya train ETS cik en pukul 2 petang. Apa pun happy sangat dapat enjoy with The Butterfly Project and Traveloka di The KL Journal 2 hari ini. Banyak info dan pengalaman baru cik en dapat. Dan semestinya cik en akan rindu moment disini.  Thanks Traveloka dan The Butterfly Project. Anyway cik en travel ke KL dengan blogger Marshaliza. Best rasanya dapat geng travel. Kalau tak bosan sorang sorang travel ini macam selalu. Ok la, jumpa next entry. Muah all!

  28 comments:

  1. Rugi pulak tak order burger tu hari tu. Nampak macam sedap tapi hari tu rasa lapar gile. Nak kena ada nasi jugak

    ReplyDelete
  2. meriahnya event! happening butterflies day out la ni yaa.. kalau ada kesempatan, nak join jugaklah butterflies ni..heeeee..

    ReplyDelete
  3. Best kan. Hope next time ada byk lg trip mcm ni yg blh join.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat join event and berjumpa dengan kawan-kawan blogger yang lain. Nak nak kalau tempat best.

    ReplyDelete
  5. Wahh, penuh jadual dengan event. Ramai juga joint workshop ni

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa..serius best..seronok dpt kwn baru..bljr benda baru..ishhhh mmg bestlah

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt join butterfly...

    Seronok je tgok...hehe..

    Macam2 program ada.. Pakkal jauh..kalau dkt dh lama join..

    ReplyDelete
  8. Rasa seronokkan dpt jumpa blogger lain. Boleh share cerita mcm mcm

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat join program macam ni! teringin nak join, bole jumpa kawan kawan blogger kan? part paling best yng mana? exchange gift ke eheh btw follow sini <3

    ReplyDelete
  10. bestnya.. bilalah kita nak ada pengalaman camni juga

    ReplyDelete
  11. Bestnya jadi ahli butterflies kita tengok dari dulu lagi mereka aktif dan meriah pelbagai aktiviti mereka buat bersama kita sempat jadi kupu-kupu dalam tu hehehehehe

    ReplyDelete
  12. seronoknya tengok aktiviti dia...happening giler , sure jadi antara kenangan terindah kan bila dapat join aktiviti bersama Traveloka .

    ReplyDelete
  13. Seronoknya Butterflies semua berehat kat sini dan buat pelbagai aktiviti menarik. Btw, KL Journal memang best. Suka konsep hotel ni.

    ReplyDelete
  14. Best kan..dpt sesekali berkumpul ramai-ramai macam ni..rindu nak lepak lagi la..

    ReplyDelete
  15. Besttt kannn! hehehe rindu pulak nak satu bilik dengan cik en!

    ReplyDelete
  16. Beruntungnya dapat peluang sebegini. Dapat berkumpul bersama rakan2 blogger yg kenal dntak kenal, lakukan aktiviti sama2. Mesti best kan? Bilalah masa turn sis pulk

    ReplyDelete
  17. Next workshop anjuran The Butterfly ni jangan lupa invite Bonde nak juga tambah ilmu dan nampak uolls enjoy sangat. Meriah sekali.... Tahniah Butterfly

    ReplyDelete
  18. macam sangat seronok event tu. I terlepas. would like to stay at the hotel one day

    ReplyDelete
  19. tahniah cik en terpilih..bukan senang nk dpt..mmg best sgt tgk memasing update kat fb/ig..tak leh nk joint..tak dpt green lite..hehe

    ReplyDelete
  20. Appreciate the recommendation. Let me ttry it out.

    ReplyDelete
  21. Bestnya. Sooo jelly. Hahaha.. Next time nak kena join gak event butterfly..

    ReplyDelete
  22. hahaha i like that! butterfly project and then the opening got the butterfly release session.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  23. Baca dgn penuh tekun dari mula sampai akhir. Tapi tak tahu nak komen apa. Apa yng boleh dikata, 1 event yang nampak sangat sangat best beruntung cik en dapat hadir 😉

    ReplyDelete
  24. bestnyaaa Cik En.. gambar semua cantik2 terbaiklah =)

    ReplyDelete
  25. babe hope you had fun eh hahaha semua gambar cantik cantik I love this hotel and paling best seronok je dengan workshop ! ;)

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!