www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-01-31

Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream Untuk Si Muka Berjerawat

Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream Untuk Si Muka Berjerawat | Muka start berjerawat bila masuk usia remaja. Ada yang dah dewasa, jerawat hilang tapi ada yang masih berjerawat sampai tua. Walaupun cik en bukan kulit jenis berjerawat tapi bila mai bulan itu, still akan tumbuh sikit sikit terutama dahi dan dagu. Walaupun tak lama, tapi ianya mai time cik en nak melawa ada function atau travel. Hahaha.. Kalau dok snap pakai handphone canggih mungkin boleh pilih modd beauty tapi confident level kita live dengan orang akan terganggu sikit la kan? Tapi lani korang tak perlu risau kalau ada Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ini. Sebabnya cleanser ini diubuat khas untuk mereka berjerawat, kulit berminyak dan combination skin. Hope korang boleh ada choice lain untuk masalah korang dengan baca entri  Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ini.

Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream Untuk Si Muka Berjerawat
Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream Untuk Si Muka Berjerawat

Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream


Kadang kadang korang rasa korang dah pakai la spot treatments, krim anti jerawat, serum dan lain lain lagi tapi korang lupa pada cleanser atau pencuci muka. Sedangkan pencuci muka la asas kepada produk yang korang akan pakai selepas itu. Kalau korang main pakai je cleanser tak tengok pada jenis kulit apa, mungkin produk lain kurang memberi kesan yang sepatutnya. Selain itu, kalau korang gunakan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream untuk mencuci muka, korang tak perlu nak cuci terlalu lama sebabnya Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ini mampu exfoliate kulit korang dan keluarkan sel kulit mati dan berminyak. Penggunaan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ini boleh dilihat dengan penggunaan 7 hari saja. 

Info info lain Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream :
  • Unclog and reduces the appearance of pores
  • Medical-grade products
  • Anti-inflammatory as well as an antioxidant
  • Its citric acid base to treat everything dari blackheads to breakouts, plus plant ekstrak to balance balik oil terutama di kawasan T Zone
  • Tindakan yang cepat dan kesan dalam masa 7 hari
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi

Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream Untuk Si Muka Berjerawat


Cara penggunaan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream :

  • Gunakan sedikit saja Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream dan cuci muka
  • Bilas dan gently pat dry
  • Guna 2 kali sehari pagi dan malam

Untuk korang yang tertarik nak mencuba, produk ini dijual dengan harga RM80 dan korang boleh dapatkan di 

  1. AEON Dato Onn, Johor Bahru
  2. Official Online Store : www.allyoung.my ( korang boleh dapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan --> SWA10 tanpa minimun pembelian sehingga 28 Februari 2018 )
  3. Online Store : www.hermo.com , www.zalora.com , dan www.lazada.com
Selain dari Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream, korang oleh juga mencuba Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream dan review korang boleh baca Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda

Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda

Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda | Meh nak tengok bawah mata korang sikit? Ada eyebag dan mata panda tak? Ada? Pernah cuba produk untuk hilangkannya? Mesti ada tapi tak berapa nak berjaya kan? Macam cik en gak la. Ada cuba macam macam jenis produk untuk hilangkannya. Latest ini cik en ada cuba produk dari Swissvita iaitu Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream dari ALLYOUNG. Pada entri ini di taip cik en dah pakai 3 kali. So far nampak la perubahan walaupun baru 3 hari. Untuk nampak lebih berkesan korang kena gunakan 7 hari berturut turut. So mana yang nak cuba dan nak tahu maklumat lanjut boleh baca penuh artikel Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda ini.

Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda
Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda

Calit Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 7 Saat Dan Say Goodbye Mata Panda


Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. So mana yang ada masalah kulit berminyak pun tak ada masalah untuk korang cuba. Fungsinya untuk Aging, Eye Wrinkles, Dark Circles dan Puffiness serta firm up balik kulit dengan bahan AC-11. AC-11 adalah herba natural dari Hutan Amazon. Bahan tambahan yang digunakan dalam  Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream ini memang terbukti secara klinikal selamat pada kulit manusia. 


Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream ini non-greasy, paraben free, frangrance free, alcohol free dan ianya water base. Macamana nak guna Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream ini dengan apply sedikit saja pada area mata pagi dan malam 2 kali sehari. Strukturnya yang pekat dan water base memang cepat meresap dalam 7 saat. So korang tak perlu nak tunggu lama untuk kering. Packaging  Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream  ini juga sangat selamat iaitu menggunakan aluminum sealed. So tiada risiko contamination dengan persekitaraan. Kalau korang nak guna kali pertama korang boleh cucuk sendiri. Kalau mana korang dapat dah terbuka, better tukar ye..


So far mesti nak tengok kesan penggunaan  Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream  ini kan? Cik en nak tunjuk sikit perubahan dalam masa 4 cik en guna Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream ini. Bawah di bawah ini cik en tak pakai makeup cuma BB Cream sikit saja nak pi kerja. Itupun tak letak bawah mata pun. Nampak tak perbezaannya?




Untuk korang yang tertarik nak mencuba, produk ini dijual dengan harga RM115 untuk 15 gram dan korang boleh dapatkan di 

  1. AEON Dato Onn, Johor Bahru
  2. Official Online Store : www.allyoung.my ( korang boleh dapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan --> SWA10 tanpa minimun pembelian sehingga 28 Februari 2018 )
  3. Online Store : www.hermo.com , www.zalora.com , dan www.lazada.com
Eye Bag dan Mata Panda mungki kerana masalah susah tidur malam, ini cik en nak kongsi cara atasi masalah tidak boleh tidur dengan yoga

2018-01-30

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi | Kalau ditengok bahan komestik, sabun sabun, syampu, perapi sekarang ini mesti ada kandungan SLS dan Paraben kan? SLS atau Sodium Laureth Suplhate pernah cik en cerita di Pencuci Kawasan Intim Wanita Yang Merbahaya ini yang menghasilkan buih yang banyak. Nampak seronok kan buih buih banyak masa mandi dan bersyampu tapi ianya memberi kesan jangka masa panjang pada badan seseorang itu. Susah nak mencari produk dari bahan bahan semulajadi di pasaran kan? Kadang kadang sebabkan tiada itu menyebabkan kita terpaksa membeli produk produk itu. Tapi korang jangan risau dah, sebabnya Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Dari Bahan Semulajadi 

Suzy Honey Herbs Menghasilkan Homemade Cosmetics Dengan 100% Bahan Dari Bahan Semulajadi


Founder atau pengasas Suzy Honey Herbs ini adalah Kak Suzy secara peribadinya lebih sukakan penjagaan tubuh badan dengan edisi tradisional mengikut amalan nenek moyang melayu kita. ini kerana satu hari melihat ibu mertua beliau yang berusia hampir usia 70 tahun mempunyai 9 orang anak tapi masih boleh panjat pokok diusia sekarang ini serta juga masih bekerja kampung. Jawapan ibunya "berpantang betul betul pantang. Zaman dulu kan siap menyala. Tidur atas salaian. Pantang makan, jaga betul betul. Dan ada resepi resepi khas diamalkan dalam tempoh berpantang " ini la tertubuhnya Suzy Honey Herbs. Suzy Honey Herbs mengeluarkan Produk Herba Alami dan Organik yang berkualiti di pasaran Malaysia. Dan misinya mendidik masyarakat dengan mendedahkan khasiat herba alami Nusatara yang telah mulai pupus di kalangan generasi kita sekarang ini. Tidak seperti founder lain, produk Suzy Honey di buat sendiri secara homemade menggunakan 100% bahan semulajadi di kilang beliau. So Suzy Honey Herbs bukanlah produk produk keluaran kilang yang jenis borong tu ye.. 


Kalau diikutkan banyak produk keluaran Suzy Honey Herbs ini, ada sabun, syampu, akar kayu, masker, set berpantang, teh herba dan lain lain lagi la. Tapi kali ini cik en nak share dengan korang 2 produk terlaris Suzy Honey iaitu Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose, Sabun Kopi Scrub, Sabun Aura dan Sabun Neem. Jom kita tengok satu persatu kebaikan produk produk Suzy Honey Herbs ini

Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose 



Cik en sangat cerewet dalam pemilihan syampu dan perapi ini. Sebabnya cik en ini dilahirkan dalam kekeringan. hahahhaha. Rambut dan kulit cik en jenis kering. Kalau nak beli syampu di pasaran, sangat susah. Cik en kena beli syampu khas di salon. Tapi itulah, kandungan dalam syampu khas ini kita tak tahu. Dan kalau cik en pakai perapi, kepala cik en suka sakit. So dah lama lama mencari, cik en diperkenalkan dengan Suzy Honey Herbs Syampu Rambut dan Perapi Rambut Bunga Rose. Bahan semula jadinya cik en harap dapat membantu rambut cik en kembali lembab.

Cik en dah guna hampir seminggu, syampunya tak la berbuih banyak sebabnya tiada SLS dan Paraben. Itu lah yang bagus, sebabnya SLS dan Paraben akan memberi kesan yang tidak baik pada tubuh badan untuk jangka masa yang lama. Tapi bau Syampu Bunga Rose sangat wangi. Cik en sangatlah suka. Selesai bilas, diakui rambut cik en sedikit kering, dan cik en pun gunalah Perapi Rambut Bunga Rose. Kalau perapi lain tak boleh kena akar rambut kan? tapi yang ini cik en guna sampai akar rambut dan tak ada pula cik en sakit kepala macam perapi rambut lain. Selepas bilas, rambut jadi sangat lembut dan wangi. Wangian ini bertahan sampai 2 hari tau! Walaupun bertudung, haruman itu sentiasa ada. Kesegaran dan keharuman rambut itu lama kerana Suzy Honey Herbs menggunakan campuran Pati Essential Oil Premium. Kira puas hati la guna. Korang pun kena juga cuba. Selain itu ianya :

  1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut .
  2. Mengelakkan keguguran rambut
  3. Sesuai untuk masalah kelemumur
  4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.
  5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan mengelakkan bauan hapak.
  6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Buanga Rose ini adalah Virgin coconut oil, Rosehip oil , Peppermint oil, Kaffirlime EO , Rosemary EO. Harganya RM55 satu set. 1 botol 100ml dan 100% bahan natural.

Suzy Honey Herbs Sabun Aura 



Sampai saja produk Suzy Honey Herbs ini, cik en dah terbau bau bunga yang harum. Rupanya datang dari Sabun Aura ini la. Mesti korang tau, aura sebenarnya berfungsi menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit dan aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Sebab itulah kalau yang masih tiada jodoh ini, orang tua tua suruh mandi bunga untuk dapatkan aura positif. Selalunya dalam perawatan tradisional, aura banyak dikaitan dengan bunga. 7 jenis bunga yang berlaianan warna dan baru. Oleh kerana itu lah, Suzy Honey Herbs mengadunkan 7 jenis bunga Rose, Iris, Lily, Saffron,Ylang Ylang Melati dan Jasmine serta ditambah dengan Vitamin E dan Vitamin C, Evening primrose oil mengasilkan Sabun Aura ini. Antara kebaikkannya :

  1. Ianya mampu memberikan aura yang menarik , awet muda dan membersihkan diri dari anasir negatif. Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C. 
  2. Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan menceriakan . 
  3. Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang. 
  4. Sesuai untuk bakal pengantin dan sesiapa sahaja yang mahu kelihatan segar ceria sepanjang masa.
Sabun Aura berat 60 gram ini dijual RM25 dan ianya mampu bertahan berbulan kalau korang gunakan secara berhemah. Dah tak payah gi spa kan? Kat rumah ini hari hari kita boleh buat. Kosnya tak la semahal di Spa.


Suzy Honey Herbs Sabun Neem



Kalau siapa yang tak tahu daun neem atau semambu ini, meh sikit orang kampung ini nak cerita. Daun ini selalunya orang kampung guna untuk mandi masa demam campak anak anak mereka. Cik en sendiri pun pernah mandi bila kena demam campak masa kecik dulu. Ianya daun berbentuk panjang panjang dan sekarang ditanam di taman taman untuk lanskap. Cik en beruntung juga la, walaupun tak dibesarkan dnegan Starbuck, Secret Recepi dan I Phone ini, cik en tahu serba sikit perawatan tradisional ini. Kalau korang nak tahu, daun neem ini juga bagus untuk masalah cacing pada ternakan tau. Cik en selalu share tips ini dengan peternak di daerah cik en. Ini sebabnya semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Bagi manusia ianya bagus untuk mengatasi masalah kulit kita ini seperti

  1. ekzema
  2. alahan kulit
  3. ruam
  4. gatal-gatal
  5. kurap

Kandungan  Sabun Neem ini adalah Glyecerin organic, Essential oil, Vitamin E, Neem Leaves . Menggunakan daun neem sendiri lebih bagus dari patinya. Sebab itu cik en kata, produk Suzy Honey Herbs ini menggunakan 100% bahan semula jadi. Walaupun cik en rasa renyah juga la. Baik gunakan pati yang dijual terus untuk hasilkan produk ini. Tapi bila dah dijadikan pati, khasiat asalnya sudah berkurang. Harga Sabun Neem seberat 60 gram ini RM18.00

Suzy Honey Herbs Sabun Kopi Scrub



Korang mesti pernah tahu, sabun kopi dulu pernah viral dalam memberi kemulusan kulit muka kan? Dijual secara online dan pasar malam dengan bentuk yang sama. Semestinya ianya dikeluarkan di kilang yang besar. Cuma di tambah jenama sendiri je. Asalnya cik en sendiri tak pernah gunakan sabun kopi masa viral dulu sebabnya cik en tak yakin dengan proses pembuatannya. Tapi dengan Suzy Honey Herbs ini, cik en yakin nak mencuba sebabnya ianya diperbuat secara homemade. Lagipun rupa sabunnya tak seperti yang viral sebelum ini. 

Kopi banyak kegunaanya selain daripada jadikan minuman yang berusia beratus ratus tahun ini. Dalam dunia kosmetik, ianya sangat bagus untuk scrub kulit, menghaluskan kulit, meneutralkan kulit dan lain lain lagi. Cik en sendiri dah cuba Sabun Scrub Kopi Suzy Honey ini dan bila mandi, rasa kulit jadi halus dan mulus. Selalunya kalau pakai sabun kopi ini mesti kulit jadi kering kan? Tapi degan adanya Avocado Oil ini berfungsi melembabkan kembali kulit kita. 

Kebaikkanya yang lain adalah : 

  1. Menghaluskan kulit
  2. Menghilangkan bau badan
  3. Menghilangkan selulit 
  4. Menyegarkan tubuh dan menghilangkan penat dengan aroma bauan kopi
  5. Melarutkan lemak dan membentuk tubuh
  6. Menuetralkan kulit yang kering dan jadikan kulit glowing
  7. Menghilangkan bekas jerawat, flek,dan noda hitam pada kulit
  8. Mengangkat sel kulit mati & memperbaiki jaringan kulit yang rosak

Kandungannya Sabun Kopi Scrub adalah Vegetable Glycerin Organic, Kopi Tenom, Chia seeds, Blue poppy seeds, Grapefruit essential oil, Avacado oil dan Vitamin E. Harga Sabun Kopi Scrub ini RM18 seketul yang beratnya 60 gram. 

Korang kena cuba salah satu produk Suzy Honey ini untuk korang tahu, apa yang cik en tulis ni betul atau tak. Lagipun tiada bahan kimia dan halal kerana 100% produk bumiputera Muslim. Lagipun produk mereka produk yang boleh digunakan semua peringkat umur jadi 1 keluarga boleh gunakan. Selain itu, kalau korang dah cuba dan nak menjadi agen Suzy Honey Herbs pon boleh, mereka sedang mencari dropship sebabnya permintaan mereka terlalu tinggi sehinggakan tak menang tangan. Lagipun ianya dapat menambah pendapatan korang kan. Kalau korang berminat bolehlah hubungi meraka di 


Rujukan info :
http://reiki-malaysia.com/aura/
http://khasiatq.blogspot.my/2016/09/6-khasiat-kulit-alpukat-untuk-kecantikan.html

-->

2018-01-26

KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh | Korang yang tinggal di Ipoh boleh la menambahkan pilihan panggung wayang untuk korang tengok wayang dengan MBO Falim Ipoh. Sebabnya pada 23 Disember 2017 lepas, MBO telah buka cawangan baru di AEON Big Falim Ipoh. Dengan modal lebih RM14 juta, outlet MBO yang ke 27 di Malaysia ini menyediakan 2 konsep unik untuk penduduk Ipoh iaitu KECIL dan Big Screen. Dengan itu, Big Screen di MBO Falim Ipoh telah mengalahkan pawangan lain dengan skrinnya yang besar. Dah boleh jadi dewan konvo tau! KECIL pula akan menjadi pilihan ibu bapa yang ingin tengok wayang bersama sama anak anak. Sebabnya dalam KECIL hall ada papan gelongsor atau slide dan pelbagai mainan kanak kanak yang selamat. Cuba korang bayangkan kejap... macamana dalam panggung ada slide? Hahahah. Kalau tak boleh kena baca habis entri ini okey? | KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh


KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh
KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

MBO Falim Ipoh


Bertempat di AEON Big Falim Falim, ianya terletak di aras 3 sebelah kanan kalau korang masuk dari pintu utama. ANyway sini tak ada parking ticket. Korang boleh masuk macamtu saja. Berbeza dengan AEON yang lain. Jom cik en share sekitar MBO Falim ini








KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh



Cik en puji la MBO ini sebab mengambil berat masalah dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak anak kecil yang suka bebas untuk menonton wayang. Cik en nampak MBO menjadikan KECIL seperti suasana di rumah. Kanak kanak bebas berlari dan buat aktiviti sendiri sambil menonton wayang. Apa yang cuba MBO masukkan keunikan dalam KECIL ini adalah untuk keselesaan kanak kanak dan ibu bapa sendiri. Keunikan yang ada adalah :-


  • Sofa Bed untuk keluarga baring dan duduk
  • Seat yang selesa untuk kanak kanak
  • Playground yang dibina akan memberi rasa enjoy pada kanak kanak
  • Ada bilik untuk tukar lampin bayi dan kanak kanak
  • Audio dan kecerahan yang minima sesuai untuk keselamatan kanak kanak dan ibu bapa




Untuk Big Screen pula cik en memang nak cakap besaarrrr punya skrin. Haahahaha. Sekali pandang dah macam dewan konvokosyen. Dan bila ditanya, memang ada yang buat konvokesyen untuk sekolah. So kalau korang nak buat apa apa event pun boleh book Big Screen ini. MBO memang bijak kan? bukan saja panggung wayang tapi boleh diubah suai untuk majlis majlis rasmi. Awesome dengarnya! 



So berbalik pada Big Screen tadi, ianya merupakan skrin yang terbesar ada di Ipoh ini. Dengan own Premium Large Format ini, tak adanya korang nampak gambar pecah pecah.Yela kan, kalau dah saiz biasa nk dipaparkan dengan saiz besar, mesti akan ada cacat cela pada movie kita tengok tu. Teknologi ini dorang bekerjasama dengan BARCO yang mana memberi paparan gambar yang terbaik dari segi brightness, high contrast dan superior colour performance. Masa cik en tegok movie ritu, rasa macam kita ada dalam movie tu. Bagi sound pula, MBO menggunakan DOLBY ATMOS yang memang korang tahu mempunyai sound system yang terbaik. Masa cik en diberi peluang mendengar dan melihat 2 teknologi ini, cik en memang rasa kagum la. 


Kalau korang tengok di mana mana hall, speaker ada di kiri dan kanan dinding saja kan? Tapi di Big Screen ini siap kat atas pon ada. Patutla dengar kebabom je sound dia. Hall ini ada 302 tempat duduk. 


Masa Road Tour dengan Chun Wai ini, cik en berkesempatan untuk masuk 2 hall yang lain iaitu Couple Hall dan Standard Hall. Yang itu cik en nampak seperti biasa macam pawangam lain. Sound dia pon sama la dengan Big Screen, so duduk di hall mana mana pun korang akan merasa gambar dan sound terboikk ini. MBO Falim ini mempunyai 6 standard hall dan 2 special concept hall iaitu KECIL dan Big Screen dan menjadikan jumlah 8 hall yang mana ada sebanyak 1169 tempat duduk. 


Harga MBO Falim Ipoh ini biasanya RM12 hingga RM13 depends pada movie korang tengok dan type of cinema. Bagi twin seat dan couple seat RM44 yang mana satu seat RM22. So tips untuk korang tengok murah adalah hari Rabu, sebabnya semua hall harganya sama RM9.50. So dah boleh jimat kan? Zaman sekarang ini kena grab benda benda jimat. Huhuhu. Maklumat lanjut korang boleh ke www.mbocinemas.com . Terima kasih juga kepada pihak MBO yang memberi peluang www.nurfuzie.com untuk rreview MBO Falim Ipoh ini

2018-01-23

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya | Tetiba cik en stress pulak bila Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge ini. Ini baby boo kesayangan cik en. Banyak jasa dia walaupun tak sampai 2 tahun cik en pakai. Dah lama cik en tak tukar ringtone call baby boo ini sebabnya ianya bukannya satu keperluan pun kan. Tapi dah bertahun dengar lagu "despicito" ini jemu pulak. Nak la up to date sikit kan? So cik en dok la belek setting nak tukar ringtone. Tetiba tak boleh?? Ini mendatangkan kemarahan sungguh. Hanya boleh select dari Google Drive je. Dah masukkan lagu ke Google Drive pun masih tak leh nak select. So cik en pun google la caranya. Sebab itu cik en nak kongsi dengan korang entri Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge? Ini Cara Betulkannya. 

Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya
Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung S7 Edge? Ini Cara Betulkannya


Tak Boleh Tukar Lagu Ringtone Pada Samsung Model S7 Edge? Ini Cara Betulkannya


Untuk sesiapa yang mengalami masalah ini korang tak perlu nak pi hantar kedai ke atau center Samsung. Korang boleh buat sendiri. Tak sampai 5 minit selesai dah masalah korang itu. Ikut step di bawah ini satu persatu okey?

  1. Pilih Setting 
  2. Sounds and Vibration 
  3. Pilih Ringtone 
  4. Pilih bahagian Incoming Call (ringtone) 
  5. Scroll sampai bawah pilih add from phone 
  6. Kalau ada keluar 3 choice (Google Drive/One Drive dan Sound Picker , korang pilih sound picker 
  7. Pilih lagu dan save


Kalau pilih add from phone terus keluar email, korang kena follow step seterusnya ini
  1. Settings 
  2. Apps 
  3. All Apps 
  4. Klik 3 dots kat atas belah kanan 
  5. Reset Preferences Apps  
  6. Reset Apps
  7. Pilih Setting Balik
  8. Sounds and Vibration
  9. Pilih Ringtone
  10. Pilih bahagian Incoming Call (ringtone) 
  11. Scroll sampai bawah pilih add from phone
  12. Pastikan pilih SOUND PICKER 
  13. Pilih lagu dan save

So bila dah reset setting ada setting korang dah set sebelum ini kena betulkan semula. Ok la kan dari tak tau apa masalah. So kalau korang ada masalah di mana mana bahagian boleh reset dulu apps tu. Lepas tu try la. Kalau tak ok, korang boleh google kalau tak ada boleh ke kedai atau center. Info ini cik en nak creditkan eu.comunity.samsung . Bukan setakat samsung s7 je tau, mana mana model samsung pon boleh guna step step ini. 

2018-01-15

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan | Anyway cik en sebenarnya dah keluarkan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini tapi mungkin tak perasaan sebabnya tajuk yang panjang. So cik en nak taipkan sekali lagi dengan sedikit tambahan ilmu untuk korang. Sebabnya keracunan ini takkan sampai 24 jam kucing akan mati. Korang takkan sempat buat apa apa kalau korang tak tahu cara merawat keracunanan ini. So kali ini cik en nak share Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan dan pastikan korang simpan entri ini di mana mana untuk korang rujuk masa kecemasan. 

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

Kenapa Kucing Keracunan

  1. Makan makanan yang tercemar
  2. Bermain dengan haiwan perosak seperti lipas atau tikus yang baru lepas disembur ridscet atau makan ubat racun
  3. Badan terkena rumput beracun dan kucing menjilat bulu untuk grooming
  4. Sengaja diracun
  5. Termakan ubat manusia
  6. Pokok yang beracun bagi kucing. Boleh baca Top Cat Poisons

Tanda Tanda Kucing Keracunan

  1. Air liur meleleh pekat dan taida ulser dalam mulut
  2. Pasif tiba tiba
  3. Lemah
  4. Mulut dan hidung berdarah
  5. Poo dan Pee berdarah

Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan


Sebelum cik en nak teruskan Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan ini, cik en nak korang faham konsep rawatan ini. Bila keracunan, racun akan masuk ke bahagian perut. Racun ini akan membakar perut kucing secara perlahan lahan mengikut kuantiti racun yang termakan. Jadi untuk membantu mereka, korang kena pastikan dorang minum dan kencing. Sebabnya racun akan keluar melalui air kencing. Walaupun cara ini tidak dapat membantu kucing 100% tapi chance untuk kucing hidup masih ada.  Ok la jom kita tengok Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan

  1. Bagi air yang banyak untuk minum tapi jangan sampai kucing lemas pula
  2. Bagi air kelapa dan diikuti putih telur
  3. Air asam jawa 
  4. Minyak masak
  5. Charcoal Active ( kalau manusia, doktor bagi sebab cirit birit, kat farmasi ada jual)
  6. Bawa ke vet secepat mungkin
Ini antara Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan UNTUK RAWATAN AWAL tau! Kalau lewat semua ini tak banyak dapat membantu. Entri asal di Veterinar : Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Termakan Racun

2018-01-14

Review V-Face Duo Stick Maybelline

Review V-Face Duo Stick dari Maybelline | V-Face Duo Stick dari Maybelline ini cik en baru pakai dalam sebulan dan sebenarnya cik en salah pilih code. Ingatkan macam foundation, perlu pilih warna yang ngam dengan warna kulit tapi rupanya kena ambik warna lebih gelap untuk naikkan shading dan contour. Hahaha. Tiada panduan dan gatal tak google dulu. Tapi bagus juga belajar dari pengalaman sebegini. Lepas ini cik en dah tau nak pilih code apa untuk shading dan contour ini. Jom baca Review V-Face Duo Stick dari Maybelline dari cik en ini. 

Review V-Face Duo Stick Maybelline
Review V-Face Duo Stick Maybelline

Review V-Face Duo Stick Maybelline


Seperti biasa cik en shopping barang barang ini di Watson dan yang cik en nampak ada 2 code je. Light dan Medium. 

  1. V-Face Duo Stick Light 1's
  2. V-Face Duo Stick Medium 1's

Dan yang cik en pilih jenis light dan rupanya ianya tak sesuai dengan kulit cik en yang sawo matang ini. Sebab contour tak menyerlah. Jadi tak nampak sangat kesan itu dalam kuruskan pipi pau cik en ini. Hahaha. Anyway bagus juga la, cik en akan belajar secara perlahan lahan dalam memilih barang makeup. Cik en tak attend mana mana kelas makeup cuma belajar melalui instagram dan youtube. Sebabnya masa free cik en tu tak menentu. Dan semenjak cik en dapat depression cik en kurang nak keluar jumpa orang orang ramai ini. Tapi make up ini merupakan terapi depression cik en. So duduk rumah layan instagram dan youtube je la.. Apa apa pun boleh la bertatih dalam dunia MUA ini. Tapi MUA diri sendiri aja. Ok lah, back balik Review V-Face Duo Stick Maybelline tadi, cik en ada buat tutorial yang cik en share di bawah ini


Mungkin tak jelas sebab cik en salah pilih code tapi cik en nak share sikit line line yang patut korang conteng kat muka

Source: Instagram @makeupartistsarita
Nak apply ini ikut bentuk muka tau! Jangan hentam kromo je. Sebabnya fungsi kita apply nk kuruskan muka dan mancungkan hidung. Kalau salah apply jadi bom bom muka kita. Hhahahha.. Korang kalau nak apply contour dan highlight ini better pakai foundation dulu dulu macam cik en guna Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation Maybelline .

Kalau korang nak beli bolehlah ke Watson berdekatan atau shooping online di website Watson . Harga di Watson adalah RM 39.90 

2018-01-13

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up | Foundation pertama cik guna adalah Essence Pure Nude Make-Up natural finish no makeup feel. Cik guna dalam 2 tahun juga la. Sebab cik en suka yang tak nampak over sangat. Sebelum itu cik en banyak gunakan BB Cream sebabnya ianya complete. Bila dah pandai bertata rias ( ewahhhhh perkataan cik en ini) cik en mencuba dengan foundation dari Essence ini. Cuma baru baru ini stok cik en habis, cik en nak topup tak jumpa Pure Nude tu. Tapi nampak Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini. Nampaknya macam dah improve foundatiom ini. Boleh bertahan 16 jam gitew. So dah alang alang pakai terus cik en buat entri Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up ini 

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Macam sebelum ini cik en ambil Pure Nude dengan code 10 iaitu Pure Beige, cik en ambil untuk Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini pun code 10 cuma namanya Soft Beige. So ianya nampak lebih soft dan pebelos. Hahhahah. Fawless gitew. Pure Nude memang orang takkan perasan macam ada make up. Ianya natural dan nampak nude. Gambar di bawah ini adalah gambar masa cik en gunakan Essence Pure Nude Make-Up dan gambar terbaru guna 


Korang nampak tak perbezaan dia? Yang 1st nampak macam tak pakai make up and more macam kulit sendiri kan? Yang 2nd nampak soft sikit. Selain itu bau dia sedikit lain. Stay All Day 16 Hour ada rasa sejuk sikit muka bila apply. Ketahanan makeup off course la Stay All Day 16 Hour tu. Dari pagi sampai kemalam still mantain. Harga Pure Nude around RM20++ sebab dah lupa dan Stay All Day 16 Hour RM22.90 di Watson. Kira mampu milik la kan? Dan korang jangan pulak cari Essence Pure Nude itu. Rasanya dah tak ada tau. Dorang dah tukar pada Stay All Day 16 Hour tu. 

Tapi kalau korang tak mahu cuba produk Essence, korang boleh cuba Foundation dari Maybelline. Cik en ada Review Dream Velvet Soft-Matte Hydration Foundation ini. Depends pada penggunaan korang mana yang ok.

2018-01-12

Apa Kekuatan Gadis Melayu?

Apa Kekuatan Gadis Melayu? | Gadis Melayu selalu digambarkan hidung mancung bak seludang,pipi pauh dilayang, rambut ikal mayang, leher jinjang meneguk air berkaca, bibir bak delima merkah, putih kuning bak langsat ranum, pinggang ramping seperti kerengga, betis bunting padi, berjalan lenggang itik, jari bak kacang bendi dan lain-lain lagi. Apabila digambar sebegitu, nampaknya ianya sangat sempurna, ayu dan cantik kan? Diselitkan pula Gadis Melayu yang beragama Islam. Islam itu Indah. Melayu itu Kesopanan. Lengkap menjadi gadis idaman dan tinggi maruahnya. | Apa Kekuatan Gadis Melayu? 


Apa Kekuatan Gadis Melayu? 

Setiap gambaran yang dinyatakan itu membawa maksud maksud yang tertentu. Seperti jari bak kacang bendi. Semakin runcing semakin rapat rahim/vagina dan semakin suburlah rahim seorang gadis melayu itu. Selain itu, dahi yang luas tanda gadis yang cerdik, bertangan lebar tanda mudah membantu dan baik hati dan leher yang bergelang gelang (kedut pada leher) dianggap tidak setia atau curang. Itulah ilmu orang orang tua dulu dalam menafsir gadis melayu ini. 

Diakui, cik en sendiri bukanlah 100% Gadis Melayu sejati. Kenapa? Mungkin faktor pekerjaan, didikan awal dan faktor sekeliling buat semakin lama semakin pupus gadis melayu ini. Walaupun ada rancangan Pencarian Gadis Melayu, tapi cik en rasakan ianya bukan pencarian yang sebenarnya. Seperti cik en nyatakan, mungkin faktor sekeliling menjadikan faktor pemilihan yang jauh tersimpang dari sebenarnya. 

Tapi berbeza dengan apa yang cik en tengok di zaman ini. Semua gadis kejar untuk menjadi putih sampai nampak urat biru, mata dah ber"kaler-kaler"(hahahah), rambut berketak ketak ( hihihi), gedik mengalah sotong dan macam macam lagi la. Tapi bukannya semua. Masih ramai lagi yang masih ada sifat "malu malu kucing" cuma takut yang ramai ini akan jadi sedikit dan terus pupus. 

Kalau cik en sendiri dah berkahwin dan ada rezeki anak terutama anak perempuan, cik en nak anak cik en menjadi gadis melayu yang tangkas dan bijak seperti budi bahasa yang lembut dan sopan, menghormati warga tua dan kasih pada yang muda,pakaian yang sederhana, tidak menjolok mata, sopan dan tidaklah perlu berbusana setiap masa, sebabnya zaman kita ini tidak sesuai memakai busana setiap hari, kalau fair hair (waktu kecil), rambutnya yang hitam dan panjang mengurai. Tapi siapalah kita nak membentuk anak anak zaman sekarang. Cuma diharap janganlah calarkan imej gadis melayu yang sejati ini. Banggalah dengan bangsa kita. Bangsa Melayu Takkan Hilang Di Dunia.

Info : http://kemuningwarisan.blogspot.my/2010/02/ciri-ciri-kecantikan-wanita-melayu.html

p/s : Entri ini cik en taip pada tahun 2015 dan tak tahu kenapa cik en tak publishkan walaupun siap dikarang. Anyway cik en tak la memulaukan gadis gadis yang up to date tapi setiap orang mempunyai citarasa masing masing kan?

2018-01-11

Siapa Wedding Planner Yang Boleh Dipercayai 2018/2019?

Siapa Wedding Planner Yang Boleh Dipercayai 2018/2019? | Keluarga pengantin menanggung rugi dan malu apabila weeding planner yang dipercayai buat hal. Katering tidak hadir ke majlis perkahwinan. Mesti korang ada baca story yang viral dulu bila seorang weeding planner menipu puluhan bakal pengantin dengan harga yang budget. Mesti korang takut nak ambik Weeding Planner kan? Nak uruskan sendiri pulak rasa tak mampu. Mana dengan urusan harian pastu terkejar kejar deal catering, deal pelamin, baju, makeup dan lain lain lagi. Urusan pejabat agama pun tak settle lagi. Last last korang terlupa buat spa dan facial muka. Masa bersanding muka letih dan sembab. Belum kes masalah catering buat hal, khemah tak ada stok dan tarikh korang pilih itu jatuh musim hujan. Dewan pulak full booking, rumah pula nak kena renovate sebab tak sesuai untuk tetamu yang ramai nanti. Tapi persoalannya sekarang Siapa Wedding Planner Yang Boleh Dipercayai 2018/2019? ini?



Siapa Wedding Planner Yang Boleh Dipercayai 2018/2019?



Asalnya cik en tertengok siaran lansung temubual kat TV AlHijrah yang tajuk Wedding Planner Penipu! Salah Siapa? Panel yang dijemput adalah top weeding planner The Weeding Heritage. Katanya kalau nak salahkan satu sama lain takkan ada penghujung tapi sebagai pengantin kena berfikir realistik dan bijak dari segi kos majlis. Kalau ada tawarkan RM5000 untuk 1000 orang tetamu korang rasa masuk akal tak? Cik en pun berfikir juga, sekarang ini 1 kepala pun dah bernilai RM10 ke RM13. Itu pun di kawasan cik en di Perak ini. Kalau di bandar bandar besar, ianya harga yang tidak munasabah. Belum masuk pelamin dan sebagainya kan? Senang sangat kita ini ditipu kan? Dalam temubual itu juga cik en tertarik dengan konsep Banglo Kahwin atau Bungalow Wedding yang dibincangkan. Cik en pun google la dan jumpalah The Weeding Heritage Bungalow. Dari situ cik en cuba dapatkan socmed mereka.








Dalam dok baca review yang ada, rupanya The Wedding Heritage ini menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang sanagt berbaloi pada pandangan cik en. Dorang ada war warkan Pakej Lengkap Kahwin 2018/2019 yang mana boleh dibuat di rumah sendiri atau dewan pilihan korang. Kalau korang tak mahu buat di rumah disebabkan ruang yang kecil atau dewan yang korang nk tempah penuh serta tak ada tempat yang sesuai untuk buat majlis ini, korang jangan risau, sebabnya The Wedding Heritage menawarkan banglo kahwin yang mempunyai 3 cawangan di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya. Lagi senang kan? wedding venue di banglo tambah pulak dengan pakej lengkap terbiak di KL dan Sleangor ini.

simple tapi cantik kan?


Lepas cik en dok usha juga gambar photographer dorang yang include dalam pakej ini. Nampak cun cun semuanya. Kalau cik en la yang depa tangkap, mesti nampak macam nealofa kahwin gitew. Hahahhaha.. Tapi sirius, cik en suka sangat hasil gambar photographer official mereka itu setanding dengan photographer international. Sangat sangat cantik. Cik en dok baca 1 ayat ini berulang kali sambil gosok gosok mata. Betul ke dapat Free Album dan Unlimited Photo Pendrive sekali? Eh eh betul la.. dapat free. 

Nampak candid tapi timing dorang ambik itu nampakkan seri pengantin

pandai ambik gambar walaupun background cerah dan baju bridemase cerah

yang ini cik en paling suka. walaupun malam tapi hasil tangkap gambar yang profesional menampakkan seri majlis dimalam hari

suka gambar ini juga. nampak elegen

Selain dari Free Album dan Unlimited Photo Pendrive  ini, ada banyak lagi dorang akan bagi free. Kalau tak percaya cuba korang tengok pakej di bawah ini. Katanya pakej baru The Wedding Heritage ini.




Agak mahal ke? atau tak cukup dengan 1000 pax tu? kornag boleh dapatkan quotation dari mereka mengikut budget dan bilangan serta pakej. Request apa yang korang nak dan dorang akan preapre untuk korang. 

Ofkos la kalau sembang pok pok pasal pakej ini semua wedding planner memang tip top la tapi cik en masih tak leh nak percaya sangat tanpa ada review dari customer dorang sendiri. Dari review ini la yang akan buat kita lebih trusted kan? Yang ini cik en cuba cari di youtube 


rupanya team TWB ini sangat membantu. Kredebiliti mereka sangat tinggi. Bagus bagus! Dari feedback ini mereka memang membantu merancang perkahwinan korang dari awla sampai habis. Selalunya customer dorang ini dari golongan yang sibuk dan tak cukup masa macam pramugari yang penuh shedule flight, golongan profesional yang busy dengan meeting, golongan doktor yang penuh temujanji pembedahan dan mereka pulak tak mahu menyusahkan keluarga untuk handle ataupun yang memang tak ramai ahli keluarga dapat membantu. 

Selain itu ramai juga cik en tengok berpuas hati dengan perkhidmatan The Wedding Bungalow ini dan ada lebelkan mereka dengan trusted Wedding Planner di Malaysia ini.


Selain itu kornag boleh baca feedback dari customer bawah ini




Isk, nampak terbaikla The wedding Bungalow ini kan? Cik en pun macam dah tersuka pula. So kepada yang tengah mencari (termasuk diri sendiri juga ahhahaha) wedding venue dan pakej lengkap kahwin 2018/2019 boleh la book The Wedding Bungalow "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia. 

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads