Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing

Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing | Kalau cik en dah keluarkan entri bab bab penyakit ini, semestinya cik en banyak kali terima kes penyakit ini dalam seminggu dua ini. Seperti manusia, mana mana haiwan pun boleh juga dapat penyakit kuning atau jaundice ini. Sebabnya ramai juga yang gelak bila cik en kata kucing dorang sakit hati. Korang ingat sakit hati itu macam manusia ke? Hahhaha. Sakit kuning ini berlaku apabila kegagalan hati untuk meng"neutralkan" toksik yang ada dalam badan kucing. Ini disebabkan kandungan toksik yang tinggi dan hati bekerja "overtime". Macam mesin juga, sampai masa berkerja terlalu lama , mesin akan rosak. So dalam entri ini cik en cuba bantu korang untuk tahu punca, simpton dan Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing . Mungkin dengan entri ini korang dapat ilmu dan bantu kucing lagi lagi masa klinik veterinar tutup. 

Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing
Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing 

Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing 


Untuk korang yang suka baca info style ilmiah bolehlah baca entri Deman Kuning (Jaundice) Kucing . Sebab atas tadi cik en cuba terangkan secara "tercapai minda" untuk golongan yang tak faham penggunaaan bahasa veterinar. First cik en nak kongsi Punca Punca Sakit Kuning

Punca Punca Sakit Kuning Pada Kucing

  1. Penyakit
  2. Toksid
  3. Dadah
  4. Radang Hati (hepatitis)
  5. Lemak di dalam hati
  6. Kerosakan tisu hati
  7. Gangguan Rembesan Biliburin
Agak skema list diatas tapi boleh cik en simpulkan disini punca punca yang selalu cik en dapat di klinik

  1. Pemberian ubatan manusia terutama Panadol. Boleh baca sini Panadol boleh membunuh kucing dan anjing
  2. Pemberian ubat (injection) yang kerap atau berlebihan dose 
  3. Racun. Bukan saja kucing termakan racun tapi kucing yang melalui kawasan rumput beracun dan ada sisa racun melekat pada bulu. Sifat kucing suka jilat bulu menjadi kucing keracunan
  4. Makanan yang tercemar 
  5. Cacing Hati
  6. Blood Parasite ( Jangkitan kuman pada darah). Kes ini kena ambil ujian darah. 
  7. Dan banyak lagi

Simpton Atau Tanda Tanda Sakit Kuning Pada Kucing


tanda tanda sakit kuning pada kucing
tanda tanda sakit kuning pada kucing

  1. Kulit dan badan kucing jadi kuning. Paling ketara di sebelah dalam telinga gusi dan kelopak mata jadi kuning. Warna pekat dan perlahan boleh menentukan tahap sakit kuning ini
  2. Muntah 
  3. Cirit Birit
  4. Lemah
  5. Hilang selera makan
  6. Najis bertukar warna kuning
  7. Kurus
  8. Kerap minum air
  9. Pendarahan ( jarang berlaku tapi kalau dah berlaku tanda ianya serius)

Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing 

  1. Cuba dapatkan liver supplement seperti Liv52 (tablet) atau Meboliv Syrup (Klik untuk pembelian)
  2. Vitamin B untuk naikkan selera makan
  3. Tambahan supplemnt Immunol Syrup. Boleh beli di Golden Premier Golden
  4. Minyak Kelapa Dara
  5. Silymin (kapsul merah)
  6. Kalau Cirit Birit pemberian ubat cirit seperti Koalin Pectin
  7. Kalau lemah boleh cuba Cara Merawat Kucing Lemah
  8. Kalau rasa ragu ragu boleh teruskan dapat khidmat doktor veterinar berhampiran. Jangan tunggu lama lama. Kemungkinan kucing boleh mati

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

12 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tu lah..jgn pepandai bg ubat xde kaitan ngn haiwan..cian dia

    ReplyDelete
  2. kucing sy pun baru jadi..kalau bagi air kelapa boleh sembuh tak?

    ReplyDelete
  3. kucing sy pun baru jadi penyakit kuning ni..kalau bagi air kelapa boleh sembuh tak?

    ReplyDelete
  4. kucing yang kena demam kuning boleh berjangkit dengan manusia ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit ini bukan penyakit zoonotik yang berjangkit dengan manusia

      Delete
  5. Assalamualaikum, kucing sy kena jaundice, boleh ke bagi susu kambing pure 100% fresh takde bahan tambahan, and then air kelapa muda sesuai ke, dan kalau nak bagi susu kambing, air kelapa muda dan minyak kelapa dara, apa suggestiion doctor, contoh sukatan, kekerapan nak bagi dan susanan yg betul mana kena bagi dulu? Vet tutup, sy takut lambat kalau sy tak buat apa2 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. better refer vet untuk tau tahap masalah jaundice. ada kerana masalah hati ada masalah virus.

      Delete
  6. Kak ada ank kucing dlm anggaran 3@4 bln...kucing kak ni.perut semakin membesar..dan kak dh bw k vet..dr sna doc mmberitahu bhw ank kucing kak ni..mngidap hati bgkak n takungan air bnyk...masalahnyee ada x rawatan tuk ank kucing kak ni...harap dpt mmbantu

    ReplyDelete
  7. Kucing saya pernah kena jaundice yg sangat teruk hingga kulit, mulut, telinga semuanya bewarna kuning. Kucing itu asyik tidur, tak mau makan dan bila jalan terhoyong hayang kerana kudrat dah tak ada. Malangnya bila dibawa ke vet kerajaan, kucing saya diminta dibawa balik ke rumah atas alasan 'tiada harapan' untuk hidup, sedihnya... Tapi saya tak berputus harap, tak sekali menyerah dan tak percaya bulat-bulat kepada kata2 pegawai vet. Saya beli bexton meboliv syrup 100 ml yg harganya cuma sekitar RM20 melalui online. Saya juga beli himalaya liv.52 forte yg dijual online RM30 utk 60 biji. Untuk memberi tenaga kepada kucing yg sakit saya beli glukos dan air kelapa original. Selain dari itu kucing itu juga diberikan anti-biotik dan vitamin yg dibeli dari klinik haiwan swasta. Siapa sangka selepas beberapa hari kucing diberi makan bexton meboliv syrup dan himalaya liv 52 forte, kucing yg 'tiada harapan' itu dengan izin Tuhan beransur-ansur sembuh. Sekarang selepas 3 minggu kucing saya kembali sihat, aktif dan berat badannya naik 1 kilo berbanding ketika sakit teruk dulu. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Himalaya liv 52 & meboliv syrup bagi waktu yang sama ke??

      Delete
  8. 👍🏻 Syabas kerana x putus asa..
    Boleh saya tau nama antibiotik yg diberi utk sakit jaundice dan dosnya?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post