Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing | Sampai saja musim tak menentu ini, banyak customer cik en bawa kucing yang sakit mata. Ada yang bertaik mata biasa, ada yang dah bengkak dan ada yang terjojol mata. Ada yang lambat bagi rawatan sampai mata kena dibuang. Macam biasa la, cik en berkerja di klinik kerajaan yang mana daerah cik en ini dah jadi macam klinik manusia je. Patient yang sakit kadang kadang sehari mencecah 60 ekor. Jadi ada beberapa operation yang cik en tak boleh nak ambik kerana kekurangan staf. Kesian memang kesian kalau ada yang mengadu kos di klinik veterinar swasta mahal dan tak mampu. Kalau peringkat boleh bantu, memang cik en bantu. Disebabkan kes sebegini cik en menaip juga artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing untuk tindakan awal yang boleh korang ambil sebelum jadi kronik sampai memerlukan belanja yang mahal. Harap artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing ini dapat bantu korang ye!

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing
Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Sebelum itu cik en nak korang tahu tahap tahap sakit mata ini. Dan macam biasa cik en akan terangkan menggunaka bahasa yang ringkas dan ubat yang korang beli di farmasi. Farmasi manusia tau! Sebab ada yang tanya cik en kat mana farmasi haiwan. Hahaha. Kedai haiwan atau Petshop lain tau! Yang cik en list kat sini yang ada di farmasi manusia. Kiranya ubatan manusia yang selamat digunakan untuk haiwan terutama kucing. Bukan semua tapi ada beberapa saja yang sesuai. 

Jenis Jenis Sakit Mata Pada Kucing

Bertahi mata 

Kes ini ada 2 jenis kucing. Anak kucing dan kucing dewasa yang demam atau tidak sihat. 

  • Anak Kucing 



    • Selalunya tugas mencuci mata dan badan anak kucing ini adalah mak kucing tersebut. Mak kucing yang "baik" akan selalu menjilat (memandi atau membersihkan) anak anak beberapa kali setiap hari. Tahi mata anak kucing akan ada sebab anak kucing selalu tidur. Tapi bila si ibu mula tak jaga anak anak, tahi mata akan berkumpul dan kalau banyak akan jadi infection. Masa ini bila korang dah nampak si ibu mula tak jaga anak, korang kena take over kerja si ibu sehingga anak anak boleh bersihkan diri sendiri. 

    • Rawatan : Kerap cuci mata anak anak kucing menggunakan tuala lembut. Gunakan air suam untuk cuci. Elakkan guna wipe tissue atau tisu basah. Walaupun tisu basah selamat untuk baby tapi tuk mata tak sesuai digunakan. Kecuali gunakan wet tissue khas untuk mata kucing. Kalau nampak dah merah merah, dapatkan ubat titiis untuk mata namanya Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol. 


  • Kucing Dewasa Tidak Sihat


    • Bila kucing atau anjing sakit, dorang lebih banyak tidur. Mereka tak boleh nak grooming atau bersihkan bulu dorang. Macam kita juga la kan. Bila demam, nak tidur dan tak malas nak bersihkan diri. So bila dah macam tu, tahi mata kucing akan berkumpul macam anak kucing cik en story kat atas tadi. Cuma tidak merbahaya sangat sebab kucing dewasa mempunyai antibodi yang kuat. 

    • Rawatan : Selalu cuci mata menggunakan air suam. Dan gunakan ubat titis yang sama iaitu Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing. 


Kelopak Mata Bengkak 

Kelopak mata bengkak berlaku disebabkan radangan disebabkan infection atau jangkitan. Masa ini penggunaan Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol mula tak berkesan. Sebabnya jangkitan perlu diberi antibiotik untuk lawan. Fungsi Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol lebih kepada membersihkan. Masa ini boleh gunakan Terramycin Oitment yang berbentuk gel. Letak ubat mata di dalam mata dan gunakan kelopak mata untuk sapu ke seluruhan mata. Tapi kena cuci dulu dengan air suam. Untuk matikan kuman kuman sebelum treatment dengan Terrymycin. Dan juga boleh beli ubat papain beazyme untuk kurangkan radangan atau bengkak. 

Mata terjojol atau pecah

Kes sebegini selalunya perlu bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan. Kalau vet kata kronik dan perlu dibuang, operation akan dibuat untuk buang mata. Kes sebegini selalunya berlaku pada anak kucing. Dan kebanyakkan tak dapat diselamatkan sebab ramai yang lambat bawa untuk rawatan

Mata luka kerana kemalangan


Kes sebegini macam terlanggar dengan kenderaan, jatuh atau bergaduh dengan kucing lain. Kes sebegini kena tengok dan dibuat pemeriksaan lanjut. Tapi kalau ada tanda tanda diatas boleh guna cara rawatan diatas. Atau terus je bawa ke vet berdekatan ye 

Atau pun korang ada masalah mata kucing yang tak skait tapi abnormal? Korang boleh try baca artikel Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

48 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. artikel yang bagus.. lebih bagus kalau tunjuk gambar ubatannya..

    ReplyDelete
  2. Kesian nampak kucing2 dengan jangkitan mata ni.. kadang2 tak sanggup nak tengok..

    Terima kasih sebab kongsi info ni k. huhu

    ReplyDelete
  3. bagus post nii.. sbb sy ade byk kucing di belakang rumah.. huhu.. =)

    ReplyDelete
  4. Good info. Boleh share ngan adik yg bela kucing.

    ReplyDelete
  5. terbaik post ni.. anak kucing slalu skit mata rupanya ibunya xbuangkan taik mata .ngee

    ReplyDelete
  6. mak cik timm selalu cuci dgn air suam..lama2 lega sendiri..haha

    ReplyDelete
  7. info bagus ni. kalau ada kucing Mai sakit mata, boleh cuba rawatan ni nanti

    ReplyDelete
  8. Terima kasih info ni ye 👍🏼👍🏼👍🏼

    ReplyDelete
  9. info yg sgt berguna, terima kasih

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. ubat mata tu boleh beli dkt mana ye. or eye drop biasa yng ad jual kt kdai2 tu. ??

    ReplyDelete
  12. Ada cara lain x nk ubat sakit mata kucing terjojol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mata memang rosak better buang mata. klu rasa nak mencuba boleh bagi ubat surut bengkak sepaerti papain. Kalau ianya tak berkesan mungkin kena buang mata untuk elakkan jangkitan

      Delete
    2. same lah .anak kucing sy seekor biji mata dia terjojol .kesiann .yg 3 ekot sakit mata biasa je .dh nak smbuh .sbb sy salu cuci dgn air suam lepastu .bg ubat titis .tapi heran yg seekor tu boleh smpii tahap macmtu 😭😭😭 nak bawak g vet sini tkut drg x blh buat apa² .aappun sy cuba bawa dlu lah .sian dia menghidap smpi mcmtu skli

      Delete
  13. Assalam...sya ade ank kucing bru dua minggu tpi sakit mata byak jenis dh beli ubat tpi tk menjadi ade cara lagi nk bgi sembuh skit mata kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. better rujuk vet untuk tau masalah sakit mata yang sebenarnya

      Delete
  14. salam sis,

    kucing sy si melur tu selaput putih nya besar menutupi separuh mata. saya selalu bersihkan lap mata die pakai air suam. cuaca panas sekarg ni, kesian tgk mata die selaput putih tu lebar dh mcm hantu. nak wat camne. org kata letak rebusan air daun sireh. ubat mata tu harga berapa. sya sayng si melur tu mcm boyfren sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kes. kadang2 mungkin virus juga. better rujuk vet

      Delete
  15. Nak tanya ubat papain beazyme tu untuk makan atau ubat titis jugak...

    ReplyDelete
  16. sy nak tnye ubt2 tu blh dpt kat farmasi mnusia ker

    ReplyDelete
  17. kucing i mata dah semakin bengkak .. dah bawa pergi vet. dia bagi ubat mossi and vitamin and ubat cacing tu je . dah 3hari tpi masih tak elok lagi. tadi tengok ada air mata kuar dr mata kucem tu . mcm mne ek ? lepas tu kucing lain2 pon hujung mata mula bengkak

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu bengkak cik en memang akan bagi papain untuk surut bengkak dan akan bagi ubat mata yang ada antibiotik seperti gentamycin oitment.

      Delete
  18. Kucing sye dia baru nk merahdan sikit2 je ada tahi mata..kalau bagi ubat nicol eye drop yang adik sye punya atau eye glo yang selalu sye pakai kalau pakai lens boleh ke?? Untuk beri pada kucing saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan beri ubat seabrangan pada kucing lagi2 mata kucing. ianya sangat sentitif

      Delete
  19. Anak kucing saya nak jadi macam tak nampak mata kena pakai kapas dan air suam ja ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu macam antiseptik.. klu rs ada masalah lain refer vet untuk check

      Delete
  20. hai cik .. saya nak tanya saya dh beli ubat titis mata sebab anak kucing saya mata dia merah .. boleh pakai ke ubat tu tnpa pergi vet dulu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bersihkan pakai air suam dulu. sebabnya tak semua ubat sesuai denagn semua masalah mata.. ada juga ubat yg buat mata kucing lgi teruk

      Delete
  21. Kucing syg dh bg terramycin. Then dh agak dkt 4 hr mata still sama. Makin teruk anak mata dia nampak mcm berlekuk 😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari apa keterangan berlekuk... rasanya matanay dah rosak tu

      Delete
  22. boleh tak kalau gunakan chlorophyll utk mata anak kucing? sbb sy g pharmacy tadi, diberinya sy chlorophyll tapi sy minta terramycin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. tapi pastikan bersihkan dulu mata dia.. baru letak ubat..

      Delete
  23. Tdi sy ad nmpak tahi mata keras kt mata kucing, jdi sy buangkan guna jari saya ja. Lpas tu tahi mata mula kluar kat mata kucing tersebut yg macam tahi mata manusia yg cam lendir ka org pggil entah la sy pon x tau nk pggil apa ...

    Adakah mata kucing tersebut dah dijangkiti kuman, atau tahi mata lendir tu hanyalah perkara biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kalau sikit sahaj, ianya biasa. tapi klu kelopak dalam dah mula kemerahan.. dha mula ada tanda jangkitan

      Delete
  24. boleh ka bagi gentamycin eye drop dengan kucing

    ReplyDelete
  25. boleh ka bagi gentamycin eye drop dengan anak kucing

    ReplyDelete
  26. boleh ka bagi gentamycin eye drop dengan anak kucing

    ReplyDelete
  27. Nk tanya kucing saya mata dia mcm ada darah beku kat dalam lepas 3 hari jadi warna purple ada ke ubat nk rawat dia selama ni ikut cara tradisonal x jalan pun😔

    ReplyDelete
  28. Cik, nak tanya, kalau mata kucing dah terjojol keluar bengkak warna merah. Kalau mcm tak dapat diselamatkan, agak2 berapa kos operation bedah buang mata tu?

    Jumpa anak kucing kat parking mata dia macam tu. Kesian tak tau nak tolong macam mana.

    ReplyDelete
  29. anak kucing saya mata dia bengkak mula2 pastu bawak gi vet dan doktor bagi ubat.tiap hari saya tits ubat mata doktor bagi tapi makin teruk je nampak😭 mata dia lagi bengkak.. mata diorang terjojol keluar 😭 ubat still bagi juga..tak tahu nak buat apa dah..yang lagi dua ekor tu elok je mata dia 😭
    saya harap sis dapat balas 😭😭😭

    ReplyDelete
  30. dah 10 hari sapu ubat mata kloraxin, benkak dan merah mata dah hilang. cuma pagi2 tu masih lagi ada tahi mata. anak kucing macam susah nak buka mata dengan sendiri. selepas bersih dgn air suam. baru boleh buka macam normal. apa yg perlu saya buat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good writing good info good sharing. Thank you so much

      Delete
Previous Post Next Post