www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-02-17

Cara Merawat Kucing Lemah


Cara Merawat Kucing Lemah Kerana Sakit | Cik en perasaan ada keyword Cara Merawat Kucing Lemah yang terlekat di blog cik en ini. Mungkin kerana faktor cuaca tak menentu dan musim virus yang sekarang ini datang tak kira masa, ada pemilik bulus ada masalah kucing mereka lemah mungkin kerana tidak makan atau minum. Selalunya kes ini terjadi pada kucing yang demam, virus, kemalangan, selsema dan sebagainya. Seperti manusia, apabila kita demam atau tidak sihat, automatik kita pun akan mula tak ada selera untuk makan walaupun diletakkan ayam KFC, Burger Mc Donald, Pizza Hut dan makanan sedap depan batang hidung. Hahaha. Akhirnya kita sendiri akan lemah dan kalau bawa ke hospital, confirm terus drip berbotol botol kan? Samalah juga macam kucing. Tapi kucing ini kesan dehydrate dan lemah sangat cepat berbanding manusia. 

Seperti biasa, cik en nak kongsi cara rawatan yang korang boleh dapatkan dari benda benda disekeliling korang atau pendek kata yang mudah didapati di kawasan kita di Malaysia ini. Sebelum itu, cik en nak pesan satu, kucing kalau masih makan dan minum walaupun sakit sebenarnya mereka dah cure hampir 50% dari sakit dan virus. Bakinya bergantung pada ubat ubatan dan suplemen yang dibekalkan vet. Macam pesakit barah, jika pesakit positif dan kuatkan diri, mereka sebenarnya ada peluang untuk sembuh walaupun kata doktor ianya mustahil untuk baik kan? Isk, dok ngomel pulak cik en ini. Meh cik en nak share info info yang kerap cik en kongsikan pada pelanggan klinik cik en ini.

  1. Pemberian Susu Tambahan atau susu kambing segar
  2. Pemberian Glukose. Glukose sebenarnya boleh beli yang manusia punya dan pilih yang plain ye. Selain itu, ada juga dijual di petdhop. Boleh juga ubatkan air gula maca kita nak bancuh air oren dirumah itu. Gula akan beri energy pada badan
  3. Makanan basah (wet food) tapi ambil yang kitten. Sebab kitten ada formula yang terbaik untuk topup balik apa yang kurang dalam badan kucing. Atau boleh buat wet food sendiri. Camana nak buat? Boleh rujuk -- Cara buat wet food kucing
  4. Pemberian telur mentah yang dicampur dengan susu. 
  5. Madu
  6. Transfor Factor (TF)
  7. Air Kelapa
  8. Garam Bukit
  9. Pastikan air yang bersih dan sentiasa ditukar. 
  10. Jika kucing tidak boleh makan juga, boleh paksa untuk makan menggunakan picagari. 
  11. Boleh dapatkan supplemen seperti multivitamin atau vitamin b complex ( jika suhu badan panas, elakkan bagi bagi kerana B Complex akan memanaskan badan)
  12. Jika masih lemah, kenalah bawa kucing ke vet untuk drip air atau ditahan di wad. 

Apa apa pun, kalau korang tak boleh nak handle kucing yang terlalu lemah, better bawaklah ke vet yang berhampiran ye.. Jumpa di next entry 

2 comments:

Mrs. A said... [Reply]

Thanks for sharing

husna zahidi said... [Reply]

sangat membantu! nice sharing cik en.. hari tu masa musim selsema, habis kucing kat rumah berair hidung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads