www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-04-26

Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar

Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar | Facebook dan Instagram korang mesti dihujani dengan gambar gambar cik en dan rakan blogger yang lain untuk photoshoot raya KBBA 2017. Fuh, bayangkan lebih kurang seramai 40 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di Muzium UPM Serdang untuk join Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar. Bagi cik en, ini merupakan perjumpaan kedua dengan geng KBBA9 yang lain selepas Trip ke Phuket Krabi dan Haytai bersama 9 orang geng KBBA9 tahun lepas. 

Image may contain: one or more people, house and outdoor

Sebelum cik en nk hujani pulak entri ini dengan gambar gambar, meh sini cik en nak story mengenai Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar ini. 


Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar

Photoshoot Raya KBBA9 ini adalah untuk Hari Raya Aidilfitri 2017 ini. Bertempat di Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia pada 22 April 2017 yang lepas. Seramai 29 blogger wanita dan 11 blogger lelaki menjayakan photoshoot kali ini. Punya la ramai sampaikan bila bergambar beramai ramai ini, nampak kecil je muka cik en. Hahahaha. Dan yang best, photoshoot ini bersama Wan Izhar. 

Siapa Wan Izhar ? 

Wan Izhar
Wan Izhar ( kanan) bersama Ujang. Kredit Gambar : Ujang

Wan Izhar Abu Bakar atau dikenali sebagai Wan Izhar merupakan tenaga pengajar dalam bidang photografi di IIUM. Beliau sangat berpengalaman dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth. Selain itu, beliau pernah memenangi Anugerah Kulit Album di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014 bagi Album Stacy. Sepanjang photoshoot bersama dengan beliau, team beliau sangat sangat best. Sabar melayan kerenah kami seramai 40 orang masa itu. Faham faham la kan, ada yang terlambat sedikit sebab makeup (semestinya blogger blogger wanita. ahahhaa), tanah yang sedikit lecak sebab malam sebelum itu hujan lebat di UPM, masa photoshoot tu pun dah mula renyai renyai dan macam macam lagi la. Memang team mereka cik en bagi 5 bintang. Jika korang berminat nak menggunakan khidmat Wan Izhar ini boleh lah hubungi

ODS Studio 
Photography And Design Studio
E-2-2A Block E
Jalan PJU 1A/20G
Dataran Ara Damansara
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya Selangor
012-3110901 / 03-78317660
info@odsstudio.com
the.oneizhar@gmail.com

Sedikit story di sebalik tabir. 

Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia



Di sini salah satu rumah di lokasi Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar. Untuk photoshoot ini, kami photoshoot di 3 dari 4 buah rumah yang ada sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM ini. 3 buah rumah yang menjadi lokasi kami adalah 

Rumah Tradisional Pahang, Rumah Penghulu Ismail Bin Khatib Bakar,  Kampung Kelola, Jerantut, Pahang



Rumah Tradisional Terengganu, Rumah Hj Wan Muda Bin Wan Hassan, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu

Kredit : Afiq Haliq


Rumah Tradisional Perak, Rumah Uda Noh Bin Kanda Jaafar dari Kampung Pendiat, Bota Kanan, Perak



Setiap rumah ini ada sejarahnya yang tersendiri dan korang boleh baca di Rumah Tradisional Muzium Warisan Melayu . Dan tak lupa juga makan tengah hari kami ala kampung duduk bersimpuh di dalam Rumah Tradisional Pahang. Terima Kasih Cafe UPM dengan menu yang sangat sedap ini.


Terasa berada di kampung gitu.. Tengok la pinggan tu, mengamit memori masa kecil di kampung. 

Terima Kasih buat semua MUA yang terlibat dengan Photoshoot Raya KBBA9 2017 

Setiap photoshoot, semestinya peranan MUA atau Make Up Artist besar dalam menyumbangkan kelancaran photoshoot. Of course dalam Photoshoot Raya KBBA9 2017 ini, kami mengumpulkan seramai 23 MUA di sekitar Kuala Lumpur dan sekitarnya. Nak tengok muka close up kami selepas make up? 

Image may contain: 28 people, people smiling

  1. Saidila by m.u.a_byilahamzah  
  2. Athirahassin by alinaothman 
  3. Shazillah sani by makeupbyninanizam 
  4. Syima by afifahbakri 
  5. Mas by yayabebeh.makeup 
  6. YB Shehan by akid.anuar
  7. Nina Mirza by lizamahizan 
  8. Ema by jemarikuct_aischa 
  9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by theblushguru 
  10. Dell by afifahbakri 
  11. SS dan MamaKembarTiga by faeezah_pija 
  12. Qaseh / Sueizza by hamidah_mat_shafie 
  13. Ayue by emily.aisya 
  14. CikMa QueAchmad by nyonyahanna 
  15. Kak Laila kartina_khanib 
  16. Azni byezzaharon 
  17. Cik EN by @elsbyeliyana
  18. Bella by surayasufian 
  19. Yanie by sitinurfatehah 
  20. Azura by theblushguru 
  21. Nadia johari lindaus 
  22. Umminani / Ujang : lilybeautyfacial 
  23. Yulia Fajrin by nurfahazliani
Image may contain: 1 person, closeup
Closeup muka cik en

Image may contain: 2 people, selfie and closeup
inilah MUA cik en
Kalau korang di sekitar Nilai dan Kuala Lumpur yang nak gunakan khidmat MUA Eliyana ini boleh follow Ig Eliyana di elsbyEliyana . Dan kalau berminat dengan yang lain korang boleh cari di IG menggunakan nama di senarai MUA atas tu ye..

Tidak lupa dengan sponsar pakaian raya untuk rakan blogger yang lain

  1. 7th Jehan
  2. @byfaradila 
  3. @bynanienazyracollections
  4. khimar & niqab by @niqavie_malaysia
  5. Little Prin Cess
  6. Aizara Couture
  7. Butik Farisha Hana
  8. @butikpenmerah
  9. @hanatajuddin
  10. Cik Kiah Tailor Pukal
  11. Urban Thobe 
  12. @uthobe
  13. @sauq_scarf
  14. @bajumelayuslimfit

Sedap Sekali Ngap dengan K.Roger's Shortbread and Butter Cookies


 

Terima kasih juga pada K.Roger's Shortbread and Butter Cookies yang sponsar kami biskut yang sedap ini. Sebelum ini cik en tak berkesempatan nak merasa dan cik en merasa yang ini dan urrrmmppp. sedap betui la. Patut la sebelum ini tengok blogger yang lain duk memuji biskut 100 pure butter ni. Terasa betui kat tekak semasa entri ini ditaip. Hahaha. Terima Kasih sekali lagi.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor

Dan tidak lupa juga kepada AJK Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar, founder KBBA9 sendiri iaitu Abang Ben Ashaari dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Insyallah, cik en akan buat entri hasil photoshoot nanti. Untuk kali ini cik en nak share gambar yang diambil secara unofficial.. Jom..




Image may contain: 2 people, people smiling, closeup and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 3 people, closeup










Jumpa next entri semua. Daa.....

5 comments:

YB Shehan said... [Reply]

COMEY CIK EIN..

mas saari said... [Reply]

Memang meriah photoshoot kali ni. Pastu semuanya bergaya anggun dan kacak.

PERMATABIRU said... [Reply]

cantik2 gambar

yanie yusuf said... [Reply]

cantik cik en..

Emarieys said... [Reply]

semua cantik-cantik belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads