www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-04-26

Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar

Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar | Facebook dan Instagram korang mesti dihujani dengan gambar gambar cik en dan rakan blogger yang lain untuk photoshoot raya KBBA 2017. Fuh, bayangkan lebih kurang seramai 40 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di Muzium UPM Serdang untuk join Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar. Bagi cik en, ini merupakan perjumpaan kedua dengan geng KBBA9 yang lain selepas Trip ke Phuket Krabi dan Haytai bersama 9 orang geng KBBA9 tahun lepas. 

Image may contain: one or more people, house and outdoor

Sebelum cik en nk hujani pulak entri ini dengan gambar gambar, meh sini cik en nak story mengenai Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar ini. 


Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar

Photoshoot Raya KBBA9 ini adalah untuk Hari Raya Aidilfitri 2017 ini. Bertempat di Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia pada 22 April 2017 yang lepas. Seramai 29 blogger wanita dan 11 blogger lelaki menjayakan photoshoot kali ini. Punya la ramai sampaikan bila bergambar beramai ramai ini, nampak kecil je muka cik en. Hahahaha. Dan yang best, photoshoot ini bersama Wan Izhar. 

Siapa Wan Izhar ? 

Wan Izhar
Wan Izhar ( kanan) bersama Ujang. Kredit Gambar : Ujang

Wan Izhar Abu Bakar atau dikenali sebagai Wan Izhar merupakan tenaga pengajar dalam bidang photografi di IIUM. Beliau sangat berpengalaman dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth. Selain itu, beliau pernah memenangi Anugerah Kulit Album di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014 bagi Album Stacy. Sepanjang photoshoot bersama dengan beliau, team beliau sangat sangat best. Sabar melayan kerenah kami seramai 40 orang masa itu. Faham faham la kan, ada yang terlambat sedikit sebab makeup (semestinya blogger blogger wanita. ahahhaa), tanah yang sedikit lecak sebab malam sebelum itu hujan lebat di UPM, masa photoshoot tu pun dah mula renyai renyai dan macam macam lagi la. Memang team mereka cik en bagi 5 bintang. Jika korang berminat nak menggunakan khidmat Wan Izhar ini boleh lah hubungi

ODS Studio 
Photography And Design Studio
E-2-2A Block E
Jalan PJU 1A/20G
Dataran Ara Damansara
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya Selangor
012-3110901 / 03-78317660
info@odsstudio.com
the.oneizhar@gmail.com

Sedikit story di sebalik tabir. 

Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia



Di sini salah satu rumah di lokasi Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar. Untuk photoshoot ini, kami photoshoot di 3 dari 4 buah rumah yang ada sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM ini. 3 buah rumah yang menjadi lokasi kami adalah 

Rumah Tradisional Pahang, Rumah Penghulu Ismail Bin Khatib Bakar,  Kampung Kelola, Jerantut, Pahang



Rumah Tradisional Terengganu, Rumah Hj Wan Muda Bin Wan Hassan, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu

Kredit : Afiq Haliq


Rumah Tradisional Perak, Rumah Uda Noh Bin Kanda Jaafar dari Kampung Pendiat, Bota Kanan, Perak



Setiap rumah ini ada sejarahnya yang tersendiri dan korang boleh baca di Rumah Tradisional Muzium Warisan Melayu . Dan tak lupa juga makan tengah hari kami ala kampung duduk bersimpuh di dalam Rumah Tradisional Pahang. Terima Kasih Cafe UPM dengan menu yang sangat sedap ini.


Terasa berada di kampung gitu.. Tengok la pinggan tu, mengamit memori masa kecil di kampung. 

Terima Kasih buat semua MUA yang terlibat dengan Photoshoot Raya KBBA9 2017 

Setiap photoshoot, semestinya peranan MUA atau Make Up Artist besar dalam menyumbangkan kelancaran photoshoot. Of course dalam Photoshoot Raya KBBA9 2017 ini, kami mengumpulkan seramai 23 MUA di sekitar Kuala Lumpur dan sekitarnya. Nak tengok muka close up kami selepas make up? 

Image may contain: 28 people, people smiling

  1. Saidila by m.u.a_byilahamzah  
  2. Athirahassin by alinaothman 
  3. Shazillah sani by makeupbyninanizam 
  4. Syima by afifahbakri 
  5. Mas by yayabebeh.makeup 
  6. YB Shehan by akid.anuar
  7. Nina Mirza by lizamahizan 
  8. Ema by jemarikuct_aischa 
  9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by theblushguru 
  10. Dell by afifahbakri 
  11. SS dan MamaKembarTiga by faeezah_pija 
  12. Qaseh / Sueizza by hamidah_mat_shafie 
  13. Ayue by emily.aisya 
  14. CikMa QueAchmad by nyonyahanna 
  15. Kak Laila kartina_khanib 
  16. Azni byezzaharon 
  17. Cik EN by @elsbyeliyana
  18. Bella by surayasufian 
  19. Yanie by sitinurfatehah 
  20. Azura by theblushguru 
  21. Nadia johari lindaus 
  22. Umminani / Ujang : lilybeautyfacial 
  23. Yulia Fajrin by nurfahazliani
Image may contain: 1 person, closeup
Closeup muka cik en

Image may contain: 2 people, selfie and closeup
inilah MUA cik en
Kalau korang di sekitar Nilai dan Kuala Lumpur yang nak gunakan khidmat MUA Eliyana ini boleh follow Ig Eliyana di elsbyEliyana . Dan kalau berminat dengan yang lain korang boleh cari di IG menggunakan nama di senarai MUA atas tu ye..

Tidak lupa dengan sponsar pakaian raya untuk rakan blogger yang lain

  1. 7th Jehan
  2. @byfaradila 
  3. @bynanienazyracollections
  4. khimar & niqab by @niqavie_malaysia
  5. Little Prin Cess
  6. Aizara Couture
  7. Butik Farisha Hana
  8. @butikpenmerah
  9. @hanatajuddin
  10. Cik Kiah Tailor Pukal
  11. Urban Thobe 
  12. @uthobe
  13. @sauq_scarf
  14. @bajumelayuslimfit

Sedap Sekali Ngap dengan K.Roger's Shortbread and Butter Cookies


 

Terima kasih juga pada K.Roger's Shortbread and Butter Cookies yang sponsar kami biskut yang sedap ini. Sebelum ini cik en tak berkesempatan nak merasa dan cik en merasa yang ini dan urrrmmppp. sedap betui la. Patut la sebelum ini tengok blogger yang lain duk memuji biskut 100 pure butter ni. Terasa betui kat tekak semasa entri ini ditaip. Hahaha. Terima Kasih sekali lagi.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor

Dan tidak lupa juga kepada AJK Photoshoot Raya KBBA9 2017 Bersama Wan Izhar, founder KBBA9 sendiri iaitu Abang Ben Ashaari dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Insyallah, cik en akan buat entri hasil photoshoot nanti. Untuk kali ini cik en nak share gambar yang diambil secara unofficial.. Jom..




Image may contain: 2 people, people smiling, closeup and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 3 people, closeup










Jumpa next entri semua. Daa.....

2017-04-20

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet | Ingat tak kisah Atan sikucing yang luka di bahagian muka dan yang paling parah dipenuhi dengan beratus ratus ulat dan nanah. Hanya orang ada pengalaman kendalikan haiwan kucing bernanah ini akan tahu "feel" wangian nanah dan ke"geraman" melihat ulat keluar masuk dalam luka. Hahaha. Kucing itu dah sembuh tau? Alhamdullilah.. Selain daripada rawatan biasa dibuat,ada cara mudah rawat luka berulat kucing dengan membekalkan satu spray ajaib untuk merawat kulit dan luka. Semestinya ianya lebih baik daripada manggot spray yang bertoksik ada di pasaran. Spray ini dibuat daripada bahan semulajadi dan bebas toksik. Nak tahu cik en berikan spray ajaib apa? Cik en berikan My Pet Vet keluaran Furley Bioextracts untuk kak Shimah owner si Atan ini. My Pet Vet 100% dari bahan semulajadi untuk merawat luka dan kulit. Bayangkan My Pet Vet ini mampu untuk merawat luka si Atan yang ada kata tak ada peluang untuk Atan sembuh. 

Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing


Cara Mudah Rawat Luka Berulat Kucing Dengan My Pet Vet


Sebelum itu, sesiapa yang terlepas cerita Si Atan ini di Kisah Kucing Luka Berulat Di Muka  penghujung bulan Februari yang lepas, meh cik en story balik, Kucing tersebut nama Atan dan Atan ini tak balik balik rumah. Balik balik je, muka dah berulat dan separuh muka tak ada. Cik en buat treatment dan bekalkan My Pet Vet ini sebabnya luka di muka ini merangkumi mulut, hidung dan mata. Bukannya cik en tak boleh suggestkan wound spray seperti magtox, tapi memikirkan peluang matanya untuk sembuh tinggi, cik en memilih memberi My Pet Vet ini. Kenapa cik en memilih My Pet Vet? 


Sebabnya ianya Natural, No Chemicals. Painless dan Odorless. Selamat bukan untuk haiwan tapi manusia juga. Bahan asasnya adalah extract kulit manggis yang mana dapat mengurangkan sakit dan jangkitan. Sebabnya ianya dapat menghapuskan harmful bacteria dan kalau haiwan terutama kucing (yang suka menjilat) menjilat ianya tidak memberi keracunan pada kucing tersebut. 

Nak tengok muka Atan yang terbaru? 







Kiranya dalam 1 bulan, Atan dah jadi handsome semula. Hahaha. Abaikan gambar last, dia kenyitkan mata pulak. Dan yang best, matanya sihat dan normal semula. Yang tinggal hanya parut saja. Insyallah, lama lam bulu akan tumbuh sepenuhnya. 


My Pet Vet bukan saja effective pada luka berulat saja, ianya boleh untuk :
  • Fungas
  • Kulit mengelupas (Scaly skin)
  • Kutu (Mites)
  • Luka Pembedahan
  • Small Wound
My Pet Vet sangat sesuai untuk
  • Kucing
  • Anjing
  • Burung
  • Mamalia
  • Antiseptik barangan rumah 

Korang berminat untuk mendapatkannya? ini details nya. 

My Pet Vet
For Skin And Wounds
Natural botanical Remedy
Harga : RM 48.00
Details lanjut di My Vet Pet

Kalau rasa susah nak singup, boleh je beli melalui cik en. 


2017-04-19

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com | Kereta cik en dah 2 kali tukar bateri. Walaupun baru berusia 5 tahun. Ingat lagi kali pertama bateri kereta kong. Masa itu cik en di Sungai Petani. Cik en mengiringi arwah sahabat baik abah cik en. Dalam keadaan kecemasan, cik en terus ke sana bersama keluarga dan terlupa untuk check air bateri. Kereta cik en masih menggunakan bateri basah. Masa nak balik ke Perak, cik en cuba hidupkan tapi tak boleh, tapi dari bunyi dah tau dah, bateri kereta kong. Masa itu mulalah gabra semacam sebabnya dah malam, kedai dah tutup. Kali pertama pulak itu. Tiba tiba cik en teringat dengan Bateriku.com . Nasib ada Bateriku.com! 

 Bateri Kereta Kong
 Bateri Kereta Kong


Siapa Bateriku.Com


Merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd kepada pelanggan pelanggan yang mempunyai masalah bateri kereta dimana saja berlaku. Terdapat cawangan mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Kenapa Bateriku.com menjadi pilihan bila bateri kereta kong

  • Harga tetap, murah dan semestinya tak ada caj caj tersembunyi 
Kalau korang perasan kan, kalau korang beli apa apa pun, yang dinyatakan hanyalah harga permulaann. Lepas itu mulalah ada caj pemasangan la, caj penghantaran la. Tapi dengan Bateriku.com ini harganya tetap dan murah berbanding pesaing mereka yang lain
  • Semestinya penghantaran, check bateri kereta korang serta pemasangan PERCUMA. Hanya bayar harga bateri saja
Macam cik en terangkan sebelum ini, korang hanya bayar harga bateri yang ditukar sahaja. Yang lain PERCUMA
  • Vin Battery 
Yang ini cik en baru tahu, setiap bateri ada VIN. Apa itu Vin?  VIN ialah Vehicle Identification Number, kod unik bersama nombor siri digunakan oleh industri Atomotif untuk mengenalpasti kenderaan bermotor. 
  • Big Battery
  • Ada di mana mana saja dari Perlis hingga ke Johor Bahru
So kalau korang tinggal di mana mana saja, korang boleh dapatkan perkhidmatan Bateriku.com ini. Mungkin korang berasal dari Perak macam cik en dan bercuti di Johor. So tak perlu cik en pening kepala nak cari mekanik di Johor ini. Bukannya cik en tahu kat mana ada workshop kan. Sebabnya hanya bercuti. So hubungi Bateriku.com. Senang dan mudah. 
  • Mobile Technician (MOTEC) yang terlatih, berpengalaman dan ramah serta boleh dipercayai 
Bateri Kereta Kong

Mobile Technician ini yang akan datang jumpa korang. Dan macam cik en ini, dah la perempuan, semestinya kita was was kan? Lelaki pulak tu, tapi dengan Bateriku.com ini korang jangan risau, mereka sangat dipercayai dan berpengalaman. 
  • Warantinya pula lama dari 12 hingga 30 bulan dan servisnya di cawangan mereka
Selalunya cik en kalau beli bateri, warranty hanya 12 bulan je, lepas itu dah habis warranti, tapi dengan Bateriku.com ini pula boleh sampai 30 bulan. Dan kalau nak tuntut boleh ke cawangan cawangan mereka di setiap negeri. 
  • Waktu servis bermula 7 pagi hingga 1 pagi 
Kalau bab bateri kong ini bukan tentu masa, pagi pagi nak pergi kerja juga nak buat halnya. So Bateriku.com ini akan mula servis mereka seawal 7 pagi hingga 1 pagi . 
  • Kalau korang ada persatuan macam kelab kereta ke, jkkk taman atau badan badan korporat, mereka boleh juga buat Program #FreeChecking secara PERCUMA (bergantung pada tempahan)
Yang ini kalau korang yang de team team kereta ke, boleh la dapatkan #FreeChecking ini. Jadikan dalam tentitif program korang. 

Sangat Mudah Untuk Hubungi Bateriku.com 

Bateri Kereta Kong

TOLL FREE 

1 800 22 2324

Whatsapps

Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 
Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 

Download apps di Google Play Store dan Apple App Store

Mobil App BATERIKU.COM
Mudah, cepat & anda boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician kami.

Bateri Kereta Kong

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com & Dealer & Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) & Rakan Wokshop & Rakan Tow Truck

Korang pula kalau berminat menyertai BATERIKU.COM ini di seluruh negara bolehlah mohon secara on-line di 
 Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> lRakan Wokshop >> Rakan Tow
Jadi ini tips ini cik en share sebabnya cik en yakin yang Bateriku.com ini boleh korang harapkan. Jadikan Bateriku.com sebagai peneman korang untuk perjalanan harian dan jauh.
Mungkin korang berminat untuk baca Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads