www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-11-22

Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite


Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite | "Doktor, saya mau cucuk anjing saya satu tahun satu kali punya cucuk " . " Doktor saya mau cucuk kucing saya vaksin" . Itu antara respon pertama dari pelanggan tak kira dari kaum melayu atau kaum lain lain. Selepas di vaksin sampai kepada pembayaran, akan ada respon " Apasal manyak mahal? Haritu cucuk baru RM15 kenapa hari ini sudah naik? " . Apabila ditanya, rupanya mereka hanya nak bagi suntikan Anti Parasite sahaja. Haiya... apa boleh buat? Kena bayar sajalah.

Ini antara reaksi dan perbualan yang kerap berlaku di klinik cik en. Kadang kadang komunikasi dengan kaum lain lain sangat terbatas sebabnya mereka tak memahami apa penerangan yang cik en dan kawan cik en terangkan. Diakui, inilah penyebab cik en dan sesiapa yang jaga klinik menjadi stress sehingga jadi moody sepanjang melayan pelanggan tersebut. Nak tak nak, cik en kena keluarkan bahasa pasar bagi memudahkan komunikasi. Kalau tak dah serupa itik bersembang dengan ayam.. Cluck cluck cluck sebelah quack quack quack. Hahaha. 

Disebabkan itu, cik en nak kongsi sikit apa Perbezaan Suntikan Vaksin dan Suntikan Anti Parasite ini. 

Suntikan Vaksin : Vaksinasi adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi
Entri yang korang boleh rujuk

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/04/jenis-jenis-vaksin-untuk-kucing.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2016/06/boleh-ke-vaksin-kucing-semasa-musim.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2016/02/betul-ke-vaksin-menyebabkan-kucing-mati.html
  4. http://www.nurfuzie.com/2015/06/kenapa-vaksin-perlu-diberi-3-kali.html
Suntikan Anti Parasite : Ubat Anti-Parasite adalah kelasan ubat untuk rawatan penyakit parasit seperti kulat, kurap, kutu, cacing, fungas atau pendek kata masalah kulit . Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entri Penyakit Kulit Haiwan  . Selain itu, anti parasite juga untuk deworm atau kecacingan. Ada ubat Anti-Parasite ini 3 dalam 1 dan ada juga yang satu satu. Kalau 3 in 1 kalau bahasa pasar 3 serangkai bagi haiwan. Kutu, kurap dan cacing. Tapi yang asing asingkan tu seperti ubat cacing, ubat kurap, ubat mandi kutu,  dan sebagainya. Kira satu ubat untuk satu jenis parasit.

Jadi jangan pula tertukar pula apabila datang ke klinik veterinar mengenai Vaksin dan Anti Parasite ini. Sebab kedua dua ini mempunyai fungsi yang berbeza ye. Jadi minta mendapat vet sebelum korang buat keputusan. Tapi kedua dua suntikan ini perlulah dipastikan kucing atau anjing korang itu sihat walfiat ye. 

8 comments:

NURUL AQIDAH AZAHAR said... [Reply]

nice share kak

Noor Maizan said... [Reply]

Dr, anak kucing saya tiba2 hilang bulu (botak sampai nampak kulit) dia dan kulit dia mcm lembab2 gitu, takda luka pun. Kenapa ya?

MAF Fashion House said... [Reply]

faham...thanks for the info.

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

selalu dok ckp nak cucuk rm 5 .. rm 30..hahaha

eima said... [Reply]

seb baik tak bela haiwan klu tak jenuh jg ye .. mahal ....

mcm member ...kos sara hidup kucing2 dia lebih kurang mcm kos sara hisup 2 budak kat rumah ai .... tu belum bab dia kena os kusing hantar nursery .. hahaha adoi la ..jenuh

Along Misuari said... [Reply]

Ada juga niat bela kucing dan sebagainya..
TAPI..
Isteri pulak alahan dengan bulu..
Simpan sahaja niat dan bela kucing kat tempat kerja je senang..Hihihi

Posting terbaru AM
6 makanan penyebab sakit sendi


Ikhlas dari
AlongMisuari.com

husna zahidi said... [Reply]

owh baru taw.. kalau tak taw nak cucuk utk apa jenuh jugak staff kat situ nak menerang.. hihihi.. dalam hal ni dedua pon perlu kan demi kesejahteraan haiwan peliharaan memasing..:)

timm bill said... [Reply]

hurm, bebila nk bwak cikenit2 kat umah ni g cucuk..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads