www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-10-27

Veterinar | Penyakit Kulit Haiwan Kesayangan




Veterinar Penyakit Kulit Haiwan Kesayangan | Penyakit kulit dikalangan haiwan kesayangan tidak dapat dielakkan malahan terhadap haiwan kesayangan yang dibela di dalam kawasan rumah. Jenis jenis penyakit kulit yang ada pada haiwan kesayangan adalah Parasit, Fungas, Bakteria dan Lain lain. Dan jangan tidak tahu, ada penyakit kulit ini boleh berjangkit dengan manusia atau dipanggil penyakit zoonotik. Jadi kita kan bincangkan satu persatu jenis penyakit kulit untuk pengetahuan umum tuan punya haiwan kesayangan


Parasit : Kurap, Flea/Tick/Allergy Dermatitis, Manggot

Tanda Klinikal Hama/Mites : Gatal dan mengaru, Kehilangan bulu, Kulit menebal dan keras, Bulu gugur, Kulit mengelupas dan keradangan kulit.
Tanda Klinikal Allergy Dermatitis : Gatal dan mengaru, Kehilangan bulu, Kulit mengerutu, Bulu gugur, Kemerah Merahan dan keradangan kulit.

Fungas : Dermatophytosis, Malassezia Dermatics dan Sporotrichosis

Tanda Klinikal Dermatophytosis : Bertompok Bulat, Kehilangan bulu, Gatal dan mengaru, Bulu gugur, Kulit mengelupas dan Kemerah Merahan.
Tanda Klinikal Malassezia Dermatics : Kulit menebal, Gatal dan mengaru, Berbau Masam, Kulit Mengelupas (berkelemumur), Kemerah Merahan dan Hyperihmentasi
Tanda Klinikal Sporotrichosis : Kulit Bengkak bernodul, Luka Membulat, Gatal dan Mengaru, Luka nodul mengelupas dan berair. Tidak sembuh dalam tempoh yang lama dan isi daging tumbuh. boleh rujuk SINI

Bakteria : Pyoderma, Staphylococcus Intermedius

Tanda Klinikal Pyoderma : Seakan jerawat, Bulu Gugur, Gatal dan Menggaru, Kulit Mengelupas, Kemerah merahan dan Bernanah 

Lain Lain : Alahan Makanan, Hormon

Tanda Klinikal Alahan Makanan : Kegatalan yang teruk di sekitar leher, kepala dan telinga dan keguguran bulu 
Tanda Klinikal Hormon : Kegatalan, keguguran bulu  dan Kulit Kemerahan.

Jika kucing korang ada masalah masalah di atas, teruslah membawa kucing anda ke klinik veterinar yang berhampiran. Dan sila beri perhatian yang lebih jika ada tanda Sporotrichosis kerana ia sakit zoonotik

*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI

5 comments:

Afidah Azmi said... [Reply]

mcm Fida.nak elakkan telinga kucing dan ada kurap dekat depa.
fida elakkan bagi depa makan makanan bergoreng.dah sebulan sekali syampoo..Insyaallh..setakat ni kucing Fida tak ada masalah2 sedemikian

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

mmg ada simptom bulu gugur tu semua..

Nurzakiah Hanum said... [Reply]

thanks for sharing info

Wazira Zafran said... [Reply]

Harga rawatan bagi masalah kurap ni lingkungan berapa ringgit?

Wazira Zafran said... [Reply]

Harga rawatan bagi masalah kurap ni dalam lingkungan berapa ringgit?

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads