www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-06-18

Boleh Ke Vaksin Kucing Semasa Musim Hawar Kucing?


Boleh Ke Vaksin Kucing Semasa Musim Hawar Kucing? | Seperti entri sebelum ini, musim sakit kucing atau dipanggil hawar kucing di kalangan pemilik kucing melanda dan cik en rasa bukan sahaja di tempat cik en sahaja, tapi kebanyakkan tempat. Sebelum ini cik en ada keluarkan entri Cara Merawat Hawar Kucing (Parvo Virus) dan ramai juga yang bertanya dan ada pelanggan cik en sendiri nak vaksinkan kucing mereka. Sebab kucing lain dah banyak yang mati mengejut. Jika ada yang mengikuti setiap entri yang dikeluarkan oleh cik en, cik en dah membincangkan mengenai vaksin ini. Boleh rujuk entri entri dibawah ini

  1. Kenapa vaksin perlu diberi 3 kali pertama untuk anak kucing
  2. Jenis jenis vaksin untuk kucing
  3. Betul ke vaksin menyebabkan kucing mati?
Jadi apa yang cik en boleh kongsikan, jika dalam satu kelompok kucing ada yang kes kes kematian mengejut (selain racun dan langgar) kerana wabak atau virus, cik en nasihatkan unuk menjalankan ujian darah (blood test) . Mungkin luaran nampak sihat dan cergas, tapi kemungkinan kucing dalam kelompok ini sedikit sebanyak ada yang dijangkitan. Sedangkan syarat untuk vaksin adalah sihat sepenuh. Tapi, jika yakin, kucing korang tak dijangkiti iaitu diasingkan di kawasan lain, tiada masalah untuk vaksin. Cuma monitoring kucing tersebut sekurang kurangnya 3 hari selepas pemberian vaksin. Tak mahu nanti, akan timbul cerita " bagi vaksin kat kucing aku, kucing aku mati, vaksin itu tak perlu " atau " vet tu buat kucing saya mati lepas vaksin". Jika ada pertanyaan lanjut, boleh rujuk vet berdekatan. 

p/s : Jika kelompok kucing tiada yang mati atau yakin tidak dijangkiti, digalakkan vaksin untuk beri imunisasi pada kucing

  7 comments:

  1. Terima kasih cik en perkongsian info ni... :)

    ReplyDelete
  2. kita tk berapa nak tau pasal kucing ni..sbb kat rumah takde kucing..lagi satu kita takut dengna kucing..hehe

    ReplyDelete
  3. banyak info pasal kucing kalo baca entry2 Cik En ni.. bagus2..

    ReplyDelete
  4. wahhh bagus la blog akak niey. ada info pasal kucing. blogwalking here kak. :D

    ReplyDelete
  5. Salam, berapa kos perubatan untuk kucing kena sakit hawar?

    ReplyDelete
  6. Salam encik, kucing saya dijangkit parvovirus tu, dlam proses berubat, doktor ada bagi antibiotik, multivitamin, ubat demam dll, dh seminggu syukur bertambah baik cuma still mulut berair , boleh kah saya dptkn vaksin buat masa ni ?

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads