www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-11-29

Korang Tak Caya Eh, Aku Pakai Masker Taik Lembu


Korang Tak Caya Eh, Aku Pakai Masker Taik Lembu | Semestinyalah korang tak percaya dan tak kan percaya kan? Apa kejadahnya cik en nak pakai masker taik/najis lembu kat muka. Busuk wei! Hahaha. Tapi tak apa, cik en nak story sikit apa dimaksudkan dengan masker taik lembu tu. 


Pekerjaan cik en sebagai pembantu veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang buat cik en dipaksa rela untuk menerima masker taik lembu ini. Setiap staf teknikal di jabatan ini akan menjalankan rutin tahunan di setiap ladang ternakan. Rutin tahunan seperti Program Kesihatan Ternakan yang mana perlu mengambil sampel serum(darah) dan penvaksinan setiap ternakan. Jadi masa proses tersebut, lembu atau kerbau akan di masukkan di dalam celong atau cattle yard untuk memudahkan kerja. Jadi masa dalam beratur macam tu, time tu la lembu atau kerbau kencing la, berak la, kentut la dan sebagainya. Masa itu, taik tersebut melekat di ekornya. So apa lagi, depa akan libas libas.. Habis sekeliling kena dengan taik depa. Belum lagi yang jatuh ke lantai, habis terpercik. Bukan saja kena baju, muka, tangan dan kadang kala termasuk juga dalam mulut. Hahaha. korang tengok jela tugas tugas kami kat bawah ini








Ha.. caya dok cik en guna masker taik lembu?? Bukannya pakai masker, lepas tu baring atas katil berkipas angin bagai tu, tapi terpaksa pakai masker tu. Dari basah basah sampai kering la sebabnya malas nak membasuh selagi tak habis kerja. Hahaha. Harap korang puas hati dengan jawapan ini yek. Tapi kalau korang nak tahu rutin harian cik en jaga kulit muka korang leh rujuk entri bawah ini

  1. http://www.nurfuzie.com/2016/08/tips-awet-muda-yang-boleh-diamalkan.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2015/06/innershine-prune-essence-plus-camu-camu.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2013/06/rawatan-muka-mengikut-umur.html
Selain itu, cik en suka sangat makan sayur dan bawang. So mungkin itu salah satu faktor kulit muka tak ada masalah. ok la.. next time cik en akan buat entry khas untuk jaga kulit muka ye. Da semua....

4 comments:

Ana Fatihah said... [Reply]

Wowww cik En! Jeleslaa kite camnii. Hihi

Saidila Abdul Rahman said... [Reply]

bersihnya baju cik einnnn........hahahaha

Rozita Abdul Rahman said... [Reply]

hahaha.. agak dah..

NURUL AQIDAH AZAHAR said... [Reply]

hehehe...ingt btul td

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads