Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai


Kad Debit Maybank Yang Baru Dah Sampai!!! | Ingat lagi tak sebelum ini, cik en teruja dengan Debit Picture Card untuk Maybank. Cik en apply pada 27 Julai 2016 dan baru semalam 16 Ogos 2016 cik en pergi tuntut di Maybank yang dipilih sendiri semasa permohonan. Itu pun, mereka tak telefon ye.. mereka hanya hantar email sahaja. Teruja juga la walaupun cik en sendiri malas nak menjejak kaki di bank ini sebelum ini, sebabnya banyak masa habis menunggu je. Disebabkan tak sabar sangat, time rehat cik en pergi ke Maybank Sitiawan di Seri Manjung.

Cik en terus mencari Puan Hasnida Ayu di Maybank Seri Manjung ( staf yang menghantar email), nasib la masih ada sebabnya waktu itu, Puan Hasnida dah rehat. Sempatlah dia uruskan separuh urusan. Separuh lagi perlu diuruskan di bahagian lain. Sebelum Puan Hasnida pergi rehat sempat juga cik en bertanya, "lama tak saya perlu tunggu puan?" Puan Hasnida kata tidak lama sebabnya kad debit sudah sedia cuma perlu menukarkan dari kad lama ke kad baru sahaja.

Tapi... 30 minit cik en menunggu, nama cik en tak dipanggil panggil, mulalah angin sepoi sepoi bahasa datang. Asal lambat sangat ni, semua dah lengkap tapi cik en perlu menunggu sama macam permohonan pertukaran kad debit di kaunter. Lebih baik cik en apply di kaunter bank daripada online. Lagipun, cik en bayar lebih kot sebabkan Debit Picture Card ini. Dah tak tahan menunggu lama, cik en pergi la ke bahagian yang berkenaan dan bertanya. Dan boleh dijawab " kena tunggu giliran". Tunggu giliran? Cik en sememangnya tidak ambil nombor giliran sebab dah di email oleh pihak Maybank untuk ambil. 

Mula la mulut cik en ni laju bercakap " Puan, kalau saya menunggu sama macam yang lain, apa guna saya apply melalui online? Dah la online, perlu ambil masa 20 hari untuk di panggil ambil kad dan sekarang sampai di Maybank perlu ke tunggu lagi? " Biasalah staf tersebut mula tarik muka, try tengok dia nak melawan balik ke tidak, memang kena sound la kalau menjawab. Tapi nasiblah dia diam kan diri. Dan tangan dia buat juga urusan cik en itu. So kejap je, tak smapai 5 minit selesai urusan cik en. Kan mudah, selesaikan dulu mana yang patut di selesaikan.

Selesai urusan, terus teruja tengok kad cik en. Meh nak kasi tayang sikit


Cik en memilih gambar semasa hiking di Bukit Vale. Di mana Bukit Vale, boleh rujuk entri Pusat Ekologi Vale, Lumut Perak. Tapi cik en rasa kad debit ini nipis sedikit.


Perbandingan kad debit picture dengan kad debit paywave yang biasa
Tapi cik en tak boleh nak tunjuk, sebab kad debit lama di ambil balik oleh maybank. Yang diatas adalah perbandingan kad debit yang baru sahaja. Dari kualiti gambar, nampak ok, tapi rasa tak cantik sikit mungkin kualiti gambar itu sendiri. 

Ada yang kata, kad debit di hantar terus ke rumah. Tapi kes cik en ini, cik en tidak sertakan alamat rumah tapi di beri pilihan untuk tuntut di mana mana Maybank terdekat. Jadi sesiapa yang rasa nak cuba letak gambar sendiri di kad debit terbaru ini, boleh rujuk entri Cara Letakkan Gambar Sendiri Di Kad Debit Terbaru Maybank. Selamat mencuba!
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

11 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bestnyaaaa!! Siqah tak dapat lagi. Baru je buat last week.. Hee. Cantik kad awak =)

    ReplyDelete
  2. Huhu..tak tukar kad lagi..malas betul nak pergi bank

    ReplyDelete
  3. Menarik gak tukar gambar sendiri kan..?
    Takpela MJ guna dulu kad ceri debiit ni, nanti dah bosan leh la tukar2 :)

    p/s : kad debit lama MJ mintak dari maybank nak simpan sbg kenangan.. so nanti diorang akan punch la kat cip tu.. :)

    ReplyDelete
  4. tak berminat nak apply kad ni, ini menunjukkan Bank sudah "ketandusan" wang simpanan di dalamnya, sama seperti yang berlaku di Greece baru ni.

    ReplyDelete
  5. hai...salam kenal dari http://misssnotes.blogspot.my. Thanks for info. I dari segmen giveaway syira lokman..

    ReplyDelete
  6. eh blh lak dia ckp gitu ea.. mmg hangin la kan.

    ReplyDelete
  7. uwaa..jeles debit kad cik ein ada gambar sendiri..:)

    ReplyDelete
  8. nk buat gak la.ahah..tapi pening nak pakai gambar mana satu.ehehe

    ReplyDelete
  9. tak takut ke guna gambar sendiri? cam bahaya je

    ReplyDelete
  10. Blh tak saya nak tukar gambar kad

    ReplyDelete
Previous Post Next Post