www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-01-05

Pusat Ekologi VALE, Lumut Perak


Pusat Ekologi VALE, Lumut Perak | Terletak di Teluk Batik, Perak, tempat yang baru dibuka pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 31 Oktober 2015. Nama singkatan Pusat Ekologi Vale ( VEC) merupakan salah satu tarikan baharu buat para pengunjung di Teluk Batik apabila pusat itu secara rasminya dilancarkan.Lokasi Teluk Rubiah di Lumut merupakan hab logistik bagi syarikat VALE yang menjadi pusat pengedaran bijih besi yang dibina serta dilengkapi dengan jeti laut dalam dan tempat penyimpanan bijih besi.

Hasil ekspedisi yang dijalankan, MNS mendapati terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan, 125 spesis burung, 28 spesis pepatung dan beberapa spesis yang lain. VALE memperuntukkan 715 ekar daripada 1,196 ekar tanah yang dimilikinya untuk dipelihara.Pusat ekologi tersebut dijangka akan dibuka kepada orang awam dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang ini setiap hari tanpa sebarang bayaran dikenakan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan, perkhemahan alam sekitar, memerhati burung dan serangga, aktiviti ekologi dan eksperimen dan pengalaman secara langsung. Maklumat Perasmian selebihnya di SINI

Segala gambar yang ada di dalam entri ini diambil pada 6 Februari 2015 sebelum tempat ini dirasmikan. Pada masa ini, pengunjung masih belum ramai dan semasa cik en dan rakan rakan pergi, lebih kurang 2 atau 3 kumpulan kecil sahaja kelihatan. Dan juga, tiada "guide" cuma berpandu kepada penunjuk arah yang ada di sepanjang perjalanan kami. 



VEC mempunyai 3 laluan (semasa cik en datang pada Februari 2015, mungkin ada penambahan kini)

Laluan Utama : Main Trail 550 meter
Laluan Persisiran Pantai : 830 meter
Laluan Air Terjun :1150 meter


Ini jalan permulaan kami, Laluan Utama, jalannya agak mendatar dan dipertengahan jalan nanti dibahagikan 2 lorong, Satu lorong kiri ke bahagian Laluan Air Terjun (Waterfall) dan lorong kanan ke bahagian Laluan ke Persisiran Pantai. Oleh kerana kami bergerak pagi, jadi kami melalui ke dua- dua lorong. 


Laluan Air Terjun paling jauh tapi pada Februari 2015, laluan masih dalam pembinaan dan kami hanya sampai di bahagian air terjun mini seperti gambar di atas. 


Selesai laluan air terjun kami berpatah balik kepada Laluan utama dan meneruskan perjalanan ke penghujung laluan utama. Pemandangan di gambar diatas gunung ini, tiada dalam peta dan kami hanya mendaki tanpa arah pada masa ini. Dan sangat mengagumkan dengan Ciptaan Ilahi, tempat ini nampak lebih cantik dengan pemandangan bukit bukau. 



Selesai snap gambar, kami melalui jalan utama dan menuju balik dan mencari lorong ke Laluan Persisiran Pantai. Laluan awal ke Persisiran Pantai, bukit dalam keadaan 80 darjah dan kami hanya berpaut pada tali di sediakan. Sampai ke puncak, kami disajikan dengan kawasan kem untuk permainan tali seperti di bawah ini

Selesai sahaja menjadi kanak kanak riang, kami menuruni bukit terus ke persisiran pantai. Jumpa saja pantai masa untuk mandi pantai pula.


Untuk pengetahuan semua, pantai ini adalah pantai Teluk Batik. Pintu utama VALE bersebelahan dengan resort di pantai teluk batik. Kalau ingin merasakan Air terjun, gunung ganang dan pantai di tempat yang sama, bolehlah korang ke VALE. Sudah setahun cik en tidak menjejak kaki kesana dan mungkin ada pembaharuan yang lebih menarik. Sepanjang perjalanan, terdapat pokok pokok dan haiwan yang jarang di lihat. Tapi kami kurang bernasib baik, kerana tidak banyak haiwan yang mencari makan pada masa itu. Dan jangan risau, segala cabaran di VALE ini tidaklah sesusah mana, boleh bawa kanak kanak untuk meneroka alam flora dan fauna di sana. 

Jika sesiapa berminat, disini cik en sertakan maklumat VALE

Vale Eco Centre / Pusat Ekologi Vale
Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik
32200 Manjung, Perak

T: +605 690 9502
M: +6012 284 2881
E: information.vale.malaysia@vale.com

Mondays to Sundays including public holidays: 8.30am – 6.00pm
Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum: 8.30 pagi – 6.00 petang

Admission is free / Kemasukan adalah percuma









2 comments:

Farhana Zukri said... [Reply]

bestnya dapat hiking camni :) last pergi hiking kat Broga

travelog asz said... [Reply]

boleh masuk
dalam list traveling tahun ni...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads