www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-05-17

Tempahan Baju Raya Tutup!


Tempahan Baju Raya Tutup!  | Lebih kurang 3 minggu lagi, umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan sebulan lepas itu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kain diatas adalah kain yang cik en beli dari tahun lepas lagi tapi disebabkan tempahan baju raya ini memang jadi tumpuan setiap kali perayaan, buatkan cik en batalkan hasrat untuk buat baju tahun lepas kerana tempahan ditutup sebelum puasa lagi. 

Itu kisah tahun lepas, tahun ini cik en hampir hampir tak boleh pakai baju raya ini juga. 3 kedai cik en round di Manjung ini, Kebanyakkannya CLOSED! Bukan kedai yang tutup, tapi dah tutup tempahan buat baju raya sebab dah penuh. Nasiblah ada satu kedai akak kedai jahit Fesyen "N" masih menerima tempahan tapi dengan sayarat Baju Kurung Biasa atau Baju Kurung Moden sahaja. No fesyen fesyen! Alhamdullilah sangat sangat. Dan bila difikirkan balik, bagus untuk suri rumah tangga yang ada masa lapang untuk belajar menjahit. Boleh buat side income untuk dapatkan duit lebih masa Hari Raya nanti. Tak payah belajar buat baju fesyen fesyen ini, buat baju kurung biasa dan baju kurung moden pun dah memadai. Memang masyuk .. Dan apa cik en nampak, baju kurung ini adalah satu satu baju yang tidak lapuk ditelan zaman. Setiap tahun, baju kurung adalah pilihan orang ramai. Sebabnya ianya mudah dan boleh dipakai selain daripada hari raya. 

Kalau ada masa nanti, cik en nak belajar menjahit lah. Hanya nak belajar menjahit baju kurung sahaja. Kalau rasa dah mahir, boleh belajar jahit manik dan tambah di atas baju kurung itu. Kos baru RM20 boleh jual sampai RM100. hahaha.. banyak untung tu... tapi persoalannya, bila la cik en nak belajar kan.. krik krik krik..

4 comments:

Fieza Sani said... [Reply]

Haha..niat nk belajar tu dh ada..cuma bila nak belajar tu, yang krik krik krik..haha

Puan Wawa said... [Reply]

laris betul tukang jahit sekarang. sebulan nak puasa pun dah penuh.. baju wawa tak tahu nak hantar mana dah.. hehe

Lea Azleeya said... [Reply]

Kat tempat lea pown sama jugak.. Kebanyakannya dah tutup tempahan...

Nur aFiQaH said... [Reply]

Fiqa biasa beli siap je..mmg x sempat nak cari tukang jahit..huhu

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads