Tempahan Baju Raya Tutup!


Tempahan Baju Raya Tutup!  | Lebih kurang 3 minggu lagi, umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan sebulan lepas itu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kain diatas adalah kain yang cik en beli dari tahun lepas lagi tapi disebabkan tempahan baju raya ini memang jadi tumpuan setiap kali perayaan, buatkan cik en batalkan hasrat untuk buat baju tahun lepas kerana tempahan ditutup sebelum puasa lagi. 

Itu kisah tahun lepas, tahun ini cik en hampir hampir tak boleh pakai baju raya ini juga. 3 kedai cik en round di Manjung ini, Kebanyakkannya CLOSED! Bukan kedai yang tutup, tapi dah tutup tempahan buat baju raya sebab dah penuh. Nasiblah ada satu kedai akak kedai jahit Fesyen "N" masih menerima tempahan tapi dengan sayarat Baju Kurung Biasa atau Baju Kurung Moden sahaja. No fesyen fesyen! Alhamdullilah sangat sangat. Dan bila difikirkan balik, bagus untuk suri rumah tangga yang ada masa lapang untuk belajar menjahit. Boleh buat side income untuk dapatkan duit lebih masa Hari Raya nanti. Tak payah belajar buat baju fesyen fesyen ini, buat baju kurung biasa dan baju kurung moden pun dah memadai. Memang masyuk .. Dan apa cik en nampak, baju kurung ini adalah satu satu baju yang tidak lapuk ditelan zaman. Setiap tahun, baju kurung adalah pilihan orang ramai. Sebabnya ianya mudah dan boleh dipakai selain daripada hari raya. 

Kalau ada masa nanti, cik en nak belajar menjahit lah. Hanya nak belajar menjahit baju kurung sahaja. Kalau rasa dah mahir, boleh belajar jahit manik dan tambah di atas baju kurung itu. Kos baru RM20 boleh jual sampai RM100. hahaha.. banyak untung tu... tapi persoalannya, bila la cik en nak belajar kan.. krik krik krik..

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Haha..niat nk belajar tu dh ada..cuma bila nak belajar tu, yang krik krik krik..haha

    ReplyDelete
  2. laris betul tukang jahit sekarang. sebulan nak puasa pun dah penuh.. baju wawa tak tahu nak hantar mana dah.. hehe

    ReplyDelete
  3. Kat tempat lea pown sama jugak.. Kebanyakannya dah tutup tempahan...

    ReplyDelete
  4. Fiqa biasa beli siap je..mmg x sempat nak cari tukang jahit..huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post