www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2013-12-31

Lirik dan Video lagu Rindukanlah - Encik Mimpi OST Playboy Itu Suami Aku





Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..





Photobucket

2013-12-25

Senarai Peserta Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary


Senarai peserta peserta yang join 

Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary



  1. Yun Sing 
  2. Ifeerafeera 
  3. Karimah Zulkafali 
  4. MiMi 
  5. Mastura Aziz
  6. Yumida
  7. Wanie Seuk
  8. Mohd Noor Shawal Bin Mohamad
  9. Misya 
  10. Cik Tieka
  11. Ezalya
  12. Damia - link diberi salah tapi cik en belek2 dan jumpa entry yg sebenarnya.. sila check komen yg damia link pada cik en .. memang xde apa apa entry

Photobucket

2013-12-17

Muka sama itu tanda ada JODOH?


Assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ini cik en ditugaskan menjaga klinik kesayangan jadi masa untuk berblog masih ada sementara menunggu pelanggan yang akan menghantar anak bulus mereka membuat rawatan
JODOH 


merupakan topik yang akan dapat ranking tinggi 
kali ini cik en pun nak gak mendapat ranking tinggi dan cik en cedok sikit artikel dari mingguan wanita mengenai JODOH ini
Seperti yang kita biasa dengar, 
"eh muka korang sama la, ada jodoh ni"
"muka pasangan pengantin ini seiras iras la, mesti kekal ke akhir nyawa"
dan macam macam ayat yang seakan begitu
Bila terpandang tajuk artikel ini di majalh wanita, cik en pun inginkan kepastian
benarkah muka sama petanda jodoh yang panjang?
Tiada lagi kajian yang mengatakan begitu dan dalam Islam sendiri tidak pula dinyatakan hal sebegini( dari pembacaan cik en selama 26 tahun ni)
tapi ada penyebab muka pasangan ini akan cenderung menyerupai wajah pasangan
ini kerana bila pasangan ini selalu bersama, segala suka, duka, marah, kecewa akan dikongsi bersama
oleh itu segala urat urat yang terhasil dari perbuatan senyum, gelak, menangis, tekanan bersama sama
oleh kerana itu muka pasangan akan menjadi seiras
Selain itu, segala perbuatan/perilaku pasangan akan menjadi ikutan yang automatik kepada pasangan satu lagi.
untuk lebih senang faham, cik en akan bagi situasi

Sepasang suami isteri bernama Qaseh dan Miqhail baru melangsungkan perkahwinan
Permulaan kehidupan baru pelbagai suka, duka, jatuh dan bangun dan mereka sentiasa bersama,
seorang menangis, dan seorang lagi pun menangis
seorang ketawa, dan seorang lagi pun ketawa
seorang marah, dan seorang lagi akan merasa perasaan itu
oleh kerana itu, urat wajah mereka akan bekerja bersama sama. so x mustahil muka mereka akan jadi serupa

Selain itu, wanita atau lelaki lebih cenderung / selesa dengan psangan yang mempunyai minat yang sama.
tapi ada juga, perbezaan membuat mereka lebih bahagia.

p/s : So lepas ni gelak, menangis, marah, kecewa sama sama dengan pasangan yaaaa :)
Photobucket

2013-12-16

POLIGAMI ITU INDAH

salam semua
lama gak cik en tidak meng"update"
macam macam benda yang berlaku cuma kesempatan yang tiada
cik en akan update mana yang mejadi topik hangat
kali ini cik en nak share 1 kisah mengenai POLIGAMI
sebut sahaja poligami pelbagai reaksi kaum hawa dan kaum adam
ada yang bangkang dan ada yang seronok bercerita dan ada yang jenis atas pagar
kali ini kisah yang korang rasa jarang sangat berlaku
cik en tidak akan menggunakan nama sebenar
bukan kerana ia perkahwinan yang senyap senyap tapi untuk tidak terlalu open sangat


Kak A dan Abg Man dah bercinta dari sekolah dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Cik en kenal Kak A sejak tahun 2008 semasa latihan industri
Kak A pada awalnya tiada keistimewaan, hanyalah seorang kakitangan kerajaan yang biasa.
Beliau kemudian mempelajari ilmu mekap dan akhirnya menjadi jurumekap pengantin.
Semakin lama permintaan semakin tinggi dan akhirnya Kak A dan Abg M bergabung untuk membuat pelamin, buaian berendoi, dan sebagainya.. 
Mereka dari keluarga yang sederhana telah menambah pendapatan yang boleh dibanggakan
Sampai la suatu hari cik en dikejutkan status FB dari kak A yang mengatakan tahniah kepada Abg Man dan seorang sedara cik en Kak T 
Dengan keadaan terkejut cik en merisik risik dan ternyata Kak T dan Abg M akan bernikah?
memang susah untuk percaya Kak A sendiri yang pergi ke rumah Kak T untuk merisik
WOW! bukan senang seorang wanita tuk meminangkan seorang wanita untuk husben dia.
Teki teki berakhir pada
11.12.13
Kak T dan Abg M bernikah
pic dikeluarkan di acc FB kak A 2 hari selepas akad nikah
dan pelbagai komen dikeluarkan
Cik en say tahniah dan berharap dapat menjalani kehidupan ber3 dengan baik
so dari cerita ini apa komen yang korang rasa nak taip untuk ke3 watak dalam cerita ini?


Poligami satu perkataan yang sangat dibenci oleh wanita.
tapi dalam cerita Kak A dan Kak T ni mereka bermadu dalam keadaan yang bahagia
begitu juga kisah Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah dan sekarang mereka semakin bahagia
Untuk menolak Poligami tidak boleh tapi untuk kes Poligami ini pelbagai pihak mempunyai peranan.

1. Suami - perlu berlaku adil dari segala aspek. kewangan batin, perhatian, kasih sayang, hati,  dan semuanya
2. Isteri- isteri- Kawal emosi, bawa berbincang, Kawal rasa cemburu, dekatkan diri dengan Allah, Ingatkan suami tentang pantang larang Poligami, dan bersedia bahagi kasih sayang dan paling penting dengar cakap suami(selagi tidak ada pencanggahan)
3. Anak(yang paling penting kerana anak memainkan peranan mendamaikan - Kawal emosi jangan jadi batu api, Jangan pulaukan bapa, Jangan terbit rasa benci dan tegur secara baik jika ada berlaku ketidakadilan
4. Ibu Bapa/ Mentua - Memainkan peranan mejadi orang tengah. Jangan menyebelahi sesiapa
5. Masyarakat - Jangan jadi batu api dan beri nasihat yang terbaik untuk kedua kedua pihak. Setiap perkahwinan adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah

Yang paling penting Suami harus kuat dan harus melihat diri sendiri, Mampu atau Tidak. Kalau mampu POLIGAMI lah dan jaga lah hati isteri isteri anda
Jika Tidak, batal je niat nak mengatal.. :)

POLIGAMI itu INDAH jika masing masing tahu peranan disamping mendekatkan diri dengan ALLAH

Photobucket

2013-12-02

KEBAIKAN MEROKOK





Salam semua sahabat cik en
kali ini cik en nak share KEBAIKAN MEROKOK
uiks cik en ni.. macam mana boleh ada kebaikan merokok
merokok dah terang terang membawa keburukan
entry ini ck en ambik dari sumber majalah AL-ISLAM
sesiapa yang rajin membeli majalah ini keluaran DIsember 2013 akan terbaca artikel ini

Berikut adalah beberapa kajian dibuat tentang rokok

1. Perokok kurang menghadapi risiko pembekuan pembuluh darah 
2. Perokok kurang mendapat tekanan darah tinggi dan pendarahan selepas bersalin
3. Sel darah merah yang diambil dari perokok mengandungi banyak glutation dan katalase dan boleh melindungi sel endothelial paru paru menentang metabolisme 02(dioksida) jauh lebih baik dari sel darah merah bukan perokok
4. Merokok mengurangkan sakit mental
5. Melindungi dari serangan Parkindon dan Alzheimer

Photobucket

2013-11-20

Kucing Jahat


rafeah simpan aka peah

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua
hari in hari ke3 cik en update berturut2
sebab cik en 3 hari ini kena menjadi "doktor"
disebabkan staf yang menjaga klinik mengambil cuti cik en takeover kerja dia sementara
dan semasa pelanggan klinik membuat pembayaran dan pendaftaran kucing dia yang telah diberi rawatan, makcik ini kata dia ada terbaca kucing penyebab kita (perempuan) susah mengandung.
yekew?
disebabkan cik en pencinta kucing cik en search google selepas makcik tu selesai pembayaran 
dan ini antara hasil cik en dapat

2013-11-19

Kantoi Sudah

salam semua
FB nampaknya semakin up to date
sebelum ini kita tahu orang tu online
sekarang (baru je perasan) siap dia mentionkan pakai web atau mobile..
x caya.. nak nengok bawah ni


so tiada boleh lagi mau bukak pakai web atau mobile..
untuk yang bekerja kantoi la.. ahhahahahah
bos nampak.
sebelum ni goreng pakai mobile.. 
sedangkan online web sbb nk men candy crush... 

p/s : kantoi sudah...

Photobucket

Veterinar - Rawatan Tradisonal Bagi Ternakan / Haiwan Kesayangan (LUKA)


assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua
lama cik en tak kongsi tips veterinar kan?
sebelum ni banyak gak cik en beri tips..
korang boleh rujuk link bawah ni

Veterinar - Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Termakan Racun


kali ini cik en nak share tips untuk haiwan yang terluka ya


antara yang boleh digunakan untuk rawatan ini seperti berikut

2013-11-14

Pakai Tudung Pun Masih Dapat Dosa


salam
dah lama cik en nak kuarkan entry ini yang mana telah ditanya oleh seorang pengomen tanpa nama di entry 
Cantik Terhormat VS Cantik Tontonan
si tanpa nama meminta cik en 

Mohon share tentang pemakaian tudung yang betul mengikut garis panduan Islam

cik en perlulah merujuk kepada fact dan info info yang sebenar untuk menyediakan entry ini
jikalau ada yang nak tokok tambah atau membetulkan sebarang ayat dalam entry in silalah komen
sebab cik en lebih berminat berinteraksi antara yang lain, sebab setiap orang ada ilmu tersendiri yang dibacanya atau diketahui nya
sebelum itu jom saksikan kartun ini yang cik en ambik dari sumber ini dan pure original di sini

2013-11-13

Program Kesihatan BABI


salam semua
 kat sin icik en nak menjawab pertanyaan seorang pengomen Nur A.Z
yang bertanyakan 

masuk ladang khinzir?? buat apa utk program keshtn tu? 

mungkin ada antara yang masih belum mengenali cik en lebih rapat
cik en merupakan seorang pembantu veterinar yang bekerja di Pejabat Perkhidmatan Veterinar di salah satu daerah di negeri Perak
dan cik en ditempatkan di bawah Unit Kesihatan atau khususnya di bahagian UKTG (Unit Kesihatan Ternakan Gerompok)
Untuk ringkasan team UKTG ini akan membuat pelbagai program kesihatan seperti "bleeding", vaksin, kawalan penyakit, nasihat untuk peternak peternak yang mempunyai ternakan seperti kambing, lembu, bebiri kerbau,ayam, itik, dan juga BABI (Khinzir)
Jangan anggap bila sebut perkataan BABI itu ialah mencarut sebab di pejabat veterinar perkataan itu adalah rutin sebab setiap hari akan ada kaitan dengan khinzir
seperti permit , lesen dan sebagainya
dan program kesihatan pulak merangkumi pengambilan sampel darah (bleeding) dan swap (pengambilan sampel di hidung)
Sampel sampel ini akan dihantar ke makmal untuk saringan penyakit 
Penyakit yang selalu di ujikaji untuk khinzir adalah 
NIPAH dan JE
JIka tiada kajian kemungkinan penyakit akan cepat merebak di kalangan khinzir dan akan membahayakan manusia
dan ini untuk lebih lanjut
dan saat in mungkin akan bertanya macam mana dengan pakaian bila masuk kek ladang khinzir ini?
ni la pakaiannya



ada macam angkasawan nak pergi ke bulan?
gambar yang lain tak boleh nak masuk sangat ti akan de spekulasi
so sampai disini entry mengenai kerja cik en dan menjawab pertanyaan Nur A.Z

p/s : salah satu kerja mencabar adalah veterinar .. :)

Photobucket

2013-11-12

Bitstrips - application yang tengah "hot" di fb

salam semua
ini cik en tengah duk syok guna application bistrips
benda ni agak baru dan cik en yakin ramai antara pengguna FB de join
cer ngaku cer ngaku
so far application ini merupakan comic yang diapplication untuk kita "show off" kepada friends kita apa perasaan kita
application ini bermula dengan customize watak kita
so terpulang kepada kita untuk mengdesignkan macam mana rupa kita dan menarik ada gak application bertudung. walaupun 1 ia agak menarik untuk diapplication kan 
tak la hanya tertumpu kepada "free hair"
so ini antara comic yang cik en sempat buat 



"cool " kan?
banyak lagi moments yang korang boleh gayakan..
kesluruhan badan pun boleh digerakkan tau!
try la kalau mana yang x try lagi
so ini untuk comic cik en hari ini


p/s : jom try jom



Photobucket

Rezeki Cik EN "Sponsor" untuk GA YUI


salam semua
lama gak cik en tak mengupdate blog ini
agak ke"bz"an dengan program kesihatan ternakan
masuk ladang kambing, lembu dan khinzir jugak
so petang yang redup redup ini cik en akan update mgenai cik en yang telah meng"sponsor" untuk GA seorang blogger dan menang dalam GA tu

Sebelum cik en cerita pasa sponsar dan menang cik en sebenarnya dah join dalam GA sis YUI



dan cik en tersenarai dalam



dan cik en menang ini



kebetulan pagi tadi masuk opis dah sampai dan....
taraaaaaa


sepasang chopstik dan keycain kepit kuku

settle pasal mengenai dapat hadiah dan yang ini apa yang cik en sponsar

dan sis Gee Azie
yang menang.. baru je cik en poskan tengah hari tadi
so sok sampai kot..
so cik en say tq dan happy sangat sebab menjayakan GA Yui ini..

p/s : chopstik ini nak buat deco atas meja opis


Photobucket

2013-10-21

GA Oktober 2013 Nurul Yui

GA akan berlangsung dari 
21/10/2013 jam 10.00 am hingga 24/10/2013 jam 10.00 am



sponsar


Page :  Blog azhafizah




Photobucket

2013-10-17

Veterinar - Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Termakan Racun



Assalamualaikum semua.. 
selepas entry rawatan demam cik en jarang upload untuk rawatan tradisonal untuk kes kes yang lain
Kes termakan racun ini kerap juga cik en terima di klinik cik en ni
dan pertanyaan pertama yang cik en akan tanya
Bila kena racun?
dan agak merumitkan keadaan bila owner pon memberi jawapan TAK PASTI
susah untuk cik en diagnosis tahap keracunan itu.
untuk sesiapa pemilik haiwan kesayangan yang agak susah mendapatkan rawatan di klinik veterinar seperti jauh atau klinik yang tutup(malam)
cubalah guna keadaan tradisional di bawah ini terlebih dahulu ye.
sebelum racun telah membakar seluruh organ dalaman haiwan kesayangan kita tu
tapi sebelum tu kita tengok tanda tanda fizikal yang dah terkena racun

Tanda- tanda

1. Air liur pekat meleleh tanpa henti
2. Berubah jadi pasif
3. Lemah
4.Mulut dan hidung berdarah
5.Kencing dan buang air besar berdarah

Rawatan

2013-10-11

Menjawab Pertanyaan Komen Cik En


Asslamaualaikum
semenjak cik en bz ni pelbagai komen komen yang cik en terima
cik en akan approved bila cik en kuarkan entry baru.. supaya cik en takkan hilang pembaca cik en..
ada komen yang bertanya itu dan ini.
cik en cropkan dan jawab di entry ini

Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid



jawapan : walaupun entry ini untuk menjawab dari pertanyaan mak/pak anon tapi cik en tergerak nak menjawab. untuk dapatkan tips ini adalah tips untuk 2 pihak.. pihak kita dan pihak yang monopoues
kita : lebih banykan bersabar dan sentiasa mengingati mereka apa yang mereka lakukan hanyalah kerana ikutkan emosi. jangan di marah dan ditinggalkan.. ia lebih membawa kesan buruk
orang menopause : perbanyakkan amalan agama, relekskan diri dan jangan mengikut emosi..

p/s : kalau de sesiapa nak menambah silakan

Menghalau Kenangan Silam Pasangan



Jawapan : kepada setty yang tiada link ni, akak tak boleh menjawab soalan adik itu, kerana akak bukan tahu apa yang ada dalam fikiran tunang adik. Apa apa pun, adik kena bersemuka dan bertanya dan memintanya menjawab dengan jujur.. Jika dia kata dia dah melupakan. Tutup this case dan jalankan kehidupan seperti biasa dan sentiasa membahagiakan dia.. Insyllah jika itu jodoh adik, tak kemana.. Cuma pesan akak, jangan terlalu syakwasangka sebab itu punca hubungan jadi dingin

p/s : Yang Lepas Adalah Pelajaran yang paling terbaik untuk kita.. Bak kata, Belajar dari kenangan

Veterinar - Rawatan Haiwan Kesayangan Yang Demam





Jawapan : yup.. ia adalah rawatan tradisional yang digunakan oleh orang orang kampung yang mempunyai ternakan lembu kerbau dan kambing. lagipun ia adalah bahan semulajadi..

p/s : alhamdullah terjawab pada yang bertanya.. maaf kerna lambat.. ke bz an yang sangat melampau2
Photobucket

2013-10-10

Peringatan Untuk Bakal Pengantin!!




Asslamualaikum 
apa khabar semua..
rajin pulak cik en mengupdate blog..
Alhamdullah diberi kesempatan untuk mengupdate. walaupun tak lama dapatlah kongsi satu info untuk bakal bakal pengantin. tidak kira lelaki atau perempuan.
Kisah ini diberitahu oleh rakan serumah cik en yang bakal berkahwin tak lama lagi
dan cik en pun reserach di Google untuk mengetahui secara fakta.. dan yup! cik en temui
Disini cik en menasihati yang mana bakal berkahwin dan pernah mempunyai ex ytang ramai sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan menebus kafarrah / melanggar sumpah.
kenapa cik en nasihati camtu, sebab masa kita dok bercinta awal awal dengan ex lama kita, pernah tak kita bersumpah dan berjanji apa -apa seperti kes adik yang upload video "saya janji dengan awak"

2013-10-09

Peah Kucing Cik EN Yang Berbaka Cacilo


Peah Kucing Cik EN Yang Berbaka Cacilo |lama sangat cik en biarkan blog cik en berhabuk habuk.. tau tau dah tukar design kan? dari biru laut kepada kekuningan emasalhamdullah. hampir 80 % siap di edit tapi entry ni bukan makeover cik en ni tapi cik en nak cerita ahli baru dalam kehidupan bujang cik en . alhamdullah, Allah nak bagi cik en pahala dengan membela seekor kucing comey yang cik en namakan PEAH nak tahu cammana rupe Rapeah Simpan aka Peah

omey tak Peah cik en ni berjantinakan betina amat cergas dan kuat makan dan untuk pengetahuan semua PEAH mempunyai 3 warna atau dipanggil CACILO atau kucing tortoiseshell untuk makluman semua yang tak tahu, kucing cacilo ni mempunyai nisbah jantina 1:10000.. bersamaan 1 jantan 10000 betina. cer korang tengok tengok kucing yang 3 warna ini, jantan atau betina.. kalau jantan tu korang jagalah dan ia bawak ong kepada kita tapi kalau de yang kucing jantan 3 warna ni hayatnya tak lama
ini antara info tentang cik en dapat di blog ini

Anda pasti pernah mendengar mengenai versi-versi supranatural tentang kucing jantan ‘belang 3? yang agak mustahil ditemui ini. Kepercayaan orang tua tentang kucing jantan belang 3 yang antara lain ialah:

1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.

Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.

Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.

so kepada sesiapa yang ada kucing jantan cacilo ni.. jagalah sebaik mungkin.. satu info dunia kucing yang kita dapat rini. terujanya kan..akhir kata, cik nak pesan, sayangilah haiwan haiwan ini walaupun ia hanya kucing jalanan atau "market" sebab cik en pernah dengar cerita masa akhirat ti, akan dibangkitkan 2 jenis haiwan iaitu unta dan kucing untuk membalas perbuatan kita kepada mereka.

kisah tu cik en akan kongsikan untuk entry yang mendatang

p/s : cik en sayang kucing cik en...

2013-08-01

Cik En dapat lesen baru versi baru 2013

salam semua
dah 2 minggu lesen mati barulah cik en perasaaan..
so rini cik en gi la merenew lesen dan cik en dah memiliki lesen versi 2013 ni..


sory la kabur.. kerana lapisan kad yang memantulkan cahaya..
so cik en antara pengguna terawal kad ni... :)

sape nak kad raya dri cik en klik sini



Photobucket

2013-07-19

2013-07-17

Apa Maksud Spying?


salam semua
merujuk kepada entry 
sesi spaying omey cik en


ramai jugak yang tak tahu apa itu SPAYING
mengikut translate english ke bahasa malaysia
spaying =peneuteran
atau bahasa lain KEMBIRI atau meng'KASI'kan haiwan betina
atau lebih jelas seperti berikut
Pembedahan membuang ovari dan uterus pada haiwan betina.
bagi haiwan jantan dinamakan CASTRATION
yang membawa maksud PENGASIAN

2013-07-16

study lain, kerja lain




Salam semua folower cik en
apa khabar?
sihat semua..
cik en lama mendiam sebab kemalasan cik en tiba tiba melanda...
so far terfikir satu isu yang cik en rasa merupakan isu yang selalu kita dengar?
isu
Study lain, Kerja lain
Sekarang lulusan diploma semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Pemilihan jurusan selapas SPM amat penting untuk menjaminkan pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan
yup.. cik en pun lulusan diploma
Diploma Kewangan dan Perbankan di Politeknik Premeir Ungku Omar Ipoh batch 2006 hingga 2009..
Selepas sahaja habis belajar, cik en cuba mencari rezeki dalam bidang perbankan.
dan kerja cik en dapat hanyalah consultant Unit Trust di CIMB Welth Advisor di Ipoh
Tak sampai 2 minggu.. cik en tak boleh teruskan kerjaya itu. hampir 3 bulan juga menganggur.
Selepas itu kerja kerani operasi di salah satu syarikat kuari. 
Tak juga kekal lama akhirnya tanam anggur  2 bulan sebelum apply Management Trainee (MT) di 7-Eleven di Taman Shatin Ipoh. Tak sampai 5 bulan, cik en dipanggil untuk lantikan Pembantu Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan sekarang berkhidmat di daerah Manjung Perak
Tengok tak kronologi kerja cik en?
yang mana ada kaitan dengan kos cik en masa di poli?
hanya satu sahaja kan? 
 tak ada rezeki dan akhirnya cik en disini sebagai kakitangan awam dalam bidang yang bukan dari level diploma cik en dan cik en lebih berjaya di level SPM dari diploma sendiri
Tapi dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh memilih kerjaya.
kalau kita memilih dan hanya nak kerja dengan level kita yang tertinggi alamat memang tanam anggur berguni guni la
Pendapat peribadi cik en senarai dibawah ada lah satu kos yang menjaminkan masa depan kita


  • Diploma Kejururawatan (Kerajaan-apply SPA)
  • Penguruan (maktab atau UPSI)
  • Institut yang khusus untuk sebuah jabatan (institut yang diiktiraf dan kerajaan). Cth : sijil veterinar di IVM Kluang dll
  • Kolej yang menawarkan terus pekerjaan selepas tamat pelajaran
  • Kos kemahiran (elektrik, aircorn, automotif)
ini antara yang cik en rasa bidang yang boleh membawa harapan yang cerah untuk kerjaya..
macam mana pendapat yg lain?

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads