Peah Kucing Cik EN Yang Berbaka Cacilo |lama sangat cik en biarkan blog cik en berhabuk habuk.. tau tau dah tukar design kan? dari biru laut kepada kekuningan emasalhamdullah. hampir 80 % siap di edit tapi entry ni bukan makeover cik en ni tapi cik en nak cerita ahli baru dalam kehidupan bujang cik en . alhamdullah, Allah nak bagi cik en pahala dengan membela seekor kucing comey yang cik en namakan PEAH nak tahu cammana rupe Rapeah Simpan aka Peah
omey tak Peah cik en ni berjantinakan betina amat cergas dan kuat makan dan untuk pengetahuan semua PEAH mempunyai 3 warna atau dipanggil CACILO atau kucing tortoiseshell untuk makluman semua yang tak tahu, kucing cacilo ni mempunyai nisbah jantina 1:10000.. bersamaan 1 jantan 10000 betina. cer korang tengok tengok kucing yang 3 warna ini, jantan atau betina.. kalau jantan tu korang jagalah dan ia bawak ong kepada kita tapi kalau de yang kucing jantan 3 warna ni hayatnya tak lama
ini antara info tentang cik en dapat di blog ini
Anda pasti pernah mendengar mengenai versi-versi supranatural tentang kucing jantan ‘belang 3? yang agak mustahil ditemui ini. Kepercayaan orang tua tentang kucing jantan belang 3 yang antara lain ialah:
1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.
2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.
Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.
Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.
so kepada sesiapa yang ada kucing jantan cacilo ni.. jagalah sebaik mungkin.. satu info dunia kucing yang kita dapat rini. terujanya kan..akhir kata, cik nak pesan, sayangilah haiwan haiwan ini walaupun ia hanya kucing jalanan atau "market" sebab cik en pernah dengar cerita masa akhirat ti, akan dibangkitkan 2 jenis haiwan iaitu unta dan kucing untuk membalas perbuatan kita kepada mereka.
kisah tu cik en akan kongsikan untuk entry yang mendatang
p/s : cik en sayang kucing cik en...
kalo jantan 3 color hayat dy xlama ea? tp kucing sy 1 color je, pn xlama hidup..huhu..
ReplyDeletesedih T.T
alooo cik en , dah lame tak dgr citer , eheheh , tibe2 dah laen je blog cik en nih , ehehehe ~
ReplyDeletebtw , memang menarik crita pasal kucing jantan 3 tompok dlu , CP pernah ade kucing tuh tapi tak sampai 2 hari kitten tuh kena gigit ngan kucing lain , tataw kucing mane yang gigit tapi mak CP cakap, ade kemungkinan jugak mak dye sendiri yang bunuh , ataupun kucing jantan lain , mak kate , kalaw kucing jantan 3 tompok nih hidup, dia akan jadi kucing yang paling kuat, ehehe ~
camtuh la .. jemputla ke blog CP , design masih design lame sebab tak pandai nak edit blog , ehehe ~
Hmmmm.. Nice wat design nie!
ReplyDeleteololo..comelnya peah..
ReplyDelete