Kucing Jahat


rafeah simpan aka peah

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua
hari in hari ke3 cik en update berturut2
sebab cik en 3 hari ini kena menjadi "doktor"
disebabkan staf yang menjaga klinik mengambil cuti cik en takeover kerja dia sementara
dan semasa pelanggan klinik membuat pembayaran dan pendaftaran kucing dia yang telah diberi rawatan, makcik ini kata dia ada terbaca kucing penyebab kita (perempuan) susah mengandung.
yekew?
disebabkan cik en pencinta kucing cik en search google selepas makcik tu selesai pembayaran 
dan ini antara hasil cik en dapat

pose terbaik ute

Kucing Dan Wanita Hamil

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:


* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.


Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.


dah membaca?
seawal cerita cik en tetap dengan pendirian cik en semua ini tidak betul
tapi bila diterangkan cik en mulai faham
jika sesiapa yang malas nak baca panjang panjang tulisan italic kat atas tu, cik en simpulkan skit

omey kesayangan cik en

" Poo (Tinja) kucing mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan janin,bayi atau kanak kanak terkena jangkitan. tapi tidak merbahaya untuk orang dewasa
untuk pencegahan amalkan amalan kebersihan seperti penggunaan dettol atau sabun selepas berurusan membuang poo kucing kita"

p/s : cik en akan tetap bela kucing walaupun pregnant t.. i LOVE kucing tau! :)
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau org yg dah biasa bela kucing, mesti susah tak bela kucing utk 9 bulan..yg penting jaga kebersihan je kan..uhuhu

    ReplyDelete
  2. lyeen terngin nk snetuh kucing..tp xtaw la..dr kecik smpi dha besar ni mmg alah dgn kucing..hahahaa

    ReplyDelete
  3. Bahaya juga ya kucing nie pd wanita yg mengandung,kak Nurul pun baru tahu....

    ReplyDelete
  4. saya pun suka sgt kucing.tapi hubby xbg bela.

    btw, saya baru mulakan blog, sudi2 la singgah and bg support sket ye.. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post