Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur

Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur | Sebut pasal rambut gugur, kebanyakan rakyat Malaysia malah seluruh dunia mesti pernah terjadi. Bezanya ada yang sedikit, ada yang banyak sampai rambut menipis dan botak. Tak payah cerita hal orang, cik en sendiri mengalami masalah rambut gugur bila dah masuk usia 30 an. Gatai pula pi warna rambut terus lagi banyak rambut gugur. Kalau syampu rambut, memang segumpal rambut kena kutip. Awal itu macam tak kisah sebab fikir "alah, rambut gugur sikit je pun" tapi lama lama naik risau juga. Sebab mula rasa rambut dah menipis. Mula la cik en google Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur


Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur

Sebelum kita pening memikirkan apa perlu dibuat untuk stop masalah rambut gugur ini, cik en lebih suka cari info apa jenis rambut gugur dan punca rambut gugur dahulu. Sebabnya cik en kena stopkan semua yang buat trigger pada rambut sebelum membuat sebarang rawatan atau pantang larang. Apa yang cik en nak kongsi dengan korang, hasil carian cik en ini harap dapat bantu korang tambah ilmu mengenalpasti masalah yang korang alami. 

Jenis Rambut Gugur



Ada 4 jenis keguguran rambut yang selalu berlaku kepada kita iaitu

  1. Telogen effluvium – rambut gugur banyak secara tiba-tiba selepas stres, demam, ubat atau perubahan hormon.
  2. Androgenetic alopecia – kebotakan berpola, biasanya faktor genetik dan hormon.
  3. Alopecia areata – sistem imun serang folikel rambut, menyebabkan tompok botak.
  4. Traction alopecia – disebabkan gaya rambut ketat seperti sanggul, tocang atau hijab terlalu ketat.

Punca Rambut Gugur

Dah tahu jenis keguguran rambut, cik en kena tahu dulu apa punca rambut cik en ini gugur. And surprise punca utama adalah tekanan dan keletihan kronik. Hidup zaman ini memang tekanan menjadi masalah terbesar. Cari duit, cari duit dan cari duit demi kelangsungan kehidupan yang penuh hutang dan hipster. Hahahha. Dan sebab tekanan la, ianya menganggu kitaran pertumbahan rambut. 

Selain itu masalah hormon seperti selepas bersalin, Polycystic Ovary Syndrome atau ramai kenali dengan nama PCOS atau tiroid yang tidak seimbang. Faktor pemakanan tidak seimbang pun menjadi punca sebabnya mengakibatkan kekurangan zat besi, zink, biotin, dan protein. Iyalah, sekarang semua teruja dengan makanan viral yang kebanyakkannya tidak seimbang dan tidak sihat. kadang kadang faktor sibuk mengehadkan kita untuk memasak dan hanya buat tempahan melalui FoodPanda atau Grab setiap hari. 

Ada juga disebakan kesan ubat atau rawatan seperti ubat darah tinggi, kemurungan, atau kemoterapi. Masalah kulit kepala pun menjadi faktor rambut gugur seperti kulit kepala berminyak, kelemumur, atau jangkitan kulat

Rawatan Rambut Gugur

Ada 2 rawatan yang korang boleh buat. Rawatan pertama korang boleh buat urutan kulit kepala setiap hari. Korang boleh ikut step urutan ini

  • Sediakan tangan dan produk
    • Pastikan kuku pendek supaya tak cakar kulit kepala.
    •   Boleh guna hair tonic, serum, atau minyak ringan (contohnya argan oil, rosemary oil, atau minyak zaitun).
    • Sapukan sedikit saja di hujung jari, bukan terus di kulit kepala.
  • Bahagikan rambut
    • Pisahkan rambut kepada beberapa bahagian (contohnya depan, tengah, belakang). 
    • Ini bantu produk kena terus ke kulit kepala, bukan tersangkut di rambut.
  • Gunakan hujung jari, bukan kuku
    • Letakkan hujung jari di kulit kepala.
    • Buat gerakan circular (pusingan kecil) perlahan-lahan.
    • Tekan lembut, jangan terlalu kuat sampai sakit.
  • Ikut urutan arah
    •   Dari depan ke belakang kepala.
    • Bantu aliran darah dari dahi ke tengkuk.
    • Dari sisi kiri ke kanan.
    • Ulang beberapa kali setiap bahagian selama 1–2 minit.
  • Tempoh urutan
    • 5–10 minit sudah cukup setiap kali.
    • Buat 3–4 kali seminggu.
    • Waktu terbaik lepas mandi atau sebelum tidur.
  • Tips tambahan
    • Kalau kulit kepala berminyak, pilih minyak ringan dan bilas selepas urutan.
    • Kalau kulit kepala kering, biar minyak semalaman dan cuci esok pagi.
    • Elak guna kuku atau alat urutan terlalu tajam, boleh rosakkan folikel rambut.
    • Gunakan syampu bebas SLS dan silikon
    • Pemakanan kaya protein (ikan, telur, kekacang) dan zat besi
    • Suplemen biotin atau zink

Cara kedua pula

Tak perlu pening kepala nak nilai jenis masalah rambut gugur korang, nak buat rawatan kulit kepala sendiri, korang boleh pergi ke Klinik Dr Bazilah, Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur dan mereka akan beri penerangan dari awal hingga akhir dan mereka akan diagnosis dulu masalah korang dengan lebih tepat berbanding kita buat perbandingan sendiri dengan info cik en diatas tadi. Mereka akan terangkan rawatan dan akan buatkan rawatan yang sesuai dengan masalah korang. Lebih mudah kan?




Klinik Estetik Dr Bazilah ini ada 3 cawangan dan kalau korang berminat korang boleh pergi yang berhampiran dengan korang.

Klinik Dr Bazilah, cawangan Bangi 

C 10 G, Plaza paragon point, Jalan medan pusat bandar 5, Seksyen 9,
Bandar baru bangi, 43650 Selangor.
03-89229681 / 011-15905931

Klinik Dr Bazilah cawangan Shah Alam 

R-02-01, Emira, Jalan akuatik A 13/64A, Seksyen 13, 
Shah Alam 40100 Selangor.
03-50357359

Klinik Dr Bazilah cawangan Kuala Lumpur

( Klinik Kulit / Estetik / Rambut / Jerawat / Jeragat )
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
013-8177005

Whatsapp pertanyaan dan temujanji: wa.me/60196571563

Facebook : @klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah
Tiktok : @klinikdrbazilah

Waktu Operasi 
Isnin hingga Jumaat
9 pagi hinga 6 petang  


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post