10 Pantang Larang Selepas Kucing Dimandulkan (Spay/Neuter)

10 Pantang Larang Selepas Kucing Dimandulkan (Spay/Neuter) | Hai korang, cik en kembali dengan tips dan rawatan kucing walaupun cik en pernah kongsikan topik ini dulu tapi kerana kisah sedih dan cik en tak nak blamekan sesiapa walaupun owner dan mungkin dia pun tak sangka hanya kerana mandul, kucing dia mati. Cik en berhempas pulas untuk bantu tapi ajal ketentuan Allah. Walaupun hanya kucing, tapi mereka bernyawa dan tak salah cik en anggap kucing, anjing dan haiwan kesayangan atau peliharaan dah dianggap seperti keluarga. 



10 Pantang Larang Selepas Kucing Dimandulkan (Spay/Neuter)

Short story kisah ini, kucing muda dalam lingkungan 10 bulan hantar mandul, owner tak proper ikut guide penjagaan kucing selepas mandul. Dibiarkan lepas dan kucing muda ini masih suka main main dan berlaku koyakan semula atau sebenarnya luka pun belum bercantum lagi jadi jahitan putus. Oleh kerana itu, organ dalam terkeluar melebihi maybe 12 jam tanpa dibalut jadi berlaku infection. Walaupun berjaya masukkan semula tapi 6 jam selepas itu, kucing sawan dan mati. So disebabkan kisah itu, cik en nak kongsi 10 Pantang Larang Selepas Kucing Dimandulkan (Spay/Neuter)

Ramai pemilik kucing fikir selepas pembedahan spay/neuter, kucing boleh terus dilepaskan macam biasa. Sebenarnya tidak! Kesilapan kecil boleh membawa maut – termasuk luka terbuka sampai organ dalaman terkeluar. 😢

Berikut adalah 10 pantang larang selepas kucing dimandulkan yang wajib semua owner tahu:

1. Jangan biar kucing keluar rumah

Kucing mesti dikurung dalam sangkar atau bilik yang kecil sekurang-kurangnya 7–10 hari. Kalau  yang dilepaskan awal, risiko luka terbuka sangat tinggi sebab kucing suka melompat & berguling.

2. Jangan bagi kucing jilat luka

Pastikan kucing pakai Elizabeth collar (cone). Menjilat boleh menyebabkan luka terbuka dan jangkitan.

3. Jangan mandikan kucing

Luka masih basah dan belum sembuh sepenuhnya. Mandikan hanya selepas 2 minggu bila vet sahkan luka dah okey.

4. Jangan biar kucing melompat tinggi

Sediakan sangkar atau bilik kecil. Elakkan sofa, katil tinggi, atau tempat panjat yang boleh regangkan perut.

5. Jangan tangguh rawatan luka

Kalau nampak luka berdarah, bernanah, bengkak, atau terbuka – terus bawa ke vet, jangan tunggu.

6. Jangan ubat sendiri tanpa panduan vet

Elakkan sapu minyak, ubat manusia, atau antibiotik sesuka hati. Ini boleh merosakkan luka dan bahaya untuk kucing.

7. Jangan bagi makanan berlebihan

Selepas surgery, kucing perlukan masa untuk pulih. Bagi makanan dalam kuantiti sederhana & air yang cukup.

8. Jangan abaikan ubat vet

Kalau vet beri antibiotik & ubat tahan sakit, habiskan ikut jadual. Jangan skip. Cara beri makan ubat pada kucing 

9. Jangan anggap kucing nampak sihat maksudnya dah sembuh

Luka luar mungkin nampak elok, tapi dalaman perlukan masa lebih lama untuk sembuh. Teruskan confinement sehingga tamat tempoh.

10. Jangan ambil mudah

Spay/neuter adalah pembedahan besar. Kecuaian owner boleh mengorbankan nyawa kucing.

Selepas dimandulkan, kucing perlukan rehat, confinement, dan penjagaan rapi selama sekurang kurangnya 10–14 hari. Sayangi kucing korang dengan mematuhi arahan vet – jangan sampai kecuaian kecil meragut nyawa. 

Jangan lupa pula untuk baca yang ini --- > Kenapa perlu puasa sebelum hantar kucing untuk dimandulkan 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post