Buffet Ramadan 2022 The Haven Ipoh

Buffet Ramadan 2022 The Haven Ipoh | Minggu lepas cik en berpeluang mencuba buffet preview Ramadan di The Haven Ipoh. Tahun ini tahun kedua cik en hadiri preview ini. Apa yang cik en bayangkan apabila The Haven masih mengekalkan tema "Nostalgia Balik Kampung" adalah Sup gear box dan Masak Lemak Itik Salai. Kegemaran cik en apabila berbuka puasa di sini pada tahun lepas. selain itu terdapat lebih 50 juadah untuk berbuka puasa bermula 4 sehingga 29 April 2022.



Menu Buffet Ramadan 2022 The Haven Ipoh


Seperti tahun lepas, The haven mengetengahkan hidangan masakan ala kampung yang mungkin ramai merindui berbuka bersama keluarga di kampung halangan. Untuk tahun ini, antara menu yang boeh menaikkan nafsu berbuka korang seperti Gulai Ikan Masin, Nangka Muda Masak Lemak, Kari Kepala Ikan Bendi, Kambing Peratal, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Sotong Tumis Saleri, Udang Sambal Petai, Nasi Hujan Panas, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi yang diketuai oleh Eksekutif Chef Shamsul.









Menu bufet Ramadan ini korang boleh cuba stiap hari kerana menu akan berubah pada setiap hari selain menampilkan lima gerai juadah iaitu Gerai Makanan Arab, Gerai Bakar, Gerai Sup, Gerai Mi dan Gerai Gorengan. Turut juga disajikan lebih daripada 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pemanis mulut.

Makanan di The Haven Bebas Bahan Perasa dan MSG


Sesiapa yang pernah mencuba makanan di sini, mesti tahu yang The Haven, penyediaan setiap sajian amat dititikberatkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat tanpa penggunaan bahan penambah perasa atau MSG. Kalau tak ada perisa tambahan sedap ke cik en? Jangan tak tahu, tanpa semua irtu, makanan di The Haven sangat sedap. Cik en dah repeat beberapa kali makan. 

Menikmati Permandangan Bukit Batu Kapur 


Selain daripada berbuka puasa di resort mewah dan terkenal di Ipoh serta makanan yang ummmppph sedap, korang boleh juga menikmati pemandangan tasik semula jadi yang dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan. Anda juga boleh menikmati keindahan bukit batu kapur berusia 280 juta tahun yang merupakan simbol kemegahan The Haven. Bukit batu kapur ini seusia haiwan dinasour lagi tau!

Solat Terawih Disediakan 


Jika ada yang takut terlepas Solat Terawih, jangan risau, setiap tahun The Haven akan menjemput Imam untuk menjalankan ibadah terawih di The Haven. Selepas terawih boleh sambung makan balik. Jadi sangat berbaloi kan?

Pakej Istimewa Untuk Menginap Sepanjang Bulan Ramadan 2022


Sesiapa yang berminat untuk menginap di The Haven di bulan Ramadan 2022 ini, korang boleh menikmati Pakej Penginapan dan Makan Malam untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang apabila anda menginap di The Haven. Korang boleh rujuk pengalaman cik en menginap di sini di The Haven All Suite Ipoh atau boleh tonton di Youtube The Haven Ipoh




Korang boleh buat tempahan secara terus dengan pihak The Haven dan nikmati penjimatan bufet Ramadan dan makan malam sebanyak 50%. Sahur dan solat sunat Tarawih turut disediakan khas untuk anda dan ahli keluarga anda.

Harga Buffet Ramadan 2022 The Haven Ipoh 



Harga Buffet Ramadan 2022 The Haven Ipoh 


Dewasa 
RM105++ (RM121.80 bersih) - RM85++(RM98.60 bersih)  (tempahan awal)
Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun dan warga emas
RM85++ (RM98.60 bersih) -  RM70++ (RM81.20 bersih) (tempahan awal)
Kanak-kanak bawah 6 tahun
Percuma, tertakluk kepada dua orang kanak-kanak ditemani oleh dua orang individu dewasa.



Untuk tempahan bufet Ramadan, sila hubungi 05-540 0010 manakala sebarang pertanyaan dan tempahan bagi Pakej Penginapan dan Makan Malam, anda boleh hubungi di talian 05-540 0000 / 05-540 0005 atau layari laman web www.thehavenresorts.com/offers.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sedap nampak mak cik en makan Gear Box...nyum nyummmmm

    ReplyDelete
Previous Post Next Post