Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid

Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid | Kembali lagi dientry baru, jika dulu seminggu sekali pun cik en tak leh nak mantain update blog tapi sepanjang tempoh "pantang" ini cik en rasanya akan kerap update disini berbanding social media yang lain mengenai perkembangan dan kongsi info cik en. Sebab di sini, cik en bebas berkarya, tulis panjang panjang, letak info dan semuanyalah. Lebih rasa bebas disini walaupun ramai dah mula lupa blogger. Hahahhah. Jauh pula cik en bersembang ini, jom cik en nak kongsi sedikit rawatan alternatif yang cik en pernah ambil sebelum buat pembedahan mymectomy fibroid 


Rawatan Alternatif Untuk Buang Fibroid



Pembedahan Batin Antara Alternatif Untuk Buang Fibroid

Sebelum itu cik en nak beritahu, cik en bukanlah anti hospital tapi cik en mencuba untuk mencari alternatif tanpa perlu pembedahan. sebabnya pembedahan fibroid ini dalam major surgery yang ada risiko sendiri. Dan jika berlaku berlaku komplikasi, akan jadi lebih teruk dan rahim akan dibuang. Sebab itulah cik en cuba beberapa rawatan alternatif atau rawatan tanpa pembedahan bermula tahun 2020 lagi. 


  • Ubatan Ubatan 


Dari segi ubatan hospital, cik en menerima ubat jenis Tranexamic Acid 250mg (kurangkan pendarahan), Mefanamic Acid 250mg (tahan sakit/radangan) dan Supplement iron (tambah darah). Ianya membantu diawal pengambilan selepas itu, tetap heavy period. 


Kos percuma sebab cik en guna GL


  • Jamu

Cik en mencuba juga jamu tapi jamu yang cik en yang cik en yakin iaitu Kurma Dhuha Bonda Rozita. Ianya membantu dari segi tenaga dan buat badan lebih ringan. Cik en mula rasa baik tapi period mula heavy semula selepas beberapa bulan. Jadi, jamu tidak sesuai untuk cik en tapi dapat membantu cik en jadi lebih tenaga dan berpeluh (sejenis malas bersenam kan).

Kos beli Kurma Dhuha di Shoppe RM100

  • Hemopati


Cik en cari info mengenai Hemopati dalam seminggu sebelum belinya melalui shoppe. Cik en mana tahu, tempat jual hemopati ini di kawasan cik en jadi lebih mudah search di Shoppe dan order. Cik en order dari Homeopathy Yahya yang based di Terengganu atau dilabel tulis MYHC (Hemeopathic Herb's 2U) . Cik en beli 2 jenis ubat iaitu jenis pil dan drop. Tapi... hanya amalkan tak sampai seminggu sebab cik en selalu lupa nak ambil. Ubat yang sekali sehari pun cik en kerap lupa inikan 3 kali sehari. Tak ada kesan mungkin sebab tak istiqomah amalkan. 


Kos ini RM55 cik en beli di Fibroid Hemopatu


  • Minuman Akar Kayu /Herba

Minuman ini cik en dibawa oleh keluarga dan diberi air akar kayu tapi kesannya sangat panas bagi cik en. Period lagi teruk dan cik en sampai tahap, mandi ditengah malam. Seminggu cuba, keadaan nampak lagi parah, cik en stop air itu. Air akar kayu asli memang baik tapi kes cik en tak sesuai. Masa ini baru ramai tahu keadaan sebenar cik en yang tumpah darah macam air terjun.

Kos seikhlas hati tapi mak cik en bagi RM50 

  • Pembedahan Batin

Cik en pernah menerima rawatan pembedahan batin dan ianya juga tidak berjaya. Sebab cik en memang sakit hospital. Bukan sakit mistik walaupun awalnya adalah mistik. Macamana nak tahu, cik en pernah cuba pegang bahagian bonjolan (fibroid), ianya seperti ada degupan jantung dan rasa panas. Cik en pernah baca Yassin semasa period dan boleh rasa gerakan di benjolan tersebut. Allahualam tapi cik en menceritakan perkara sebenar yang terjadi. 


Pembedahan batin ini cik en rasa ianya hanya buang mistik sahaja. Sebab kawan arwah abah pernah beritahu, jika ada gangguan, perlu diubat awal. Jika lama, akan jadi sakit hospital (maksudnya sakit seperti fibroid sedangkan awalnya ianya adalah gangguan). Cik en buat pembedahan batin di Beruas dengan kos RM 50. Cik en menurut sahaja cadangan keluarga.


Tapi ianya salah disisi agama ye. Cik en baru jumpa artikel dari Mufti -https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1363-al-kafi-391-bedah-batin-kaedah-perubatan-yang-diragui


  • Penggunaan Lucrin Sebelum Pembedahan

Selepas cik en buat keputusan untuk pembedahan, cik en perlu ambil Lucrin untuk membantu mengecutkan sebanyak mana fibroid untuk memudahkan pembedahan disamping mengurangkan risiko bleeding. Ubat ini cik en ada story di Tak Lama Lagi Nak Pembedahan . Tapi cik en rasa tak banyak result sebab masa pembedahan, memang tak nampak fibroid lain selain yang satu tu. Saiz pula semakin besar atau mungkin tak berubah kot. Sebabkan itu, torehan pisau besar. Nasib doktor pandai jahit. Tak nampak pun macam ada kesan luka lagi. 


Kos satu RM 1.3K (tertengok data farmasi kat komputer doktor). 2 kali injection so RM 2.6K. Tapi guna GL so percuma lah. 


Inilah alternatif yang cik en dah ambil. Pengalaman sendiri tapi bagus la untuk cik en mengenali penyakit ini dari sisi scam dan benarrrr.. hahahha. Korang boleh kaji semua alternatif ini tapi better back to hospital. Jaga pemakanan, jaga stress dan kesihatan. Itulah point untuk mengelak dapat sakit ini dan sembuh dari sakit ini berpanjangan. 

Happy life dari good healthy and mind. Okey, jumpa next entru tapi masih tak ada idea lagi. Stay tuned je la.. hihihi

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post