1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) | Ini antara moment yang cik en nak save dalam blog kesayangan cik en. Kalau mana yang baru dengan blog ini, cik en pernah story yang cik en meminang Honda RS150R di entri Honda RS150R Pilihan Hati Cik En. 2 minggu selepas itu, cik en masuk RS150r Manjung Club (RSMC) sebabnya cik en memang tak pernah tahu apa apa info pasal motosikal jenis clutch ini. So cik en join untuk menambah pengetahuan yang memang zero. And 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) adalah event Grand Opening Kin Wah Silibin Ipoh Perak 23 September 2018 lepas.
Kali ini cik en pergi event bukan untuk cover event sebagai blogger tapi sebagai rider jemputan. Beza okey, kalau dipanggil untuk cover event sebagai blogger, tangan dan kaki korang memang penat untuk dapatkan angle terbaik untuk gambar. Kamera dan smartphone dalam tangan untuk rakam setiap inci event termasuk skrip mc event. Sebabkan event sebgai rider jemputan rasa bahagia sangat sebab cik en ada free time untuk enjoy dengan rider dan diri sendiri. Tak ada due date untuk publish entri dan entri ini dibuat secara santai santai. Hahahhaha.. Dah la, jom berbalik kepada tajuk entri kali ini na..
1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC)
Ini 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) dan sebelum ini bertegur sapa dengan ahli lain dalam group whatssap je. Kali ini cik en dapat jumpa dalam 15 orang ke 20 orang ahli RSMC ini. Dan 1st juga cik en belajar cara menunggang motosikal ala konvoi. Kami sampai di Kin Wah Silibin Ipoh around pukul 10 rasanya. Cik en sendiri tak tengok jam macam selalu. Disebabkan kami berpecah di tengah jalan disebabkan traffic light, so kami menunggu yang lain sampai baru masuk event.
Ramai komen gambar atas ini pipi pau. Hahahha. Helmet ini memang buat pipi cik en jadi pau la.. Hahaha. Hakikatnya cik en tak la bulat sangat macam gambar itu. Hhahaha
Event ini memang dihadiri geng Honda RS150r saja. Sebab itu korang nampak gambar di atas ini semua motosikal jenis Honda RS150r.
Sebelum korang tengok gambar selepas ini, jangan pelik kalau gambar gelap la, senget la, tak sempurna la. Sebabnya mereka bukan blogger. mereka ambil gambar untuk moment bukan untuk job. Cik en sengaja tak edit untuk korang tengok cara geng motosikal ambil gambar ahahahhaha. Nak ambil gambar landskap pun cik en kena pesan banyak kali. Dannnn mereka snap tanpa sempat cik en nak senyum. Tau tau je, dahhhh,, ahahhaha.. Mana yang cun itu cik en sendiri yang ambil.
Masa event ini, mereka jemput pasangan viral yang travel menggunakan motosikal Aliff dan Diana tau digelar Kapcaipackers . Mereka share juga pengalaman mereka sepanjang travel dan tips tips kalau nak ikut jejak langkah mereka
Okey okey.. ramai akan kata cik en gemuk kan? hahahhaha. Selesai event sepatutnya kami plan nak pekena Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang tapi ada masalah sikit pada jentera team dan masa dah lewat kami tukar plan untuk makan Laksa Telur Saranghae Botani. Kali ini kami perlu menunda satu motosikal rosak. Bagusla dorang ini. Semangat setiakawan betul. Nak tengok boleh tengok di chanel youtube cik en RS150r Manjung Club (RSMC) 23/9/2018
Kami pekena Laksa dan roti john lipan. Sedap gak roti john itu..Korang kalau ke Laksa Telur Saranghae ini jangan lupa try roti john ini.
Selesai kami gerak balik dan sampai Manjung dalam pukul 5. Minum dulu dan around pukul 6 masing masing balik rumah. Ada yang bantu geng betulkan motosikal rosak itu dan ada yang buat aktiviti sendiri.
Insyallah, kalau tak ada halangan cik en akan ikut 2nd Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) ke Mega Gathering RS150R 2.0 pada 29 September 2018 di Stadium Bukit Jalil nanti.
Tags:
Bunga RS Manjung
wah..best tu..cik ein seorg shj ke perempuan dlm club tu..:)
ReplyDeleteASSALAMMUALAIKUM
DeleteMINAT NAK JOIN CLUB
boleh cari ig : Rs150rmanjung. nanti DM. akan ada admin yang jawab
Delete