Bertangas ini terbahagi kepada 2 iaitu kering dan basah. Kalau bertangas kering atau bertangas herba ini. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan bersama herba herba terpilih. Dilakukan selepas hari ke 30 selepas bersalin dan dilakukan selam 10 hari berturut-turut. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh dibuat hari ke-6 selepas habis haid dan dibuat 3 hingga 7 hari. Bertangas basah pula mungkin biasa korang tengok di spa spa tapi dah diubah suai mengikut kesesuaian. Menggunakan rempah ratus yang direbus dan bagi yang lepas bersalin boleh mulakan selepas 40 hari sehingga 100 hari selepas tangas kering. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh mula selepas darah haid kering. Dikatakan ianya dapat kelembapan kulit.
Cara menyediakan tangas basah
![]() |
Bertangas Pada Wanita Bujang |
Rebuskan herba herba seperti buah manjakani untuk mengetatkan rahim, asam keping, daun sirih untuk penyembuhan luka, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala untuk buang bau yang tak best serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya ada saja di dapur korang itu. Campur sedikit dengan air untuk mengurangkan kepanasan, kang melecur pula kan? Dan korang masuk bilik air dan tutup tingkap dan pintu untuk wapkan bilik air tersebut. Ambik kerusi lagi bagus kerusi yang ada lubang di tempat duduk dan duduk. Lepas itu gunakan kain batik untuk selubung badan korang. So macam alat mandi wap kanvas yang ada di spa spa kan? Prosesnya dalam 20 hingga 30 minit saja. Boleh buang 2 kali seminggu atau seminggu sekali.
Walaupun ada yang anggap tangas ini old school tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman kita. So kalau korang ada kelapangan mungkin boleh cuba buat sekerap yang boleh. Macam cik en ni, cik en dalam sebulan sekali mesti buat spa. Mesti kata cik en "banyaknya duit cik selalu spa" Tapi sebenarnya cik en gunakan bajet kurang dari RM100. Nak tahu? Korang boleh baca entri Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100
So kalau korang ada pengalaman bertangas ini, apa kata kongsi di bahagian komen entri ini. Mungkin boleh cik en dapat info info baru.
Info tangas berkaitan : http://miera301.blogspot.my/2014/02/penutup-pantang.html
thanks great info
ReplyDeletegood sharing..:)
ReplyDeleteHihi sy tak pernah bertangas...tp bila baca perihal bertangas ni macam best ajer...hihi
ReplyDeleteInfo yang bagus ni cik en
ReplyDeleteMama pun seumur hidup x penah bertangas huhuu
ReplyDeleteMenarik betul kerusi beertangkas tu...
ReplyDeletelama dah tak berspa-spa dirumah... Kanda letak tinggi beno atas almari baju susah nak capai...
herba-herba pon kebetulan x restok...
Saya penah buat tangas..best..tukamg urut yg saya pi buat tu bgitau,kaum wanita sangat2 digalakkan bertangas.tak terhad pada wanita yg lepas bersalin je..byk faedah buat tangas mcm yg cik en citer kat atas...jadi wanita2 jgn la anggap tangas ni oldschool bagai.ini amalan kita turun temurun..
ReplyDeleteMiza bertangas bila lepas bersalin jew. Serius best
ReplyDeletebertangas baru tahu perkataan ini....biasanya yang saya tahu bertangan hahaha
ReplyDeletenice info
boleh buat ni, tapi kang satgi famili ingat buat nasi kngkang pulak,, haha!
ReplyDeletenk try la sbb rsa mcm xselesa pulak bdan ni..
nenek moyang kita banyak betul tipsnya.. sekarang ja makin ramai yang amalkan cara moden..
ReplyDelete