www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2017-01-10

Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100


Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 | Status cik en lately ini sememangnya negetif je kan? Sentiasa je status marah marah, stress dan kecewa. Mungkin tekanan kehidupan dan pekerjaan buat cik en rasa serabut hari hari. Cik en mula terfikir untuk ke spa untuk releks kan fikiran dan badan. Tapi bila saja tengok kosnya nilainya beratus ratus juga. Kawan cik en bagi idea untuk buat home spa atau spa sendiri di rumah. Lagipun, kita boleh buat bila bila masa tanpa ada had untuk berendam. 

Semangat la cik en mencari kolam kanak kanak yang paling besar. Satu pekan manjung dan sitiawan cik en cari. Akhirnya dapat juga dengan harga RM70.00 bersaiz 150cm


Kebetulan cik en ada beli produk terbaru dari Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts. Nama pun World Spa kan? So try la. Memang best. Sambil tu boleh scrub badan.


Korang boleh juga guna Produk Dherbs Gel Mandian Aura 7 Bunga. Lagi best tapi sebabnya cik en dah kehabisan lama dah, so cik en akan gunakan untuk next spa.. Hahaha


Korang boleh juga beli bunga ros dan taburkan kelopak bunga. Ataupun limau purut. Atau juga boleh taburkan garam bukit. Boleh juga 7 jenis kuntum bunga. Kira buat macam mandi bunga kan? Selain itu, boleh dapatkan essential tuk masukkan dalam air. Air pula kalau boleh cuba buat guna air suam.

Untuk nampakkan lebih tenang, korang beli lilin untuk aroma terapi. Cik en letakkan lilin banyak banyak dan de satu untuk aromaterapi. Buka lah lagu lagu spa yang korang boleh beli di kedai CD atau youtube. Sambil tu boleh aja korang pakai mask muka. Di Watson banyak pilihan dan murah murah saja.

Selain itu, korang boleh potong kuku, buang bulu bulu (bulu kaki dan bulu yang lain lain) dan baring dan lelap seketika untuk releks dan tenang sambil dengar lagu lagu yang mendamaikan hati dan fikiran. Anyway kolam kanak kanak ini muat untuk badan cik en baring dan berkuak lentang. Hahahha

Diikutkan ini total perbelanjaan untuk Home Spa Cik en ini :

Kolam Kanak Kanak : RM 70.00
Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts : RM 14.50 (Watson)
Face Mask Watson : RM 6.90
Bunga Ros : RM2.50 Sekuntum
Lilin Aromaterapi / Lilin dan Essential : RM5.30 (Beli di Daiso) / RM10.60 (Daiso)
Lagu Spa :FREE boleh download di Youtube atau 4Shared
Total : 99.20

Ha, baru RM99.20 je spa cik en yang boleh buat kat rumah ini. Dan boleh buat berulang ulang kali sampai jemu. Hahaha. Anyway mungkin korang boleh tambah apa apa yang boleh menaikkan mood spa korang. Walaupun tiada yang mengurut atau membelai korang, rasanya scrub mandian itu pun mampu buat ia mengurut ngurut badan korang. 

5 comments:

Shikin Razali said... [Reply]

Idea yang bagus Cik En.. =)

husna zahidi said... [Reply]

syoknyaaa.. memang tenang betul.. jgn masa tu ada org kalut nak masuk bilik air dah laa.. hihihi..

anak denesor said... [Reply]

terbaik ah cik en..sgt membantu bg yg stress ni..aih ni nak pi try gak nih

shalimar yusof said... [Reply]

menarik jg...tp kena ank xde laa..ni mndi sekejap pon duk ketuk2 pintu...uwwaaa

Rozita Abdul Rahman said... [Reply]

good idea.. tp rasanya ramai askar akan ikut sekali nanti ni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads