Kisah Kucing Malang Di Klinik


Kisah Kucing Malang Di Klinik | Tanggungjawab senang di ucap tapi bukan semua boleh memikulnya. Nampak remeh sebab seekor kucing tapi ianya makhluk Allah, mempunyai nyawa dan rasa kesakitan, kasih sayang dan ketakutan. Walaupun tidak berakal tapi sebagai manusia yang Allah turunkan akal ambik mudah pada makhluk yang tidak berdaya ini. 

Ok lah, entri ini lebih kepada luahan hati seorang vet dan seorang manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan yang tinggi. Pengalaman hari hari berdepan dengan pelbagai kes haiwan buat hati ini sedikit cekal untuk menerima kematian haiwan yang dirawat. Diakui sebelum bekerja di vet, cik en seorang yang jiwanya lembut. Kucing mati pun siap menangis berminggu disamping menyedekahkan Al-Fatihah. Lawak kan? tapi itulah cik en. Nampak ganas tapi lembut kalau melibatkan haiwan. Masa cik en sekolah rendah, sampah seperti pen yang habis dakwat cik en simpan dalam kotak. Mungkin pengaruh karangan zaman sekolah rendah "Aku sebatang pen" yang pengakhiranya dibuang memberi kesan mendalam kehidupan cik en masa itu. Meningkat dewasa, perasaan itu mula berkurang dan beralih kepada haiwan dan tumbuhan. Nak patahkan ranting bunga pun tak sanggup. Bayangkanlah kehidupan cik en pada masa itu

Mula berkerja di vet terutama rawatan, terasa sedih giler.. apabila kes kematian dan hingga kini, cik en tak buat lagi Put To Sleep. Mungkin kerana itu, cik en akan berusaha akan merawati dengan ubat dan peralatan yang terhad di klinik veterinar kerajaan. Cik en akan sentiasa bertanya dan mencari sumber lain untuk membantu setiap pelanggan yang datang. Kiranya hati dah mula sado sedikit. 

Tapi kes seekor kucing malang jumaat lepas buat cik en terasa sedih. Bukannya sedih apa, seorang manusia yang dianugerahkan akal mungkin pada awalnya ingin membantu kucing (kiranya sifat bertanggungjawab) akhirnya sewenang wenangnya menyerahkan tanggungjawab pada orang lain. Datang ke klinik untuk membuat rawatan dan berjanji akan ambil semula dengan ALASAN ada kerja sekejap dan akan ambil semula pukul 6 petang dan juga kebetulan hari tersebut hari jumaat. Cik en dan kawan cik en menunggu sehingga jam 6.30 petang tapi masih tak muncul. Oleh kerana dah mula malam, kami hanya beri pada pakcik guard ubatan dan cara pemberian ubat untuk diberi pada tuan kucing itu jika dia datang malam.

2 hari berlalu kerana sabtu ahad bercuti dan hari isnin cik en datang bekerja, kucing itu masih ada di dalam sangkar. Maknanya? tuan dia tak datang walaupun berjanji nak datang. Kebetulan isnin tu, cik en bertugas di luar jadi hanya mampu beri makanan yang ada. Cik en usaha telefon tuannya tapi tak berangkat. Selesai kerja diluar, cik en terus balik dan terus cik en drip kan air serta berikan sedikit ubatan. Semasa cik en tinggalkan dia petang isnin, kucing tu masih mampu berjalan. Datang kerja selasa pagi, kucing tersebut dah mati. Apa boleh buat kan? Tiba tiba kawan cik en beritahu, tuan dia berjanji sekali lagi hari isnin tersebut(selepas beberapa kali telefon tak berjawab, akhirnya dia menelefon staf peralihan yang ditugaskan di bahagian kaunter pendaftaran) untuk datang hari selasa untuk ambil kucing tersebut. Kebetulan cik en bekerja seorang hari selasa tersebut, cik en menunggu dan menunggu rupanya hampa. Kami ditipu buat kali ke2.

Sedih juga la. Manusia pegang pada janji.. Tapi bila dan memungkiri janji, biarlah Allah membalasnya. Kucing tersebut pun dah mati dan berharap sangat tiada kes sebegini lagi selepas ini. Hati ni masih rasa sakit dengan sikap tuan kucing itu. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. astagfirullah, manusia..sabar jelah..huhu..

    ReplyDelete
  2. At least, informlaa balik. Ni senyap macam tu je.. hmmm. Manusia ni kadang2 payah nak difahami.

    ReplyDelete
  3. dia anggap itu hanya seekor haiwan yang tak punya kepentingan... tapi jika dia berada ditempat kucing tu baru tahu bagaimana rasanya kan...

    kesian kucing tu... mujur juga dia mati ditempat yg elok, tak terbiar di tempat sampah atau di tepi jalan...

    ReplyDelete
  4. kesiannye kucing ni,tak baik tuan die buat macm tu ..siba baik kucing ni da mati ( bukan la nak kucin ni mati tp drpada tuan die wat endah x endah kan) sekurang2 nya kite tahu makhluk yg bernama kucing ni akan ada kt syurga :)

    ReplyDelete
  5. Sampai 2x janji. Aduh. Kesian cat itu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post