Gel Mandian Aura 7 Bunga Ini Betul Ke Berkesan?


Gel Mandian Aura 7 Bunga Ini Betul Ke Berkesan? | Gel Mandian Aura 7 Bunga keluaran syarikat Dato Aliff Syukri, D'Herbs Terlajak Laris dan merupakan 100% keluaran Bumiputera ini mula mendapat sambutan hebat daripada wanita wanita di Malaysia. Berasaskan 7 jenis bunga dikhabarkan mempunyai banyak kebaikan. Tapi betul ke? Ke untuk promosikan produk ini sahaja?

Cik en baru je beli produk ini dan baru pertama kali guna. Uiiihhh.. memang wangi sungguh Aura 7 Bunga ini. Bila mandi terasa berangin dan rasa segar. Warna oren jernih ni kurang berbuih tau. Mungkin tiada Sodium Lauryl Sulfate atau dipanggil SLS. SLS ini disebenarnya di letakkan di dalam syampu, sabun dan sebagainya untuk menghasilkan buih yang banyak tapi.... ada keburukannya tau! Boleh rujuk entri INI. Sebab cik en sebolehnya mengelakkan barangan menggunaan SLS ini. Okey, back to Aura 7 Bunga. Pertama kali guna, cik en rasa segar dan buat masa ini tiada alergik pada kulit cik en. So pass la sebabnya kulit cik en ini jenis sentitif dan kering jadi tidak banyak produk mandian yang ngam dengan cik en.

Lagipun, dalam masyarakat kita pun, mandi bunga itu selalu di lakukan untuk menaikkan seri muka dan diri. Selalunya jenis bunga akan diambil dalam kiraan ganjil seperti 5 jenis, 7 jenis atau 9 jenis. Kebanyakkan akan menggunakan 7 jenis bunga. Untuk produk Aura 7 Bunga ini, ada 7 jenis bunga yang wangi dan pelbagai warna seperti bunga ros, bunga jasmin, bunga raya, bunga lavender, bunga orkid, bunga matahari dan bunga kenanga. 


Kebaikan Gel Mandian Aura 7 Bunga ini adalah 

  1. Memberi gelombang positif (aura positif)
  2. Kesegaran
  3. Berkeyakinan tinggi
  4. Menaikkan seri dan menyerap pada tubuh
  5. Membuang kotoran dan bau badan yang kurang best
Kalau nak tau, produk ini boleh dijadikan spa di rumah gitu. Save bajet dan boleh buat bila bila masa korang free. Lagipun memudah korang dari nak mencari bunga bunga bagai kan? Yang ini siap dalam satu botol, just picit dan guna. Kalau korang nak mencuba, boleh dapatkan di pasaran seperti kedai jamu. Cik en dah cuba, korang bila lagi?
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu.. jauhi SLS hehe.. bagusla kalo xde. buih je lebih. tapi kan.. shampoo feveret ada SLS.. sedih toi..

    wangi tu penting Cik En.. da tujuh jenis kalo x wangi tatau la hehe..

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak.. Sesekali nak berspa, guna ni jelah.. Jimat bajet.. Okay nanti nak cuba beli sebotol.. Hehe..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. u, cm best..harga berpatutan x??

    ReplyDelete
  4. dah cuba juga , sejuk kan bila pakai ! :D

    ReplyDelete
  5. Linda dh pkai mandian ni masuk botol kedua dah..suka bau dia yg wangi & refresh badan.bole urut tang lenguh2 & biarkan lama ckit br bilas.insya Allah b'kurangan rs lenguh2 tu. ;)

    ReplyDelete
  6. Ada jugak kat rumah. Siap beli dgn losyen dia. Wangii :)

    ReplyDelete
  7. Mmg wangi dan rasa segar pas guna
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post